Bab 49 : faham

3 1 0
                                    

"Jom, makan ais krim !"

Bobby terdiam.

"Oii ! Kau asal senyap ? Lepas jumpa mama papa semalam terus kau senyap. Mama papa cakap apa ?"

"Mama papa kau kerja apa ?"

"Kau rasa ?"

Bobby sekali lagi senyap.

"Aku sepak juga budak ni nanti ! Kau dah kenapa ? Kau fikir mak bapa aku buat kerja haram ke ?"

"Eh, Astaghfirullah. Tak ada lah. Aku tak cakap pun eh !"

"Habis tu ? Apahal kau senyap ?"

"Sebab kau tak nampak macam anak orang kaya pun."

"Kau nak cakap aku apa ni ?! Kau nak kata aku teruk ke ?"

"Tak lah. Kau tak pernah bagitahu pun mak ayah kau sekaya itu."

"Buat apa aku nak bagitahu ?"

"Ye lah. At least tak ada lah aku try kau."

"Ohh, sekarang ni kau cancel plan nak try aku lah ?"

"Eh, tak lah. Aku cuma nak tahu je mak ayah kau kerja apa."

"Membunuh."

"Haa ?!!"

Bobby memandangnya dengan mata terbuntang.

"Ehh, dah lah ! Jom makan ais krim ! Apa benda entah tiba-tiba senyap !"

××××××××××××××××××

"Mana anak kau ?"

"Tolonglah bagi aku masa lagi. Aku tengah pujuk dia."

"Pujuk ? Kau ingat aku ada masa ke ? Kalau kau tak bagi dia, aku guna kau je."

"Tolonglah. Bagi aku masa, sebulan je lagi. Sebulan."

"Lepas sebulan kau tak datang bawa anak kau, kepala kau yang aku buat lauk. Faham ?"

×××××××××××××××××

"Farah ! Kau datang ?"

Syazana mendekat.

"Haah. Aku datang nak settle pasal berhenti belajar tu."

"Kau biar betul nak berhenti belajar ?"

"Iya. Aku tak rasa aku boleh nak sambung."

"Sebab ?"

"Tak semua benda aku kena bagitahu orang kan ? Yasir macam mana ? Kenapa kau stay kolej ?"

Syazana menunduk. Terdiam.

"Adik aku dah jahat dengan kau. Kau jangan rosakkan hidup kau pula. Aku memang marah apa yang jadi masa tu tapi apa-apapun kau tetap adik ipar aku, Yasir tetap adik aku. Korang tetap ada aku kalau apa-apa jadi."

××××××××××××××××

Hidup tidak perlu terlalu menekan,
Lama-kelamaan kau akan mula selesa dengan keadaan.
Terima kasih hadir menjadi idaman.
Jika suatu hari kau hilang kerana dendam,
Mungkin aku lumpuh di tengah jalan.
Menunggu masa memijakku dengan penuh kenafsuan.

-Qais Ibrani-

Gambar semenjak dia sakit itu mula di muat naik di media sosial.

Farah masuk dan serta merta telefon diletakkan. Memandang isterinya sehingga duduk di samping.

"Sayang. Saya ada hadiah."

"Hadiah apa ?"

Farah senyum menanti itu.

TULISWhere stories live. Discover now