"Huh, serious lah kita ni jiran? Saya lansung tak tau pun tentang tu" kata Aria yang agak terkejut dengan berita itu. Memang dia baru sahaja tinggal di rumah sewa Azrael dan Jarrel tapi dia lansung tak pernah bertemu dengan Matteo sebelum ini.
"Hehe, saya pun baru je pindah minggu lepas. Mungkin sebab tu awak tak tau kot" kata Matteo. Aria mengangguk faham. Mungkin betul juga.
"So uhm...mana tunang awak? Awak datang sorang ke?" tanya Aria. Dari tadi dia tak nampak lansung tunang Matteo.
"Eh taklah tadi saya datang dengan dia lah. Mungkin dia dah balik kot. Lagipun tadi dia yang suruh saya balik dulu sebab dia kata ada benda lain yang dia nak kena beli" kata Matteo santai sahaja. Dia lansung tidak kelihatan kisah kerana sanggup membiarkan tunangnya pergi ke kedai seorang diri.
"Awak..tak risaukan dia ke? Tak elok tau biar perempuan pergi mana-mana seorang diri" tanya Aria yang membuatkan Matteo tersengih.
"Mesti lah risau. Tapi saya percaya dia akan baik-baik saja" kata Matteo.
"B-baiklah kalau awak kata macam tu" Aria segera mendiamkan dirinya. Dia taknak kalau dia tersalah cakap pula nanti.
"So apa hubungan awak dengan lelaki-lelaki kat rumah tu? Diorang tu abang awak ke?" tanya Matteo yang perasan Aria mendiamkan dirinya sahaja.
"Taklah, diorang tu kawan-kawan saya. Nanti kalau ada masa, saya akan kenalkan diorang dekat awak. Diorang bertiga tu baik sangat dengan saya sampai saya tak tau nak balas jasa diorang macam mana" kata Aria.
Matteo tidak berkata apapun apabila mendengar itu sebelum berkata. "Saya nak juga berkenalan dengan diorang. Saya nak kenal dengan semua jiran-jiran saya. Mana tau kita semua boleh jadi kawan baik"
"Eh, mesti. Saya yakin yang awak mesti akan suka punya dekat diorang" kata Aria teruja. Dia tak sabar untuk kenalkan Matteo pada Azrael, Jarrel dan Zayan.
Matteo yang berjalan di sebelah Aria hanya tersenyum melihat reaksi Aria yang sangat teruja itu. Comel.
"Azrael? Awak buat apa dekat sini?" mata Aria tertangkap sosok Azrael yang tengah berlari menuju ke arahnya.
Azrael menghentikan lariannya tepat di hadapan Aria. Dia memandang ke arah lelaki yang berada di sebelah Aria. Dia seakan pernah melihat lelaki ini, tapi dimana?
"Siapa dia ni?" tanya Azrael kepada Aria.
"Nama dia Matteo. Kalau awak nak tau, dia ni jiran awak dengan Jarrel. Dia baru je pindah minggu lepas" Aria segera memperkenalkan Azrael pada Matteo. Yes, akhirnya dapat juga dia kenalkan Matteo pada Azrael. Sekarang tinggal Jarrel dan Zayan je belum.
Azrael masih memandang ke arah Matteo yang juga memandang ke arahnya dengan senyuman yang sukar ditaksirkan. Tak silap dia, lelaki ini yang mengintip Aria haritu.
"Matteo. Salam kenal, Azrael" Matteo menghulurkan tangannya di hadapan Azrael. Dia masih tersenyum misteri pada Azrael.
Azrael tidak menjawab melainkan menarik tangan Aria untuk ikut dengannya.
"Azrael, kejap!!" Aria terkejut apabila tiba-tiba Azrael menarik tangannya. Dia terlupa yang Matteo masih memegang beg plastiknya.
"Jangan berkasar dengan perempuan. Kau ni takdak adab ke?" Matteo dengan laju menarik tangan Aria yang sebelah lagi untuk menghentikan tindakan Azrael yang agak kasar pada Aria.
"Lepaskan dia! Kau tak layak untuk pegang dia" Azrael yang tidak dapat menahan amarahnya segera menumbuk pipi kanan Matteo kuat. Jangan harap aku akan biarkan kau apa-apakan Aria selagi aku ada.
"Matteo!!" Aria segera pergi ke Nick apabila Matteo terjatuh ke lantai apabila ditumbuk oleh Azrael. Beg plastik yang dipegang oleh Matteo turut jatuh berselerak di atas lantai.
"Awak okey?" tanya Aria. Nadanya sangat khawatir dengan keadaan Matteo.
"Saya..okey.." kata Matteo perlahan. Dia memegang pipinya yang agak bengkak. Tumbukan Azrael memang kuat. Sesuai dengan tubuh Azrael yang kental dan sado itu.
"Apa awak buat ni, Azrael? Kenapa awak tumbuk dia?" marah Aria. Dia seakan kecewa dengan Azrael yang tiba-tiba saja datang dan terus menumbuk Matteo tanpa sebarang alasan pun.
"Ikut aku. Kau tak boleh dekat dengan dia" kata Azrael sebelum memegang tangan Aria semula. Dia kena segera jauhkan Aria daripada lelaki jahat macam Matteo yang pura-pura nampak baik.
"Apa masalah awak ni, Azrael?" Aria menepis tangan Azrael daripada tangannya. "Awak sedar tak apa yang awak buat ni? Yang awak pergi tumbuk dia tu kenapa? Apa awak nak jawab kalau family dia tanya pasal dia? Awak tak fikir ke semua tu?"
Azrael agak tersentak apabila Aria menepis tangannya. Lagi tersentak apabila Aria lebih memilih untuk membela lelaki jahat itu berbanding percaya padanya.
"Awak memang dah melampau, Azrael. Saya betul-betul kecewa dengan awak" kata Aria sebelum kembali fokus pada Matteo.
"Jom. Saya bawa awak pergi hospital" kata Aria kepada Matteo. Dia masih risau dengan keadaan Matteo.
"Takpa, saya okey jelah. Luka ni kecik je. Esok-esok sembuh lah nanti" kata Matteo tersenyum bahawa dia baik-baik saja meskipun pipinya masih sakit.
"Saya tetap nak bawa awak pergi hospital juga" Aria perlahan memegang badan Matteo untuk ikut dengannya. Dia sempat memandang ke arah Azrael. "Saya takkan maafkan awak selagi awak tak sedar kesalahan awak, Azrael"
Azrael berdiri kaku sambil memandang kepergian Aria bersama lelaki itu. Raut wajahnya sangat sedih dan terluka kerana Aria lansung tak percaya padanya dan lagi memilih lelaki itu berbanding dirinya.
"Aku cuma nak lindungi kau, Aria. Aku taknak apa-apa jadi pada kau. Aku takut...kalau aku kehilangan orang yang aku sayang lagi" kata Azrael perlahan sambil menatap kepergian Aria bersama lelaki itu dengan raut wajah yang sedih.
"Sorang je? Mana budak tu? Bukan ke kau keluar tadi pergi cari dia" tanya Jarrel.
Jarrel dan Zayan yang tengah santai berehat di ruang tamu. Mereka hanya berborak kosong sementara menunggu Azrael untuk membawa balik Aria memandangkan mereka masih belum sarapan. Mereka menunggu Aria untuk membuatkan sarapan untuk mereka.
Azrael tidak menjawab soalan Jarrel. Dia melangkah kakinya menuju ke biliknya. Wajahnya masih sedih atas apa yang berlaku sebentar tadi. Dia perlukan masa untuk tenangkan dirinya.
"Aik? Apahal pula mamat tu? Bergaduh dengan budak tu ke?" Jarrel dan Zayan hairan dengan sikap Azrael. Tak pernah-pernah lagi Azrael abaikan mereka sampai begitu sekali.
"Mm, mungkin Azrael memang bergaduh dengan Ari" kata Zayan yang turut setuju dengan Jarrel. Raut wajah Azrael yang sedih itu menjawab segalanya.
"Haish, macam-macam lah diorang ni" kata Jarrel menghela nafas berat. Dia pening dengan masalah yang melanda antara Azrael dan Aria. Tak pernah nak hidup bahagia betul diorang ni.
"Takpa, kita biar je dulu. Nanti kalau dah melarat, kita bantu mereka berdua. Saya tak suka lah kalau diorang berdua bergaduh lama-lama. Saya nak diorang bahagia je" kata Zayan kepada Jarrel.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...