Bab 12 : takut

8 3 1
                                    

"Jom, saya hantar awak dengan Syazana balik kolej."

"Ehh, tak apa. Saya boleh drive."

Qais masih teguh dengan wajah seriusnya.

"Nak drive dengan mata merah macam tu ? Biar saya hantar balik kolej. Jangan degil."

Farah mengangguk sambil menekup tangan ke sebelah matanya. Benar-benar pedih kerana cili.

"Korang tunggu sini. Saya pergi ambil kereta. Kalau minah tu datang lagi, buka kasut, sepak muka dia dengan kasut."

Farah terlihat seperti anak kecil ketakutan memandang Qais. Qais memandangnya dengan jelingan dan terus melintas jalan menuju kereta.

"Kau okey tak ? Mata tu merah sangat tau."

"Merah sangat eh ? Pedih ni."

"Ye, merah ! Tu lah kau ! Orang macam tu nak sabar buat apa ? Ni, BAKAL SUAMI KAU tu datang mesti sebab dah kecoh dalam group universiti. Tak lama lagi, viral dekat media sosial pula."

"Aku tak fahamlah kenapa dengan minah tu."

"Kau tu lah ! Tak nak baca buku Qais. Aku tahulah buku ilmiah tu penting tapi bacalah juga buku Qais tu buat penghibur hati."

"Masalahnya buku ilmiah pun aku tak berapa rajin nak baca ! Apa yang best sangat buku dia ?"

"Buku first dia keluar sebab perempuan tu lah ! Dekat buku tu kau boleh tengok betapa lapangnya hati dia lepaskan perempuan macam tu. Sumpah best. Mana tahu lepas ni kau pula jadi watak utama penulisan dia."

"Apa-apa je lah."

"Dah jom."

Qais turun dari kereta membukakan pintu belakang.

"Baju saya basah."

Ayat Farah masih cuba menolak dihantar.

"Farah Izyani. Masuk sekarang."

Sekali lagi Qais melihat Farah seperti anak kecil yang takut dimarahi kerana dongakan wajahnya tiap kali Qais bernada tegas. Akhirnya, Farah terpaksa menuruti arahan itu.

"Bismillah.."

Ucapnya sebelum memulakan pemanduan.

"Korang dah habis kelas kan ?"

Qais tiba-tiba menyoal.

"Dah."

Jawab Farah sepatah.

"Okay. Ikut saya pergi jumpa doktor."

"Jumpa doktor kenapa ? Awak sakit ke ?"

Farah memaut bahu kerusi untuk lebih dekat berbicara dengan Qais.

"Jumpa doktor, check mata. Mata awak tu merah sangat."

"Tapi saya okay je. Balik ni saya titislah ubat mata."

Qais memandang cermin belakang dengan jelingan, terus Farah kembali bersandar.

"Saya tak marah awak. Apa yang Ratu buat dekat awak tadi tu melampau. Sepatutnya dari awal lagi awak dah marah je dia. Orang macam tu tak boleh didiamkan."

"Takkanlah saya nak marah anak orang macam yang awak suruh tu."

"Sepatutnya awak tak payah pun tunggu dia lumurnya nasi goreng dekat muka awak. Sepatutnya lepas je dia tuang air dekat pinggan awak, simbah je terus air teh awak tu dekat muka dia."

"Macam mana awak tahu apa dia buat ?"

"Awak mesti off phone kan ?"

Farah terus menyeluk tangan ke dalam poket, mengeluarkan telefon bimbitnya. Berkedip-kedip matanya untuk melihat. Pedih masih terasa.

TULISWhere stories live. Discover now