Knock! Knock!
Aria perlahan mengetuk pintu rumah Nek Niah. Nek Niah, seorang makcik yang telah ia tolong dahulu ketika Nek Niah berada dalam kesusahan dan sangat memerlukan bantuan seseorang. Dia masih ingat dengan jelas kesusahan dan penderitaan yang telah dialami oleh Nek Niah dahulu yang telah diabaikan oleh anak-anak kandungnya sendiri.
Dan pintu itu pun dibuka dari dalam. "Aria!! Ish budak bertuah ni. Suka betul datang tak bagitahu Nek Niah dulu"
"Hehe, maaf Nek Niah" kata Aria yang tersengih malu.
"Masuk lah dulu. Banyak benda Nek Niah nak tanya kamu" Nek Niah menjemput Aria masuk ke dalan rumahnya.
Aria pun masuk ke rumah Nek Niah seperti yang dipelawa. "Terima kasih, Nek Niah"
"Dah lama kamu tak melawat Nek Niah. Nek Niah ingatkan kamu dah lupa tentang Nek Niah" kata Nek Niah dengan nada seakan merajuk dengan Aria.
"Mana mungkin saya nak lupakan Nek Niah? Saya dah lama anggap Nek Niah macam mak kandung saya sendiri. Saya harap Nek Niah tak bencikan saya sebab dah lama tak melawat Nek Niah. Saya betul-betul minta maaf" Aria rasa bersalah sebab sudah seminggu dia tidak melawat Nek Niah. Itu pun kerana dia sibuk dengan kehidupan seharian.
"Mana mungkin Nek Niah nak benci kamu? Nek Niah pun dah anggap kamu macam anak Nek Niah sendiri. Kamu jelah yang selalu ambil berat pasal Nek Niah. Kamu juga yang rapatkan semula Nek Niah dengan anak-anak Nek Niah" kata Nek Niah. Dia sangat memahami yang Aria juga sibuk dan ada kehidupan dia sendiri.
"Sebelum ni Nek Niah baru teringat ada dua orang jejaka tampan cari kamu. Kamu dah jumpa ke dengan mereka berdua?" tanya Nek Niah. Dia baru teringat untuk bertanya tentang gerangan dua jejaka tampan yang mencari Aria dulu.
"Dua jejaka tampan? Siapa?" Aria lansung tidak tahu siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Nek Niah.
"Alah, tak silap Nek Niah sorang tak bercakap dan sorang lagi bercakap. Diorang sangat tinggi orangnya. Diorang juga ada bertanya banyak pasal kamu, jadi Nek Niah pun bagitau jelah yang kamu bekerja dekat restoran kawan kamu tu" kata Nek Niah lagi.
"Ohh, diorang ke. Saya dah jumpa diorang" Aria terus teringat dekat Azrael dan Jarrel. Mesti mereka berdua yang dimaksudkan oleh Nek Niah memandangkan ciri-ciri yang Nek Niah sebut semuanya ada pada dua jejaka tampan tersebut.
"Makcik dapat rasakan yang salah sorang dari jejaka tampan tu nampak macam sukakan kamu je, Aria" kata Nek Niah. Firasat sebagai orang tua memang kuat mengatakan yang salah sorang dari jejaka tampan itu memang menaruh hati pada Aria.
"Ish, takdaknya Nek Niah. Lagipun saya baru je kenal diorang tak sampai seminggu. Dan mana mungkin diorang akan suka seseorang macam saya, Nek Niah? Saya ni cuma orang biasa je. Kalau boleh saya tau, siapa jejaka tampan yang Nek Niah maksudkan tu?" tanya Sanae penasaran. Dia ingin tahu siapa yang dimaksudkan Nek Niah.
"Alah...yang tak bercakap tu" jawab Nek Niah yang mengejutkan Sanae.
"Azrael?" Sanae terkejut. Betul ke apa yang Nek Niah katakan yang Azrael menaruh hati padanya? Atau itu cuma perasaan Nek Niah sahaja?
"Hujan lah pula..."
Aria menatap langit yang turun hujan lebat, berserta kilat. Dia terpaksa mencari tempat teduh supaya tidak terkena hujan nanti tak pepasal dia pula yang kena bebel dengan Emma sebab biarkan diri kena hujan.
"Nampaknya aku kena bagitahu juga dekat Emma. Aku taknak dia risaukan aku pula nanti" Aria segera mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya sebelum mendail nombor telefon Emma.
Bateri anda berbaki 3%. Sila cas dengan segera.
Seriously?
Time macam ni lah dia nak habis bateri pun. Aria mengeluh lagi. Sekarang ni macam mana dia nak balik ke rumah?
Aria yang terkejut apabila ada seseorang yang menepuk bahunya dari belakang dengan segera bertindak refleks dan menumbuk perut gerangan tersebut.
Orang itu segera memegang perutnya yang ditumbuk, senak dia dibuatnya.
"Azrael?" Aria yang terkejut melihat gerangan tersebut segera mengecek keadaan Azrael. "Awak okey? Maaflah saya tak tau awak yang tepuk bahu saya tadi, saya ingatkan awak orang jahat yang nak apa-apakan saya tadi. Saya betul-betul tak sengaja tertumbuk awak"
Azrael hanya mengeleng kecil, dia cuba menyakinkan bahawa dia baik-baik saja meskipun perutnya masih terasa senak. Boleh tahan kuat juga tumbukan Aria tadi, lagi kuat dari musuh-musuh yang ia lawan dengan Jarrel selama ini.
"Awak buat apa kat sini seorang diri? Mana Jarrel? Bukan ke awak selalu dengan dia tak kira kemana pun awak berada" tanya Aria. Matanya sempat meliar di belakang Azrael, mana tahu Jarrel tengah cuba bersembunyi darinya.
Azrael tidak menjawab melainkan hanya mengangkat satu beg plastik berisi ramen yang dipegang olehnya. 'Jarrel suruh aku beli ni. Lagipun aku datang sorang je'
Aria mengangguk faham. Patutlah Jarrel takdak bersama Azrael sekarang ni sedangkan sebelum ni mereka selalu kemana-mana bersama-sama. Mungkin Jarrel agaknya tengah ada urusan lain.
'Kau pula?' tanya Azrael yang ingin tahu apa yang Aria buat seorang diri dekat sini. Apatah lagi Aria seorang perempuan yang baik lagikan cantik orangnya.
"Saya baru je lepas balik dari rumah mak angkat saya. Dalam perjalanan nak balik rumah saya, tak sangka pula hujan turun lebat. Fon saya pun bateri habis, so yeah saya terpaksa berteduh jap kat sini untuk tunggu hujan reda dulu" jawab Aria.
Azrael akhirnya memahami apa yang dilakukan oleh Aria seorang diri di sini. Tiba-tiba telefonnya berbunyi simple tanda ada mesej yang masuk.
Dia meminta izin terlebih dahulu dari Aria sebelum membuka mesej tersebut.
Jarrel: Wey, kau ada dekat mana dah? Aku nak bagitahu yang maybe aku akan balik lambat sikit. Jadi kau tak perlu tunggu aku. Kalau lapar, kau makan je ramen tu
Azrael: Aku tengah ada dekat luar ni.
Jarrel: Kau masih? Dalam keadaan hujan lebat ni?
Azrael: Ya.
Jarrel: Kau ada dengan siapa sekarang ni?
Mata Azrael sempat melirik sekilas ke arah Sanae yang masih menatap ke arah langit yang hujan turun lebat.
Azrael: Dengan Aria.
Jarrel: Dengan budak tu? Macam mana kau boleh ada dengan dia? Korang pergi dating ke?
Azrael: Tak, aku just terserempak dengan dia tadi. Dan sekarang kami berteduh dekat satu rumah kosong ni.
Jarrel: Kalau hujan masih lebat, kau ajak lah dia tidur dekat rumah kita. Takkan kau nak biarkan dia sesorang dekat luar tu, dah lah nak malam dah ni. Tapi kau jangan apa-apakan dia pula. Nanti aku balik, kita jumpa. Cau.
Azrael: Cau.
Azrael pun simpan semula telefon bimbitnya di dalam poketnya sebelum kembali fokus kepada Aria.
"Kalau awak ada urusan, awak balik lah dulu. Pasal saya, awak jangan risau. Habis je hujan ni reda saya akan terus balik. Saya takkan singgah mana-mana pun" kata Aria. Dia tidak mahu disebabkan dirinya, Azrael sampai rumah lambat pula nanti.
Azrael teringat semula apa yang disampaikan oleh Jarrel. Betul juga cakap Jarrel, takkan dia nak biarkan Aria sesorang kat sini? Buatnya Aria kena culik ke, kena bunuh ke, nanti dia juga yang susah hati.
Azrael membuka jaket hitamnya sebelum meletakkan jaketnya di atas kepala Aria.
"Awak?" Aria agak terkejut dengan tindakan mengejut Azrael.
'Aku bawa balik kau pergi rumah aku dengan Jarrel' Azrael menyampaikan itu dalam bentuk isyarat pada Aria.
"Tapi saya boleh je tungg---ehhhh awak!!!" Aria terjerit syok apabila tangannya tiba-tiba ditarik oleh Azrael untuk ikut Azrael pergi ke rumah yang dimaksudkan Azrael.
Azrael menggunakan ketinggiannya untuk memegang jaketnya ke atas sikit supaya Aria tidak terkena hujan yang lebat itu. Dia sanggup mengabaikan dirinya yang sudah basah lencun semata-mata untuk lindungi Aria. Dia taknak kalau Aria jatuh sakit nanti.
Aria sangat terpegun dengan kebaikan Azrael terhadap dirinya. 'Kenapa kau baik sangat dengan aku, Azrael?'
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...