"Ari, kenapa kau tak bagitau aku yang kau masuk hospital? Risau gila aku bila kawan hensem kau tetiba je call aku bagitau aku yang kau masuk hospital"
Emma mula membebel panjang lebar sebaik sahaja dia tiba di ward bilik Aria. Wajahnya sangat risau dengan keadaan Aria dan sedikit marah sebab Aria lansung tidak beritahu dia apa-apa yang dia masuk hospital.
"Saya cuma taknak buat awak risau je" jawab Aria.
"Bodoh. Sekarang ni kau buat aku makin risau, tau tak?" Emma menjentik pelan dahi Aria. Suka betul buat orang risau lah dia ni.
"Sorry.." kata Aria perlahan. Dia rasa bersalah sebab dah buat Emma risaukan dia.
"Aku maafkan" Emma memandang ke arah Azrael, Jarrel dan Zayan untuk seketika sebelum memandang ke arah Aria semula.
"So mana satu Azrael yang kau ceritakan tu?" tanya Emma yang ingin tau mana satu Azrael yang berjaya bukakan sedikit hati Aria yang selalu tertutup rapat selama ini.
"Err, tu lah Azrael.." Sanae perlahan menunjuk ke arah Azrael. Dia agak gugup kerana bertentang mata dengan Azrael. Asal dia nampak hensem sangat ni?
"Hm, hensem. Patut lah Ari suka" kata Emma. Aria dengan pantas mencubit pinggang Emma apabila Emma mengatakan itu. Bahkan tepat di hadapan Azrael.
"Ish, awak ni" kata Aria malu. Dia dapat merasa mata Azrael masih memandang ke arahnya. Kenapa dia asyik pandang aku je ni? Orang dah lah tengah malu ni.
"Salam kenal, Emma. Nama saya Zayan" Zayan menghulurkan tangannya di hadapan Emma berserta senyuman lembutnya.
"Salam kenal juga, Zayan" Emma menyambut huluran tangan Zayan sambil membalas senyuman kepada Zayan.
"Ehem, lama betul" usik Aria apabila Emma dan Zayan masih tidak melepaskan tangan masing-masing siap bertentang mata lagi. Amboi, bukan main.
Emma dan Zayan segera melepaskan tangan mereka apabila mendengar usikan Aria.
"Ish kau ni, Ari" marah Emma malu. Wajahnhya agak kemerahan.
"Entonces, ¿qué pasa con tus deberes? Si fallas, mueres (So macam mana dengan tugas kau? Kau gagal, kau mati)"
Kelihatan seorang lelaki berumur 60-an sedang duduk di atas kerusi besar yang sangat mewah dan mahal. Dia memandang ke bawah dimana bawahannya berada di situ. Mereka semua dengan patuh menunduk hormat ke arahnya.
"Mi trabajo está hecho. Según lo que vi, esa mujer y el Joven Maestro no están enamorados pero se aman mucho. Incluso cuando yo... fingí apuñalar al Joven Maestro, la mujer estaba dispuesta a usarse para Protege al Maestro Young y él fue quien fue apuñalado (Tugas saya sudah selesai. Mengikut apa yang saya lihat, perempuan itu dan Tuan Muda tidak bercinta tapi mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Bahkan waktu saya..pura-pura mahu menikam Tuan Muda, perempuan itu sanggup menggunakan dirinya sendiri untuk lindungi Tuan Muda dan dia yang terkena tikaman itu)" kata X yang menyampaikan tugasnya kepada masternya.
"¿Qué tiene de especial esta chica llamada Aria? ¿Qué tiene ella que hace que Killian se sienta atraído por ella? (Apa yang special sangat pasal perempuan bernama Aria ini? Apa yang ada pada dia sehingga buatkan Killian malah tertarik pada dia?)" tanya master yang penasaran.
"Si ese es el caso, ni siquiera lo sé. Quizás la chica sea una buena amiga del joven maestro Killian y Ardian. Ohh, vi que Neven también estaba ahí con ellos (Kalau soal tu, saya sendiri pun tak tahu. Mungkin perempuan itu kawan baik kepada Tuan Muda Azrael dan Jarrel. Ohh tadi saya lihat Neven juga turut ada di situ bersama mereka)" lapor lelaki X itu pada master.
"¡Desafortunado! ¿No murió hace mucho tiempo? (Sial! Bukan ke dia sudah lama mati?)" Master itu menumbuk mejanya dengan kuat. Dia sangat marah dan terkejut dengan berita itu.
"También le recordé que llevaba mucho tiempo muerto pero quién hubiera pensado que todavía estaba vivo. Parece que logró salvarse del incendio (Saya juga ingatkan dia dah lama mati tapi siapa sangka yang dia masih hidup. Nampaknya dia berjaya selamatkan diri dia dari dalam api itu)" kata X lagi.
"Es inútil! Definitivamente lo mataré (Tak guna! Aku pasti akan bunuh dia)" kata master marah.
"Sigue siguiéndolos e investiga lo que estén haciendo. Luego te diré qué más puedes hacer (Terus ekori mereka dan siasat apa sahaja yang mereka lakukan. Nanti aku akan bagitau apa lagi yang kau boleh lakukan)" arah master tegas kepada X.
"Muy bien, maestro. seguí las instrucciones (Baiklah, master. Saya menurut arahan)" jawab X berserta tunduk hormat.
"Puedes irte ahora (Kau dah boleh pergi)" kata Master. X pun segera beredar dari situ sebaik mendapat arahan dari masternya.
"Quiero ver qué tan lejos puedes huir de mí, Killian, hijo mío (Aku nak tengok sejauh mana kau dapat lari dari aku, Killian wahai anakku)" kata master itu tersenyum sinis. Dia memikirkan apa langkah seterusnya yang akan ia lakukan. Dia akan memastikan Killian kembali untuk menerusi langkahnya sebagai Leader of Black Eagle.
"Awak..agaknya bila saya boleh keluar dari sini? Saya bosan lah sebab lansung tak tau nak buat apa. Asyik baring je memanjang"
Aria dan Azrael sahaja yang berada di bilik ward Aria. Emma sudah lama balik, begitu juga dengan Jarrel dan Zayan. Hanya Azrael sahaja yang akan menjaga Aria.
"Doktor kata kau boleh keluar dalam 2 atau 3 hari lagi so tunggu jelah arahan doktor" kata Azrael. Tangannya sibuk memotong buah epal untuk Aria.
"Lamanya. Jadi sepanjang saya di sini, awak akan terus jaga saya ke? Awak tak kerja ke? Macam mana kalau prestasi kerja awak akan terjejas disebabkan saya? Awak tak perlu risaukan saya, saya boleh jag--" kata-kata Aria dipotong apabila Azrael dengan selambanya menyumbat satu potongan epal yang dia potong ke dalam mulut Aria.
"Disebabkan aku kau jadi ancaman musuh, jadi aku yang akan jaga kau sampai kau betul-betul sembuh. Tiada penolakan. Faham?" kata Azrael tegas.
"F-faham.." jawab Aria perlahan.
"Dah, makan buah ni sampai habis. Aku nak kau cepat sembuh" kata Azrael yang memberi pinggan yang berisi potongan buah epal kepada Aria.
"T-terima kasih" Aria perlahan memakan buah epal tersebut.
Azrael hanya memerhati gelagat Aria yang tengah sedap menikmati potongan buah tersebut. Comel je.
"Awak nak?" pelawa Aria lembut.
"Kalau nak, makan lah. Sedap tau buah epal ni" kata Aria yang mengambil sepotong buah epal lagi.
Azrael bukannya mengambil buah epal itu di pinggan melainkan perlahan mendekat ke arah Aria dan memakan satu potongan buah epal yang berada di tangan Aria. Tindakan itu sangat mengejutkan Aria.
"Sedap" kata Azrael berserta senyuman tipisnya. Pipi Aria agak memerah dibuatnya.
Aria segera mengambil buah epal yang lain dan makan sambil memandang ke arah lain. Dia sangat malu untuk bertentang mata dengan Azrael sekarang. Dia taknak Azrael tau yang dia tengah malu sekarang ni. Tersangat malu!
Azrael hanya tersenyum tipis dengan gelagat Aria saat itu. Dia tahu yang Aria tengah malu sekarang ni. Comel betul.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
Fiksi PenggemarHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...