Bab 1

144 22 2
                                    

   Jarrel tengah memerhati pergerakan kumpulan mafia yang diketuai oleh Zero dari bangunan yang sedikit tinggi manakala Azrael tengah menyiapkan pedang kesayangannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Bersiap sedia, Az. Mereka dah keluar dari kereta mereka" pesan Jarrel menggunakan walkie talkie kepada Azrael.

"Hm" jawab Azrael sepatah.

"1..2...3...sekarang Az. Pergi ke arah lorong yang aku bagitau kau tadi" Jarrel segera mengeluarkan senapang miliknya untuk memburu mangsa mereka.

Azrael pun pergi ke lorong yang disebut oleh Jarrel tadi. Tempat itu merupakan lorong gelap yang hanya digunakan oleh golongan seperti 'pelacur', penjahat, pembunuh dan sebagainya. Hanya orang yang melakukan aktiviti jahat dan ingin berfoya-foya, lorong itu adalah seakan taman permainan bagi mereka.

Azrael tersenyum sinis apabila melihat target yang mereka diarahkan untuk memburu sekarang ada di hadapannya. Dia mengambil keputusan untuk memerhati terlebih dahulu aktiviti yang dilakukan oleh Zero dan anggotanya sebelum dia bertindak.

"Apa yang kau nak dari aku, huh?"

Seorang lelaki yang diikat di kerusi tengah dalam usaha untuk melepaskan diri tapi gagal. Dia menatap Zero di hadapannya yang tengah tersenyum sinis kepadanya. Dasar mafia tak guna!

"Ohh, mudah sahaja. Aku nak kau tandatangan surat ni dan aku akan lepaskan kau. Kalau kau taknak, bini dan anak kau yang jadi mangsa. Jadi apa pilihan kau?" wajah lelaki itu menjadi pucat apabila melihat gambar yang ditunjuk oleh Zero. Gambar bini dan anak perempuannya yang kena ikat!

"T-tolong jangan apa-apakan diorang. Ba-baiklah aku akan tandatangan dan lakukan apa sahaja yang kau nak asalkan jangan sentuh diorang" rayu lelaki itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan keluarganya selamat.

Zero melepaskan ikatan lelaki tersebut untuk mudahkan urusan lelaki itu tandatangan surat yang ia mahukan.

Lelaki itu segera tandatangan pada surat yang Zero mahukan.

"Hahahaha, akhirnya tanah kau menjadi milik aku" Zero ketawa bagaikan orang gila. Tanah milik lelaki itu sudah sepenuhnya menjadi miliknya.

"A-apa lagi yang kau mahu asalkan kau sudi lepaskan bini dan anak aku?" tanya lelaki itu ketakutan.

"Ohh, aku mahu kau..mati" Zero mengeluarkan pistolnya dan mahu menembak lelaki itu tapi tindakannya dihalang oleh Azrael.

"K-kau?? Siapa kau, huh?" tanya Zero terkejut apabila pistolnya terpelanting jauh akibat ditepis oleh pedang Azrael dengan menggunakan pedangnya.

Azrael tidak menunggu lama sebelum menyerang Zero dengan begitu pantas sekali, lansung tiada ruang untuk Zero bertindak melindungi dirinya.

"Erghh, tak guna kau!" Zero melompat jauh ke belakang. Dia meludah ke tepi apabila tiba-tiba dirinya diserang secara mengejut.

Azrael meluru ke arah Zero dan menyerang Zero menggunakan pedangnya lagi.

"Kau? Aku kenal siapa kau! Kau, Azrael seorang pembunuh upahan yang ditakuti dan digeruni ramai orang kan. Mana Jarrel, sahabat sehidup semati kau tu?" Zero dapat mengecam Azrael dengan laju apabila matanya tertangkap satu logo berbentuk singa yang ada pada pedang Azrael.

Logo singa yang membawa maksud khas untuk Azrael dan Jarrel. Sesiapa yang tahu tentang logo itu dan melihat logo itu pasti akan dapat mengenali siapa Azrael dan Jarrel yang sebenarnya.

(Singa dalam novel ini bermaksud memburu mangsa yang ditargetkan)

"Hahaha, kau memang pantas seperti yang dikatakan. Tetapi sayang, kenapa bakat kau disiakan-siakan dengan menjadi pembunuh upahan yang murahan? Apa kata kau sertai kumpulan aku? Aku jamin, kita akan dapat menguasai satu negara ini"

Azrael tidak menjawab melainkan memilih untuk mendiamkan dirinya sahaja. Gila ke apa mamat ni? Ada hati nak kuasai negara ni?

"Tidak menjawab? Tidak mengapa, aku tahu cara nak paksa kau untuk sertai kumpulan aku" Zero mengeluarkan pisau mininya. Dia bersedia untuk berlawan dengan John.

"Apa yang korang lakukan, huh??"

Azrael yang baru sahaja mahu menyerang Zero lagi terkejut dengan kehadiran seseorang disitu. Lebih-lebih kehadiran seseorang itu adalah seorang perempuan.

"Kau siapa pula, perempuan? Apa kau lakukan dekat sini?"

Zero semakin berang apabila aktivitinya diganggu oleh Azrael, dan kini seorang perempuan pula.

"Tak perlu tahu siapa aku. Lebih baik korang berhenti apa yang kalian cuba lakukan, sebelum aku call polis" kata Aria dengan beraninya. Dia lansung tidak gentar apabila berhadapan dengan dua lelaki yang memegang senjata.

"Call polis? Hahaha, kau memang berani perempuan" Zero mengeluarkan pistol lagi satu miliknya dan diacukan pada Aria.

"Atau kau akan mati sebelum kau dapat call polis?" kata Zero sinis. Dia sudah bersedia untuk menembak perempuan itu bila-bila masa sahaja.

Aria ternampak satu lelaki yang masih hidup tapi dalam keadaan sangat lemah segera mendekat ke arah lelaki itu.

"Awak okey?" Aria mengecek keadaan lelaki itu. Keadaan lelaki itu sangat teruk. Penuh darah dan lebam di mukanya. Kesiannya dekat lelaki ni.

"..a-aku okey. Pergi, kau tak patut ada dekat sini. Sini bahaya" lelaki itu terbatuk darah. Kepalanya rasa sangat pening sekarang ni. Dia dapat merasakan dirinya hampir hilang kesedaran.

"Saya kena bawa awak pergi hospital. Awak luka" kata Aria kepada lelaki yang bernasib malang itu.

"Hoii, perempuan. Berani kau abaikan aku??" Zero segera menekan dan menembak ke arah Aria.

Bang!!!

Aria yang terkejut mendengar suara picu ditarik dan ditekan segera menoleh ke arah belakang. Lagi terkejut apabila yang terkena tembakan itu bukan dirinya, melainkan lelaki yang pegang pedang tadi. Lelaki berpedang itu sudi menggunakan dirinya untuk melindungi Aria.

"A-awak??" Aria yang baru sahaja mahu mendekati lelaki itu dihalang oleh tangan lelaki itu.

Azrael yang terkena tembakan itu memegang perutnya yang mula mengeluarkan darah. Dia tidak tahu kenapa dia harus sia-siakan dirinya untuk melindungi perempuan itu, dan tidak menyedari bahawa dirinya sudah melindungi perempuan asing itu.

Azrael meluru ke arah Zero dan berusaha menyerang Zero berkali-kali. Apabila Zero mula kelelahan, dia segera menikam Zero menggunakan pedangnya supaya Zero tidak sempat untuk melindungi dirinya.

Azrael menghela nafas lega apabila tugasnya sudah selesai di situ. Dia menoleh ke belakang untuk memeriksa keadaan perempuan tersebut. Nasib baik perempuan di hadapannya baik-baik saja.

Belum sempat dia mahu mendekati perempuan itu, dia sudah hampir rebah akibat kepalanya terlalu pening, tapi dia masih belum pengsan.

"Awak!!!"

HER ASSASSIN 1Where stories live. Discover now