Bab 25

26 1 0
                                    

     "Aku ingatkan dah tak ingat jalan rumah ke sini. Mana kau pergi? Malam baru ingat nak balik?" tanya Jarrel apabila dia melihat Aria yang baru sahaja masuk ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Saya pergi rumah kawan tadi" jawab Aria santai.

"Rumah kawan? Sejak bila kau ada kawan dekat sini selain kami? Ke kau keluar dengan pakwe kau?" kata Jarrel geram. Orang punya lah risaukan dia, dia boleh buat santai je.

"Nanti Jarrel akan tau juga. Saya naik atas dulu. Saya letih. Mengantuk" kata Aria sebelum dia naik ke atas dengan segera. Dia agak letih untuk disoal siasat lebih lagi oleh Jarrel.

Jarrel semakin hairan dengan sikap Aria yang selamba. Jangan cakap yang Aria memang dah ada pakwe selama ni? Habistu macam mana dengan Azrael?


Aria baru sahaja masuk ke dalam bilik Azrael. Dilihatnya Azrael yang masih belum tidur yang tengah sibuk mengelap pedang kesayangannya. Dia perlahan mendekati katil sebelum duduk di sebelah Azrael.

"S-saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tak bermaksud pun nak marah awak tadi. Lagipun kenapa awak pergi tumbuk Matteo tadi? Dia tak buat apa-apa salah pun dengan awak kan" kata Aria perlahan. Rasa bersalah sebab marah Azrael tadi.

"Aku buat semua tu untuk lindungi kau" Azrael meletakkan pedangnya sebelum menatap ke arah Aria yang berada di sebelahnya.

"Saya tau, tapi Matteo tu baik awak. Dia bukan orang jahat. Keluarga dia pun baik-baik je. Diorang semua layan saya dengan baik" kata Aria lagi.

Azrael terdiam mendengar itu. Family? Jangan cakap tadi Aria memang pergi rumah lelaki jahat itu dan sebabkan tu juga dia balik lambat?

"Kau tidur lah dalam bilik ni. Aku tidur dengan Jarrel kat dalam bilik dia malam ni" kata Azrael. Dia keluar dari biliknya meninggalkan Aria yang hanya terdiam melihatnya pergi.

"Dia terasa dengan aku ke.." Aria menghela nafas berat. Lepas satu, satu masalah yang menimpanya. Nampaknya esok dia memang kena minta maaf pada Azrael. Azrael dah banyak kali tolong dia jadi dia taknak kalau Azrael merasakan dia ni jenis orang yang tak kenang budi lepas ditolong.


"Aria, apa semua ni? Kamu masih tak boleh nak move on lagi ke? Kamu sendiri yang bagitau Mama dan Papa yang kamu dah sihat. Kamu dah sihat sepenuhnya, tapi apa semua ni?" kata Mama Matteo. Raut wajahnya kelihatan sangat marah dan kesal.

"Mama, Teo dah sihat sepenuhnya. Kenapa Mama lansung tak percayakan Teo" jawab Matteo.

"Kamu tak makan ubat lagi kan? Makan, Teo. Mama tau kamu dah berhenti ambik ubat kamu" Mama Matteo memberikan dua biji ubat kepada Matteo untuk memakannya.

"Teo dah sihat. Perlu ke Teo ambik ubat ni lagi?" tanya Matteo yang nampak malas untuk mengambil ubatnya.

"Kamu kata nak sihat kan? Rina tengah tunggu kamu. Kamu mesti taknak buat dia risau kan kalau kamu tak sihat?" kata Mama Matteo. Dia terpaksa menggunakan nama Rina supaya Matteo mahu mendengar cakapnya.

"B-baiklah, Teo akan makan ubat ni. Teo taknak buat Rina risau dekat Teo lagi" kata Matteo yang akhirnya setuju untuk mengambil ubat semula.

"Good boy. Jangan sesekali skip ubat kamu tau" pesan Mama Matteo lagi. Dia memastikan Matteo betul-betul makan ubatnya tepat di hadapan matanya.

Matteo pun makan ubat yang diberikan oleh mamanya. "Boleh Teo nak jumpa Aria lagi esok? Teo rindu sangat dekat dia"

"Boleh, sayang. Tapi kamu kena tidur dulu, dah lambat ni. Esok baru boleh jumpa Aria, okey?" Mama Matteo membelai rambut anak lelakinya. Satu-satunya anak yang sangat ia sayangi dan satu-satunya anak yang dia ada sekarang.

"Okey, baik Mama. Good night" Matteo mencium pipi Mamanya sebelum lari masuk ke biliknya untuk tidur. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Aria lagi.

"Harap dengan kehadiran kamu Aria, dapat ubah hidup Teo" kata Mama Matteo perlahan. Dia hanya melihat kepergian anaknya ke bilik dengan raut wajah sedih. Dia sangat risaukan keadaan anaknya.


"Jemputlah makan ye. Saya dah masak untuk korang"

Aria seperti biasa akan bangun awal untuk buat sarapan. Sudah menjadi tugasnya untuk memasak khas untuk tiga jejaka tampan di rumah itu. Dia lansung tidak merungut atau mengeluh lansung. Dia malah gembira kerana dapat memasak untuk mereka yang selalu baik padanya.

"Kau ni rajin betul. Sanggup bangun awal semata-mata nak masak untuk kami padahal kami tak suruh pun" kata Jarrel. Tangannya laju menyuap makanan ke dalam mulutnya. Well, masakan Aria tak pernah mengecewakan. Sentiasa sedap.

"Memang korang tak suruh pun, tapi saya still nak masak juga untuk korang bertiga" Aria duduk di sebelah Azrael yang hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia lansung tidak menegur Aria.

"Awak nak tambah, Azrael?" tanya Aria lembut. Azrael hanya mengeleng kepalanya sahaja.

"Uhm, baiklah. Tapi kalau awak nak lagi, bagitau je saya" Aria cuba mengawal riak wajah sedihnya. Selalunya Azrael pasti akan menambah nasi jikalau dia tanya, tapi sekarang Azrael menolak. Mungkin Azrael dah kenyang.

Jarrel dan Zayan yang perasan sikap Azrael terhadap Aria yang agak berbeza memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Mereka tau nanti diorang pasti akan berbaik semula meskipun tidak tau bila.

"Ari, nak tambah" Zayan segera meminta tambah nasinya untuk mengalihkan perhatian Aria yang kelihatan sedih sahaja.

"Okey, jap ye" Aria mengambil pinggan dari Zayan sebelum menambah nasi ke dalam pinggan Zayan. Pinggan itu diberi semula pada Zayan.

"Thanks, Aria" kata Zayan.

Tiba-tiba diorang terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Zayan yang baru sahaja mahu bangun untuk membuka pintu itu dihalang laju oleh Aria. "Takpa, biar saya yang tolong buka"

Aria menuju ke arah pintu utama sebelum pintu itu dibuka dari dalam. Dia terkejut melihat gerangan yang datang ke rumah itu tanpa diundang lansung.

"Yuki?"

HER ASSASSIN 1Where stories live. Discover now