Bab 22

56 9 3
                                    

    Keesokan harinya, Aria bangun sangat awal seperti biasanya. Dia melihat ke arah jam yang masih menunjukkan pukul 6:00 pagi. Masih awal lagi. Matanya menangkap satu sosok yang masih nyenyak lena di sebelahnya. Kesian dekat awak Azrael disebabkan nak pujuk saya semalam, awak sampai kena tidur lambat.

"Saya pergi buat breakfast dulu tau. Awak tidur okey" bisik Aria perlahan tepat di tepi telinga kanan Azrael. Dia taknak kalau Azrael terjaga pula nanti.

Aria bangun dari katil sebelum melangkah keluar dari bilik Azrael. Langkah kakinya turun ke bawah untuk menuju ke dapur.

"Apa aku nak masak untuk diorang eh? Mm..apa kata aku buat je mee goreng? Lagipun pagi-pagi ni tak elok ambik breakfast yang berat-berat sangat. Nanti gemuk pula tiga jejaka tampan tu" kata Aria. Dia membuka peti ais yang mempunyai banyak bahan masakan tapi lansung tiada mee.

"Mana mee eh?" Aria membuka kesemua pintu kabinet dapur tapi lansung tiada sebarang mee yang ada.

"Nampaknya aku kena keluar beli jelah" Aria baru teringat sekarang masih awal pagi lagi. Mana mungkin ada kedai yang akan membuka kedai pada waktu yang masih terlalu awal ni.

"Harap-harap buka lah" Aria mengambil dompetnya sebelum bersiap-siap untuk pergi ke kedai. Nampaknya dia sudah terlupa akan pesanan Azrael supaya tidak keluar dari rumah seorang diri tanpa Azrael atau Jarrel mahupun Zayan untuk menemaninya.




"Huarghhh" Jarrel menguap dengan lebarnya sambil mengeliat kecil. Dia baru sahaja bangun dan ingin ke dapur kerana sangat lapar pada pagi ini.

"Aik? Takdak makanan? Bukan ke selalunya budak tu akan bangun awal untuk memasak?" Jarrel menaikkan keningnya hairan. Lansung tiada sebarang makanan yang terhidang di atas meja makan. Mana pula budak ni pergi?

"Mungkin budak tu tak bangun lagi" kata Jarrel yang mahu memikirkan hal yang positif sahaja. Biasalah manusia yang selalu bangun awal pasti ada akan masanya di mana dia akan bangun lambat juga.

Jarrel mengambil air kotak di dalam peti ais sebelum menuang ke dalam cawan. Air tersebut diminumnya dengan rakus kerana dia sangat dahaga.

"Rel, mana Aria?" tanya Azrael yang baru sahaja masuk ke dapur. Dia juga baru sahaja bangun dari tidurnya.

"Huh? Bukan ke dia tak bangun lagi? Aku ingatkan dia masih tidur dalam bilik kau" kata Jarrel hairan dengan soalan Azrael. Bukan ke budak tu ada dalam bilik Azrael? Ke budak tu keluar?

"Takdak. Aku bangun-bangun je dia dah takdak dalam bilik tu. Aku ingatkan dia ada dekat dapur tengah buatkan sarapan jadi aku datang lah sini tapi dia takdak juga" jawab Azrael.

"Aku pun tak nampak dia dari tadi. Bangun-bangun je dia dah takdak dalam dapur ni. Aku ingatkan dia masih tidur lagi" kata Jarrel lagi.

Azrael mula merasakan tidak sedap hati. Selalunya Aria takkan pergi ke mana-mana tanpa memberitahu padanya terlebih dahulu. Dia berharap yang Aria takkan kenapa-kenapa.

"Aku pergi cari dia dulu" Azrael segera bergegas untuk keluar dari rumah. Dia mahu segera mencari Aria. Dia sangat risau dengan keadaan Aria.

"Jangan lupa bawa pedang---" Jarrel baru sahaja mahu menyuruh Azrael untuk membawa pedangnya telah terlambat. Azrael sudah pun keluar dari rumah.

"Haish, aku tahu lah kau tengah risau tapi kot ye pun bawa lah pedang tu. Buatnya kena serang musuh nanti, aku juga yang susah" kata Jarrel menghela nafas berat. Dia mengeleng kepalanya sahaja melihat gelagat Azrael. Risau betul dekat budak tu.




"Hehe, akhirnya dapat juga aku buat mee goreng untuk diorang bertiga" kata Aria teruja. Tangannya agak penuh dengan beg plastik yang mengandungi bahan masakannya yang lain selain mee. Meskipun di rumah sudah banyak bahan masakan yang sudah dibeli banyak oleh Jarrel dan Zayan tapi dia still mahu menambahnya. Lagipun dia tak tahu sampai bila dia akan tinggal di rumah itu.

"Rina!!"

Terdengar suara lelaki yang menjerit dari belakangnya. Dia segera menoleh ke arah belakang dan terlihat seorang jejaka tampan yang menuju ke arahnya.

"Rina? Urm, awak panggil saya ke? Maaf ye saya bukan Rina. Saya rasa awak salah orang ni" tanya Aria untuk kepastian. Mana tau lelaki ini memanggil orang lain memandangkan namanya Aria bukan Rina.

"Ahh, maaf saya ingatkan awak tunang saya tadi. Btw nama saya Matteo. Siapa nama awak?" tanya lelaki kacak itu kepada Aria.

"Saya Aria. Salam kenal Matteo" kata Aria memperkenalkan dirinya. Wajahnya tersenyum pada Matteo.

"Awak ni cantik sangat. Tiada sesiapa ke yang bagitau awak ni cantik?" kata Matteo yang memuji Aria. Matanya tidak pernah lari dari menatap wajah jelita Aria.

"Uhm, terima kasih. A-ada je yang bagitau saya tentang tu" jawab Aria agak kekok. Entah kenapa dia rasa agak aneh dengan sikap Matteo yang sangat baik terhadapnya sedangkan mereka tidak pernah kenal pun sebelum ni.

"Uhm...kalau takdak apa lagi, saya balik dulu. Saya nak kena balik untuk masak ni" kata Aria meminta diri. Dia harus segera balik sebelum diorama bertiga bangun. Dia harus cepat-cepat balik untuk buat sarapan untuk diorang.

"Tunang saya memang baik" kata Matteo perlahan. Hanya dirinya yang dapat mendengar apa yang dia katakan.

"Uhm, awak ada kata apa-apa ke?" tanya Aria hairan. Tak silap tadi dia ada terdengar Matteo mengatakan sesuatu. Tapi apa dia? Takkan dia salah dengar kot?

"Takdak apa. Boleh saya bantu awak? Awak nampak macam perlukan bantuan je" mata Matteo melihat ke arah beg plastik yang dipegang oleh Aria. Aria kelihatan sangat kesulitan untuk membawa beg plastik yang banyak itu.

"Eh, tak perlu. Saya boleh bawa sendir--" baru sahaja Aria mahu menolak, Matteo sudah terlebih dahulu merampas beg plastik dari tangannya dengan laju.

"Jom. Saya harap awak tak menolak bantuan saya ni" kata Matteo. Wajahnya masih tersenyum pada Aria. Lansung tidak berasa apa-apa sedangkan Aria mahu menolak bantuannya.

"Saya ni memang suka bantu orang yang memerlukan bantuan. Jadi saya harap awak tak kisah lah" kata Matteo kepada Aria.

"Uhm, takpa. Saya tak kisah pun. Lagipun awak ni baik sangat. Untung betul tunang awak sebab dapat lelaki sebaik awak" puji Aria dengan lembut.

"Hehe, saya yang sepatutnya beruntung sebenarnya sebab dapat memiliki tunang yang sangat baik dan cantik seperti dia. Lagipun awak dan dia, dua dua sama-sama cantik" kata Matteo yang membuatkan Aria semakin hairan dibuatnya.

'Apasal dia puji aku dengan tunang dia sama-sama cantik ni? Buatnya tunang dia tau, jeles pula nanti' fikir Aria di dalam hatinya. Lagipun dia taknak kalau Matteo bergaduh dengan tunang dia disebabkan Matteo dengan selambanya memuji dirinya cantik.

"Jom, saya hantar awak balik" kata Matteo sebelum mempelawa dirinya untuk menghantar Aria balik.

"Eh, jap saya belum bagitau lagi alamat rumah dekat awak" kata Aria baru tersedar. Memandangkan Matteo sudi menghantarnya jadi dia ikutkan jelah. Dia sudah terlambat untuk balik ni. Mesti tiga jejaka tampan tu dah bangun.

"Tak perlu. Lagipun saya dah tau rumah awak dekat mana" kata Matteo santai.

"Maksud awak?" tanya Aria tidak faham.

"Kita ni jiran lah. Awak tak tahu ke?" kata Matteo berserta senyuman yang sukar ditaksir.

HER ASSASSIN 1Where stories live. Discover now