Bab 38 : kekok

3 1 0
                                    

"Hye !"

Yasir mengucapkan itu setelah pintu keretanya dibuka oleh Syazana.

"Hye."

Syazana menjawab itu sambil mengangguk-angguk.

"Masuklah."

Yasir pelik saat Syazana mengeluarkan plastik dari beg, menanggalkan kasutnya masuk ke dalam plastik sebelum masuk ke dalam kereta.

"Memang kena buat macam tu eh ?"

"Ohh, sekurang-kurangnya kalau awak mati dalam kereta ni, tapak kasut saya tak jadi bahan bukti."

Yasir menelan liur mendengar itu.

"Kenapa ? Awak niat nak bunuh saya ke cik doktor ?"

"Kalau tak dosa, mungkin dah buat."

"Eishh, scary lah cakap dengan bakal doktor ni. Apa motif pembunuhan ?"

"Call tak bercakap ?"

Syazana mengangkat kening sebelah mengatakan itu.

Yasir memuncungkan mulut menahan tawanya.

"Saya tahu saya lawak, gelak je kalau nak gelak."

Syazana mengatakan itu dengan wajah datar.

Tidak sangka, Yasir benar-benar melepaskan tawanya. Syazana terkejut namun turut menahan tawa.

Beberapa saat tertawa besar, wajah Yasir kembali serius.

"Okay, dah. Awak nak shopping apa ?"

"Awak yang nak bawa kan ? Saya ikut je lah. Tapi, jangalah bawa tempat mahal-mahal. Saya tak mampu nak bershopping."

Yasir sempat memandangnya dengan riak pelik sebelum kembali memandang stereng.

"Okay. Pakai sit belt. Baca doa, takut awak yang mati. Tapak kasut saya dah banyak dalam kereta ni."

×××××××××××××××××××

"Maksu, tak cakap pun ada game !"

Syakira bersuara.

"Eh, tak seronoklah kalau holiday tapi tak ada aktiviti. Yang penting atok dengan nenda tak boleh satu team."

"Ehh, ada pula macam tu ! Mana aci !"

Atok bersuara sambil tertawa. Terus menoleh memandang nenda.

"Dia nak suruh kita jadi musuh pula. Dia tak tahu ke kita dah bercinta nak masuk 55 tahun."

Nenda tertawa sambil tangan menepuk lengan atok.

"Disebabkan ada di kalangan kita yang bawa baby, tak boleh lasak-lasak sangat, so game kita main otak je."

"Ehh, tak apa maksu. Kaklong tak main !"

Kaklong terus mengangkat tangan sambil sengih.

"Ehh, jangan nak ngelat. Semua orang kena main termasuklah Faris."

"Game apa maksu pun ? Banyak cakaplah !"

Maklong tak semena-mena melepaskan itu.

"Nama game dia, penyimpan rahsia."

×××××××××××××××××

"You, siapa yang you tegur pagi tadi tu ?"

"My sister."

Zafir mengetap bibir.

"Seriously ? Kenapa you tak pernah cerita pun pasal dia ?"

Hawla memandangnya dengan jelingan tajam.

TULISWhere stories live. Discover now