Bab 48 : syarikat

4 1 0
                                    

"Aku terima nikah Puteri Syazana Binti Syaiful dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai."

Masih teringat lafaz itu terucap mengetuk gegendang telinganya siang tadi. Kini, dia sudah duduk kembali di rumah yang penuh tragedi.

"Nah makan."

Ucap Yasir menghulurkan sepinggan nasi goreng.

Syazana hanya kekal senyap di situ.

"Saya minta maaf lepas apa yang dah jadi. Please, makan."

"Minta maaf ? Minta maaf lepas kena halau dengan walid ? Minta maaf sebab kena nikah dengan cara yang macam ni ? Kau minta maaf ? Apa niat kau malam tu ha ?!"

"Syazana. Saya betul-betul minta maaf."

"Ehh, budak ! Aku menyesal lah tegur kau dulu. Aku menyesal. Lebih baik aku layan je sombong kau sampai aku mati ! Aku tak patut dengar cakap kau untuk keluar ! Aku tak patut ikut kau balik rumah ummi kau !"

Yasir dengan kening kuyu memandang Syazana.

"Habis tu, awak nak saya buat apa sekarang ? Awak nak saya betulkan dengan cara apa ?"

"Nak betulkan macam mana ? Semua dah rosak dah !"

"Apa-apapun kita dah jadi suami isteri dah. Awak janganlah macam ni. Makanlah."

"Tak nak. Saya nak tidur."

×××××××××××××××××

"Dia mungkin akan ingat tapi awak jangan pressure dia. Awak pun jangan pressure diri sendiri juga."

Farah senyum walaupun rasa kehilangan masih melekat dijiwanya.

"Terima kasih banyak doktor."

"Terima kasih juga bakal doktor yang hebat. Make sure you jadi lagi hebat dari saya okay !"

Automatik bibir mencebik mendengar kata-kata semangat itu. Air mata menitis dengan bibir yang dipaksa senyum.

"Awak dah cukup kuat dah. Nanti dah berjaya, jangan lupa saya okay !"

Tidak menyangka akan seakrab itu dengan doktor bertag nama Amanda itu.

Farah keluar dari situ dengan jiwa sebak dan rasa sakit yang belum benar-benar pulih akibat keguguran.

"Ma."

"Kamu betul okay ?"

Farah mengangguk.

"Farah minta maaf, ma. Farah tak jaga cucu mama betul-betul."

"Farah, jangan cakap macam tu. Kamu dengan Qais akan ada rezeki dekat tempat lain. Stop salahkan diri sendiri."

"Betul tu, Farah. Kita kena redha. Allah sentiasa baik. Papa pun minta maaf juga sebab tak dapat jaga kamu sebaik mungkin."

"Dah lah. Jom lah kita pergi dekat Qais. Tadi, dia tengah mengemas beg."

××××××××××××××××××

"Macam mana lah aku nak hidup dengan keadaan macam ni ?"

Keluh Syazana dalam hati walaupun mata sedang merenung televisyen.

"Tengok cerita apa tu ?"

Yasir datang menghempas tubuh di sofa sebelahnya. Syazana menoleh memandangnya.

"Boleh tak kau jangan bercakap dengan aku ?"

"Tak boleh."

"Kenapa kau buat semua ni dekat aku ha ?"

"Sebab saya sayang awak."

"Stop it lah ! Ulang-ulang jawapan sama. Tak payah nak jadi baik. Tak payah nak pura-pura baik sekalipun. Aku takkan anggap kau baik sampai aku mati. Esok, saya nak balik kolej."

"Saya hantar."

"Tak payah. Tak payah nak ambil kisah pun pasal aku. Kau anggap je kau masih hidup sorang. Anggap je aku cuma isteri atas kertas. Tak payah layan aku baik."

"Saya tak kisah. Itu tanggungjawab saya sebagai suami."

"Tanggungjawab ? Kau ingat kau lelaki yang bertanggungjawab ke ? Kau ingat aku suka nikah cara ni ? Eh, kau je manusia berfikiran cetek yang sanggup plan untuk nikah dengan cara macam ni."

"Habis tu ? Kalau saya tak buat macam ni ? Awak nak ke nikah dengan saya ?"

"Eh, pergi mampuslah dengan soalan bodoh kau !"

×××××××××××××××××××

"Qais ada dekat atas, tengah rehat. Ummi ada apa datang sini ?"

Tahu, ummi pasti datang bersebab. Padanya, dia tidak perlu mengharap baik pun dari umminya.

"Farah, please. Ambil alih syarikat ummi."

"Tolonglah faham, ummi. Farah takkan sambung kerja ni. Kalau ummi datang rumah ni semata-mata nak cakap pasal ni, Farah minta maaf sangat-sangat. Farah tak nak."

"Kakak, please."

"Ummi. Fikirlah sikit, apa perspektif orang lain kalau Farah ambil alih syarikat ummi ? Ummi, dari hari pertama ummi digelar Dato', ummi tak ada kami dan kami tak ada ummi."

"Janganlah ungkit benda lama, kakak."

"Benda lama ? Ummi, Abah kerja keras sebab benda lama tu. Hawla lari rumah sebab benda lama tu juga. Abah kahwin dengan perempuan tak guna tu pun sebab benda lama tu. Semua tu kakak nampak depan mata kakak. Sampai hari ni, benda lama tu tak ubah apa-apa pun. Hawla masih dengan hidup dia. Abah pun dah pergi."

"Yang itu ummi minta maaf, kakak."

"Ummi, maaf tanpa perubahan tak guna ummi. Ummi masih dengan mindset yang sama. Nak kaya, nak kaya, nak kaya. Nak hidup senang. Tak boleh hidup susah. Sampai Yasir jadi macam tu."

"Apa yang ummi perlu buat supaya kakak buka hati untuk terima ummi dengan baik ?"

"Ummi. Kakak tak pernah buang ummi. Walau macam mana tak sukanya kakak dekat ummi pun, kakak tetap jumpa ummi tiap kali ummi nak jumpa. Kakak tetap bagi ummi masuk dalam rumah. Kakak tak pernah buang ummi, ummi yang buang kami. Ummi dah pilih dato' tu, kenapa ummi tak suruh anak tiri ummi tu ambil alih syarikat tu ?"

"Farah, anggaplah ni sebagai tanda minta maaf ummi dekat korang semua."

"Dah lah, ummi. Kakak tak boleh buat apa yang ummi nak. Memang dari kecil kakak dah menyusahkan. Anggaplah tu sampai bila-bila."

"Kalau macam tu, ummi takkan bagi duit belanja lagi dekat kakak."

Farah senyum, mengerling jam dinding dan kembali memandang umminya.

"Ummi, kakak dah kahwin. Ummi tak perlu susah payah pun nak buat semua tu kalau ummi tak nak."

"Kakak takkan boleh hiduplah tanpa duit belanja yang ummi bagi selama ni. Kakak ingat kakak boleh ke sambung belajar tanpa duit ummi ? Degree kakak tu ? Kakak buat-buat lupa ke beberapa sem yang ummi tolong tu ?"

"Dah lah, ummi. Ummi baliklah. Kakak okay je untuk hidup susah. Hawla ada dekat sebelah. Kalau ummi rasa betul-betul nak anak ummi ambil alih syarikat tu, ummi cuba tanya Hawla. Tak pun, cuba tanya adik."

"Ummi tak sangka perangai angkuh abah tu dapat dekat kamu. Dah susah tak sedar diri. Angkuh konon boleh hidup tanpa bantuan orang."

"Farah lagi rela jadi orang susah yang angkuh tanpa bantuan orang daripada terima bantuan orang kaya angkuh macam ummi."

"Sampai hati Farah kan ?"

Farah mengangguk.

"26 tahun Farah hidup, Farah cuba tak biadap dekat ummi. Sepanjang abah hidup, sepanjang Allah masih beri izin untuk kakak jumpa ummi, kakak sentiasa cuba untuk tak jadi biadap. Hari ni, Farah minta maaf. Farah betul-betul harap ummi tak jejak kaki lagi dekat rumah ni."

Ummi bangun dengan hentakan kaki, MARAH keluar dari rumahnya.

"Kenapa lah ummi buat kami jadi macam ni ?"

Air mata yang tadinya ditahan sudah dilepaskan.

TULISWhere stories live. Discover now