"Awak, tunggu lah"
Aria masih setia mengejar Azrael yang berjalan sangat laju darinya. Mentang-mentang kaki Azrael lagi panjang dari dia. Tapi dia still tinggi, Azrael tu je yang terlebih kalsium tinggi berbanding dia.
Bump!
"Aduh" Aria tak sengaja terlanggar belakang badan Azrael yang tiba-tiba sahaja brek secara mengejut membuatkan dia terjatuh. Boleh tahan tegap juga badan Azrael ni. Baru terlanggar sikit dah terjatuh.
'Kau okey? Sakit dekat mana-mana tak?'
Azrael segera mengecek keadaan Aria. Wajahnya nampak sangat risau dan panik dengan keadaan Aria. Jangan sampai Aria tercedera gara-gara dirinya. Jikalau itu benar-benar berlaku, dia memang takkan sesekali maafkan dirinya.
"Uhm, saya okey. Awak jangan risau ye" Aria memberikan senyuman lembut kepada Azrael untuk menyakinkan Azrael bahawa dia baik-baik saja.
Azrael mampu menarik nafas lega apabila mendapati Aria baik-baik saja. Nasib baik dia okey.
"Azrael, saya nak sangat balas balik budi awak selama ni. Awak dah banyak kali lindungi saya. S-saya tak boleh kalau terhutang budi dengan seseorang"
Azrael menatap sahaja wajah Aria yang nampak sangat mengharap supaya dapat membalas budinya.
"Awak, dengar tak apa yang saya cakap ni? Awak?" Aria melambai-lambai tangannya tepat di hadapan muka Azrael yang hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tak dengar ke apa aku cakap ni?
"Eh, jap saya terlupa, awak boleh bagitau or kongsi je apa yang awak nak dalam buku ni"
Aria menyerahkan sebuah buku nota kecil kepada Azrael. Memandangkan Azrael tidak bercakap, jadi ini sahaja cara supaya dia dapat berkomunikasi dengan Azrael dengan lebih mudah dan lancar.
Azrael tanpa menunggu lama segera menulis apa yang ingin ia sampaikan kepada Aria.
'Kalau betul kau nak balas budi, aku nak kau benarkan supaya aku dapat berjumpa dengan kau lagi lepasni.'
Aria tersenyum sebaik membaca apa yang Azrael tulis padanya. "Mesti lah boleh, awak. Awak nak jumpa saya hari-hari pun saya tak kisah cuma saya takut awak je yang bosan tengok muka saya hari-hari"
'Aku tak pernah bosan kalau dapat jumpa kau hari-hari, tapi aku malah suka sangat' bisik hati Azrael. Hanya dia sahaja yang mendengar itu.
Sejak hari itu, Azrael dan Jarrel kerap datang ke restoran Family Akane tempat Aria bekerja. Jikalau ada waktu terluang, mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke restoran tersebut. Hubungan antara Aria, Azrael dan Jarrel juga bertambah semakin rapat. Sedikit sebanyak Aria mengetahui kisah mereka berdua meskipun mereka sangat berahsia orangnya.
"Selamat datang ke Restoran Family Akane. Apa yang saya boleh bantu, encik berdua?"
Aria menyambut dengan penuh sopan sebaik melihat Azrael dan Jarrel yang masuk ke restoran.
"Layanan kau masih sama, budak" kata Jarrel yang sempat mengusik Aria.
"Terima kasih atas pujian itu" Aria hanya tersenyum mendengar ucapan Jarrel.
"Aria, siapa dua jejaka tampan tu?" Aria tiba-tiba ditarik oleh Mina, kawan sekerjanya yang sangat penasaran tentang dua jejaka tampan ini. Dia perasan sejak kebelakangan ini, dua jejaka tampan ini sering datang ke restoran ini malah Aria juga nampak sangat mengenali mereka.
"Ohh, yang ini Jarrel dan sebelah dia, Azrael. Mereka ni kawan-kawan saya" Aria memperkenalkan dua jejaka tampan itu kepada Mina.
"Dan apa nama kau, gadis jelita?" Azrael hanya mengeleng kepalanya melihat ayat 'playboy' Jarrel yang sudah mula aktif. Tidak habis-habis nak mengorat semua gadis cantik yang dijumpainya.
"N-nama saya..Mina" kata Mina sedikit gagap. Kenapa jejaka tampan di hadapannya ini sangat hot??
"Ohh, Mina. Sedap nama tu, sesuai dengan orangnya" semakin bertambah malu Mina dibuatnya apabila mendapat kenyitan nakal dan menggoda dari Jarrel.
"Kau sangat cantik---aduhh sakitlah!" Jarrel yang baru sahaja mahu meneruskan sesi mengoratnya terhalang apabila mendapat tumbukan tanda sayang dari Azrael dekat kepalanya.
Azrael hanya beriak selamba, dia memberi isyarat pada Aria bahawa mereka mahu menu yang sama seperti sebelum ini, sebelum dia menarik tangan Jarrel untuk mengikutinya.
Aria segera memberitahu order tersebut pada chef.
"Aria, Azrael tu...memang tak boleh bercakap ke?" tanya Mina yang menghentikan perbuatan Aria menyimpan duit di dalam mesin duit di hadapanya.
"Kenapa awak nak tahu?" Aria malah bukanya menjawab tapi menanya Mina.
"Eh tak saya bukan bermaksud nak tanya milik Aria tu tapi saya cuma penasaran je" nafi Mina segera sebab taknak Aria tersalah faham pula.
"Eh---bukan lah saya dengan Azrael takdak apa-apa hubungan pun. K-kami just kawan biasa je" kata Aria laju. Dia berharap yang Mina takkan salah fahan hubungannya dengan Azrael. Dia dan Azrael hanya kawan biasa saja.
"Betul ke kawan biasa? Saya nampak macam kawan luar biasa je" kata Mina selamba.
"Dah lah, saya nak pergi hantar pesanan diorang. Nanti sian pula kalau diorang tertunggu lama" kata Aria sebelum pergi dari situ dengan membawa pesanan Azrael dan Jarrel. Lagipun dia taknak disoal siasat lebih lanjut oleh Mina tentang Azrael dan Jarrel.
"Eleh, kawan biasa lah sangat. Entah-entah nanti diorang bercinta dalam diam dan lansung tak bagitau aku" kata Mina hanya terkekeh dengan gelagat Aria.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...