Bab 64 : susah

1 1 0
                                    

"Makan ni, mama suap."

"Tak apa, ma. Farah makan sendiri."

Seluruh tingkah ibu mentuanya diperhatikan. Mata sembab paling ketara menjadi perhatiannya.

"Mama okay ?"

Mama kembali menangis. Memeluk Farah yang berada di kerusi roda. Farah terus mengerut dahi. Tangannya masih dikuak lebar menyambut pelukan itu.

"Mama minta maaf, ya."

Mama mengusap kepalanya dari belakang.

"Mama tak buat salah apa-apa pun, ma."

Kini, pelukan itu dibalas oleh Farah dengan senyum yang bercampur aduk dengan kerisauan.

"Maafkan Qais juga. Mama gagal didik anak mama. Mama minta maaf, Farah yang kena hadap semua ni. Bila kamu tahu pasal video-video yang Qais rakam tu ?"

Tangan mama beralih ke bahu Farah. Mata bertentang mata. Farah kekal dengan senyumnya dan mama masih dengan tangisnya.

"Farah baru tahu, ma."

Tidak dapat menahan sebak melihat ketenangan Farah.

"Mama minta maaf, Farah. Mama salah. Mama tak didik dia jadi lelaki yang baik."

"Tak ada apa lah, ma. Mama jangan cakap macam tu. Kahwin dengan anak mama tu keputusan Farah. Semua yang jadi ni atas sebab keputusan Farah juga. Mama tak salah pun."

Mama terdiam mengesat air mata sendiri.

"Dah lah, mama tengah puasa. Jangan nangis, nanti habis tenaga."

Mama nengangguk.

"Dah lah, Farah makan ya. Kalau nak apa-apa, Farah panggil mama tau."

"Terima kasih, ma. Mama jangan banyak fikir. InSyaAllah Allah mudahkan semuanya."

×××××××××××××××××

"Alhamdulillah."

Ujar papa selepas selesai berbuka puasa.

"Kita solat jemaah dekat ruang tamu je lah. Nanti Qais tolong papa alihkan meja tu ke tepi boleh ?"

Qais mengangguk.

"Aihh, kenapa dengan semua orang ni ? Senyap je. Ada apa-apa jadi ke ?"

Farah mengangkat kepala memandang papa.

"Qais ? Okay ke ?"

Anggukan lagi sekali sebagai jawapan. Namun, mama sedikit pun tidak memberi reaksi, terus mengemas meja makan.

"Okaylah kalau macam tu. Jom, solat. Nanti habis waktu pula."

Papa terus bergerak menyiapkan tempat mereka sama-sama jemaah.

"Qais imam."

Arah mama seusai sejadah siap dibentang. Solat mereka dimulakan berimamkan Qais.

Tepat menutup solat dengan salam, belum sempat wirid, loceng rumahnya ditekan seseorang. Serentak memandang satu sama lain.

"Siapa pula datang waktu-waktu macam ni ?"

Papa segera melipat sejadah ingin perbetulkan posisi meja kopi ruang tamu mereka.

"Siapa tu, Qais ? Papa dah lah lupa tutup pagar tadi !"

Papa dan mama serentak berjalan ke pintu. Farah juga perlahan-lahan menolak kerusi rodanya ke sana.

"Qais, tolonglah I. I betul-betul minta maaf dengan you."

Kehadiran Ratu dalam keadaan melutut mengejutkan semua orang. Farah mengulang-ulang pandang dari Ratu ke Qais.

TULISWhere stories live. Discover now