Aria perlahan membuka matanya dan memandang sekililing. Dan sekali lagi dia berada di dalam bilik Azrael. Apabila dia menoleh ke sebelahnya, dia baru tersedar ada Azrael yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya.
"Eh, jap kenapa dia boleh tidur dengan aku?" tanya Aria pada dirinya. Dia agak terlupa apa yang terjadi semalam.
"Ohh, aku yang suruh. Hehe lupa pula" Aria baru teringat dia sendiri yang menyuruh Azrael untuk tidur atas katil dengannya.
"Selamat pagi, hensem. Awak tidur dulu ye, saya pergi buatkan sarapan untuk kita semua" kata Aria sambil mengusap perlahan rambut Azrael. Dia taknak kalau Azrael terjaga pula nanti.
Aria bangun dari katil secara perlahan sebelum dia keluar dari bilik Azrael. Kakinya melangkah turun ke bawah dan menuju ke arah dapur. Matanya sempat melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 6 pagi. Hm, awal lagi rupanya.
"Nak masak apa eh?" Aria melihat isi peti ais yang mempunyai banyak makanan dari yang sebelum ni. Mungkin Zayan yang masakkan untuk diorang.
"Apa kata aku buat Nasi Goreng Pattaya? Bukan selalu masak yang hebat-hebat sikit, hehe" kata Aria pada dirinya lagi.
"Aku harap diorang suka lah apa yang aku masakkan ni" kata Aria. Tangannya mengeluarkan bahan yang diperlukan dari peti ais.
"Masa untuk memasak" Aria memakai apron dan sudah bersedia untuk memasak.
"Wahh, sedapnya bau. Kau masak apa, Aria?" tanya Zayan sebaik masuk ke dapur. Dia baru sahaja bangun dari tidur dan sudah menghidu masakan yang sedap di pagi ini.
"Nasi Goreng Pattaya. Agak-agak diorang suka tak?" tanya Aria kepada Ashiya.
"Kalau awak nak tau, Nasi Goreng Pattaya ni juga merupakan salah satu makanan kegemaran Azrael dan Jarrel" jawab Zayan.
"Huh, seriouslah? Tapi diorang dari dulu memang suka makanan or benda yang sama ke?" tanya Aria ingin tahu.
"Diorang berdua tu memang macam tu, dah macam kembar pula. Semua benda yang diorang suka kebanyakan semua sama je. Lagipun Azrael dan Jarrel ni jenis yang tak memilih sikit orangnya. Tapi kalau Jarrel tu, dia agak cerewet sikit" kata Zayan.
"Ish, awak ni tak baik lah" kata Aria. Dia dan Zayan ketawa bersama mendengar Zayan yang sedap mengumpat Jarrel.
"Sedap mengumpat aku nampak?" muncul satu suara garau di belakang mereka yang mengejutkan Aria dan Zayan.
"Jarrel? Azrael? Korang dah bangun? Duduklah dulu, saya ada masakkan untuk kalian bertiga.
"Untung siapa yang dapat kau, Aria. Dah lah cantik, baik, pandai masak pula. Pendek kata, kau ni package lengkap. Sangat sempurna" puji Zayan melambung.
"Ish, mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Saya ni cuma orang biasa-biasa je wak. Takdak yang special mana pun" kata Aria yang penuh merendah diri.
"Sampai bila korang berdua nak berbual huh? Aku dah lapar sangat ni. Jangan sampai korang yang aku makan" kata Jarrel dingin. Dia mengambil tempat di hadapan Azrael.
"Hehe, sorry. Baiklah korang dah boleh makan. Selamat menjamu selera"
Aria segera duduk di sebelah Jarrel setelah dia selesai menghidangkan makanan dan minuman di atas meja makan.
"Wahh, sedapnya. Pandai kau masak, Aria" puji Zayan sebaik dia merasa masakan air tangan Aria sendiri.
"Hehe, baguslah kalau awak suka. Kalau awak nak tambah lagi, bagitau je saya. Saya boleh tambahkan untuk awak" kata Aria gembira kerana ramai orang yang sangat sukakan masakan dia.
Azrael dan Jarrel hanya mendiamkan diri sambil menikmati masakan Aria. Lagipun mereka sudah tau betapa sedapnya masakan Aria.
"Awak akan duduk sini berapa lama, Aria?" tanya Zayan yang mulutnya masih penuh dengan nasi goreng.
"Hm, saya dah nak kena balik harini sebab esok saya ada kerja nak kena buat. Nanti kalau saya tak datang, kawan saya marah saya pula" kata Aria sambil makan. Dia turut merasa masakannya sendiri.
"Aku akan hantar kau balik" kata Azrael yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Eh, tak perlu. Saya boleh je balik sendiri" tolak Aria lembut.
"Balik dengan aku. Aku akan hantar kau balik" kata Aria tegas.
"Tak perlu. Saya datang sini semalam seorang diri jadi saya boleh je balik seorang diri" tolak Aria lagi.
Jarrel yang masih sedap menikmati masakan Aria hanya mendiamkan dirinya sahaja. Malas dia mahu melayan kerenah dan kedegilan Aria. Buat penat mulut je nanti.
"Aria, kau balik jelah dengan Azrael. Lagipun kau tu perempuan. Bahaya tau kalau perempuan balik seorang diri. Kalau apa-apa jadi dekat kau, apa kami nak jawab dengan family kau? Buatnya diorang marah kami macam mana?" kata Zayan menyampuk lagi apabila Aria masih lagi berdegil taknak biarkan Azrael menghantarnya balik.
Aria menundukkan kepalanya sebelum berkata perlahan. "Bukannya diorang pedulikan saya pun"
"Takpa, saya boleh balik sendiri. Saya taknak lah asyik menyusahkan John je memanjang, saya taknak rasa terhutang budi dengan orang. Lagipun saya dah besar, pandai lah saya jaga diri saya sendiri" kata Sanae berserta senyuman lebarnya.
"Haish, suka hati kau lah" jawab Zayan mengalah.
Aria dalam perjalanan balik ke rumahnya seorang diri. Tadi memang Zayan banyak kali menyuruhnya untuk balik dengan Azrael, tapi dia yang berkeras sangat nak balik seorang diri. Maklum lah dia taknak menyusahkan Azrael lagi. Dia taknak rasa terhutang budi dengan Azrael lagi lepasni.
Sepanjang perjalanan dia asyik merasakan ada seseorang yang mengikutinya dari belakang. Apabila ditoleh lansung tiada sesiapapun. Ke itu cuma perasaan dia saja?
Aria segera mempercepatkan langkah kerana dia takut kalau ada sesiapa yang cuba apa-apakan dia. Lagi-lagi ada seseorang yang mengikutinya dari belakang. Apabila Aria laju, seseorang itu juga akan bergerak laju mengikut langkahnya.
"Aku kena call Zayan" Aria mengeluarkan telefonnya sebelum menekan nombor itu tanpa melihat nama panggilan tersebut.
"Cepatlah angkat" tangan Aria semakin bergetar. Langkahnya semakin laju.
"Menyesal aku sebab tak balik dengan Azrael tadi" kata Aria yang sudah menyesal dengan keputusannya. Kalau lah dia setuju untuk balik dengan Azrael tadi, mesti dia takkan diganggu macam sekarang ni.
"Aduh!" Aria yang sibuk berlari tak sengaja tersadung tin kosong di situ kerana terlampau asyik melarikan diri sampai tak tengok depan.
"K-kau? Siapa kau?" telefon Aria yang berada di tangannya tercampak jauh. Aria melihat di hadapannya ada seorang lelaki berhoodie hitam tengah berjalan menuju ke arahnya.
"J-jangan datang dekat. Kalau tak, aku jerit" ugut Aria panik. Dia mengensot ke belakang apabila lelaki itu semakin dekat padanya.
Aria yang baru sahaja ingin menjerit terus terdiam apabila lelaki itu mengeluarkan kayu besbol sebelum menghentak kuat kepalanya menggunakan kayu besbol tersebut.
"Azrael, t-tolong..." dunia Aria perlahan-lahan menjadi gelap sebelum dia pengsan tak sedarkan diri.
Lelaki itu hanya menatap datar ke arah Aria yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai itu. Dia mengeluarkan telefonnya sebelum mendail nombor seseorang.
"Master, urusan saya dah settle" kata lelaki itu.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...