Bab 14

64 10 0
                                    

Ktok! Ktok!

"Azrael, boleh saya masuk?" Aria mengetuk pelan pintu bilik Azrael. Dia boleh je masuk dalam tu tanpa mengetuk, tapi dia rasa tak baik pula masuk bilik orang tak ketuk pintu dulu. Rasa macam kurang ajar pula.

"Masuk" jawab Azrael dari dalam.

Aria pun segera membuka pintu itu sebaik mendengar jawapan dari Azrael.

"A-awak tengah buat apa tu?" tanya Aria. Kakinya perlahan melangkah ke arah Azrael.

Azrael tidak menjawab melainkan hanya mengangkat kain dan pedangnya pada Aria. Nampaknya dia tengah mengelap pedangnya.

"K-kalau awak busy, saya boleh keluar" Aria yang baru sahaja mahu pergi tapi tangannya dipegang oleh Azrael.

"Duduk je sini" kata Azrael sepatah.

"O-okey" Aria perlahan duduk di atas katil sebelah Azrael.

"A-awak baru lepas buat misi ke?" tanya Aria sekadar untuk menghilangkan suasana kekok di antara dia dan Aria.

Azrael hanya mengangguk kecil. Tangannya masih sibuk mengelap pedang kesayangannya.

"..saya..saya nak minta maaf pasal tadi. S-saya tak bermaksud pun nak kata macam tu, s-saya cuma malu. Malu nak cakap yang saya ni..rindukan awak" kata Aria. Ayat dua terakhir di belakangnya diperlahankan supaya Azrael tidak mendengarnya.

Azrael tersenyum tipis medengar itu. Meskipun dia tidak berapa dengar dua ayat terakhir Aria, tapi dia dapat mengagak apa yang Aria cuba sampaikan padanya.

"Aku pun rindu kau juga" kata Azrael perlahan. Memang niatnya supaya Aria dapat mendengarnya.

"S-saya.." pipi Aria semakin memerah malu mendengar ayat Azrael. Asal mamat ni boleh cakap ayat tu dengan wajah yang datar dan dingin itu?

"Lepasni kalau kau perlukan apa-apa bantuan, bagitau je aku. I promise, I will help you" kata Azrael berserta senyuman tipisnya khas buat Aria.

Aria yang masih memerah malu hanya mengangguk kecil.

"Yang korang berdua duk sibuk mengintai dari tadi, apahal? Dah takdak kerja lain ke?" tanya Azrael yang memerhati sahaja pintu biliknya.

"Kenapa?" Aria ikut menoleh ke arah yang dipandang oleh Azrael.

"Mana lah tau kalau kau apa-apakan dia ke, boleh aku acah jadi hero selamatkan dia dari dibunting oleh kau" kata Jarrel selamba. Dia keluar dari belakang pintu bersama Zayan.

"Kau ingat aku lelaki yang macam tu ke?" kata Azrael.

"Tak, tapi aku still tak percayakan perempuan naive tu" kata Jarrel sambil memuncungkan mulutnya ke arah Aria.

"Yang kau pula? Apahal?" tanya Azrael kepada Zayan.

"Saya hanya ikut arahan Jarrel sahaja" jawab Zayan ringkas.

Azrael hanya menarik nafas panjang. Stress. Kenapa lah dia dapat berkawan dengan dua malaun ni?




"Sorry lah kalau kau rasa terganggu. Diorang tu memang macam tu" kata John sebaik menutup pintu. Puas hatinya selepas dapat menghalau dua malaun yang sibuk menganggu perbualan antara dia dengan Aria.

"Eh, takpa lagipun awak beruntung tau sebab dapat kawan macam tu. Kadang-kadang kawan yang macam tu yang selalu ada dengan kita time kita susah mahupun senang"

Azrael terdiam sebab apa yang dikatakan oleh Aria semuanya betul. Memang selama ini Jarrel selalu ada dengannya tak kira di situasi susah mahupun senang. Meskipun perangai Jarrel agak gila tapi dia seorang kawan yang sangat baik. Dia selalu prihatin akan keadaan Azrael.

"So, kau nak tidur sini ke malam ni?" tanya Azrael. Pedangnya diletakkan di sebelah katilnya.

"Boleh je kalau awak nak saya tidur sini" jawab Aria selamba.

Azrael mengerutkan keningnya hairan. Aik? Bila masa Aria jadi berani pula ni, tadi bukan main malu dengannya.

"A-awak tidur lah atas katil dengan saya. S-saya tak kisah pun" kata Aria perlahan.

"Kau pasti?" tanya Azrael. Aria hanya mengangguk kecil.

"Baik kalau kau kata macam tu, tapi ingat jangan salahkan aku pula kalau apa-apa terjadi pada kau. Aku masih lelaki, Aria" jawab Azrael sebelum akhirnya dia baring di atas katil.

"Ehh, saya belum bagitau lagi dekat Emma yang saya nak tidur sini malam ni" kata Aria yang baru teringat dia belum bagitau apa-apa pada Emma. Mesti Emma tengah tercari-carikan dia lagi.

"Tak perlu. Esok-esok jelah kau bagitau. Sekarang tidur" kata Azrael.

Aria melihat mata Azrael yang nampak kepenatan sangat. Kesiannya dekat Azrael. Mesti dia tak cukup tidur selama ini.

Aria perlahan baring di sebelah Azrael sambil menghadap ke arah Azrael.

"Sian awak. Selama ni awak memang tak cukup tidur ke?" tanya Aria. Tangannya perlahan mengusap bawah mata Azrael yang ada mata seperti panda.

Azrael agak terkejut dengan tindakan Aria yang berani menyentuh wajahnya. Ini kali pertama ada orang yang berani untuk menyentuh wajahnya bahkan Jarrel juga tidak pernah menyentuh wajahnya secara mengejut macam ni.

"Awak kena pastikan tidur awal dan dapat rehat yang secukupnya selepas ini. Tak baik untuk kesihatan tau kalau awak selalu tidur lambat" pesan Aria lembut. Dia berharap Azrael akan mendengar pesanannya.

"Hmm" Azrael masih menatap wajah Aria di hadapannya. Entah kenapa berada bersama Aria selalu buat dia rasa tenang dan nyaman. Semua masalahnya pergi apabila dia bersama Aria.

"M-maaf saya tak bermaksud nak--" Aria segera menjauhkan tangannya dari wajah Azrael. Dia merasakan dirinya sudah biadap sebab memegang wajah Azrael tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Azrael meletakkan semula tangan Aria di pipinya, dia tersenyum nipis.

"Biarkan begini. Aku tak marah pun" kata Azrael kepada Aria.

"B-baiklah" jawab Aria.



Yuki meluru masuk ke rumah Aria dan Emma tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu memandangkan dia sudah ada kunci rumah tersebut.

"Lah kau ke? Mati-mati aku ingatkan Ari dah balik tadi" kata Emma. Dia tengah sibuk melayan drama korea kesayangannya.

"Mana Ari?" tanya Yuki sebaik dia tidak merasakan kehadiran Aria di rumah itu.

"Dia keluar" jawab Emma ringkas.

"Huh, keluar? Pergi mana?" tanya Yuki hairan. Jarang gila kalau Aria keluar rumah tapi tak balik-balik lagi sampai sekarang.

"Pergi rumah pakwe dia. Asal?" kata Emma. Dia sengaja nak jeleskan Yuki sebenarnya.

"Pakwe? Bila masa dia ada pakwe pula ni?" tanya Yuki hairan. Sejak bila Aria ada pakwe? Kenapa dia tak tahu tentang hal ni?

"Azrael" jawab Emma sepatah.

"Huh? Seriouslah dia keluar dengan jantan tu lagi? Kau tak tipu aku kan?" tanya Yuki yang masih tidak percaya apa yang dia dengarkan. Mana mungkin Aria secepat itu menerima Azrael sebagai kekasihnya.

"Ish, buat apa aku nak tipu kau huh? Buang masa aku jelah" kata Emma sambil mulutnya sibuk mengunyah snack.

"Kau tau mana rumah jantan tu tinggal?" tanya Yuki.

"No, lagipun kau nak buat apa kalau kau tau kat mana dia tinggal. Kau nak serang dia? Ke kau nak buat Sa makin bencikan kau?" kata Emma yang berjaya membuatkan Yuki tersentak.

"Kalau kau betul-betul cintakan Ari, teruskan berusaha untuk dapat cinta dia. Bukannya nak jeles sana sini. Kalau aku jadi Ari pun, better aku pilih Azrael dari kau. Azrael tu pun baik orangnya" kata Emma.

"Dah lah kau pergi lah keluar. Meskipun kita ni sepupu, tak manis berdua-duaan dalam rumah ni" kata Emma lagi.

Yuki pun memusingkan badannya sebelum keluar dari rumah tu. Dia kena cepat cari Aria. Dia takkan biarkan jantan tu dapat Aria dari dia. Aria hanya milik dia sahaja.

"Kau milik aku, Ari. Aku akan dapatkan kau daripada jantan tu" kata Yuki perlahan.

HER ASSASSIN 1Where stories live. Discover now