Akhirnya mereka berdua tiba di depan sebuah rumah sewa Azrael dan Jarrel yang sangat kecil dan suram. Rumah ini lebih mirip sebuah rumah yang sudah tidak layak untuk tinggal lagi. Rumah ini juga memang layak untuk dijadikan sebagai rumah hantu disebabkan kawasan persekitaran yang sangat suram dan kelam.
Krik!
Bunyi pintu kayu berbunyi sebaik sahaja Azrael membuka pintu rumah tersebut.
Mata Aria meliar sekitar rumah sewa tersebut. Memang rumah ini hanya bertemakan bujang sahaja sebab cuma ada meja kecil sahaja. Hanya mempunyai tv, tapi tiada lansung kabinet lain atau apa-apa benda berharga yang lain.
Azrael cepat-cepat lari masuk ke dalam biliknya untuk mengambil baju lebihan dan tuala untuk Aria supaya Aria dapat mengeringkan dirinya. Dia taknak kalau Aria jatuh sakit pula nanti.
Mata Aria tertangkap satu bingkai kecil yang ada di atas meja tersebut. Ada Azrael, Jarrel dan seorang perempuan cantik. Perempuan itu nampak sangat mesra dan rapat dengan Azrael dan Jarrel. Tapi siapa perempuan tu sebenarnya?
'Nah, baju dan tuala untuk kau. Kau pergi lah mandi'
Tak lama selepas itu, Azrael pun kembali dengan baju dan tuala di tangannya. Aria pun tanpa ragu mengambil baju dan tuala itu dari Azrael.
Aria perlahan mengelap rambut Azrael menggunakan tuala yang diberi oleh Azrael. "Maaf disebabkan saya, awak kena hujan sampai basah lencun macam ni. Dan terima kasih sebab awak sudi tolong saya"
Azrael terkesima dengan perbuatan Aria. Dia hanya membiarkan Aria yang mengelap rambutnya yang basah.
"Saya pergi mandi dulu okey? Nanti awak pula mandi" Aria senyum pada Azrael sebelum meminta diri untuk pergi ke bilik air. Dia segera pergi ke bilik air untuk mandi.
Azrael perlahan menyentuh rambutnya yang sedikit kering, bibirnya tanpa sedar mengukir senyuman yang jarang dia tunjukkan selama ini. 'Comel'.
Selepas beberapa minit, Aria pun keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Dia keluar dalam keadaan kekok dan..segan. Baju dan seluar Aria yang ia pakai sekarang ni agak besar. Mungkin sedikit besar baginya. Manakan tidak apabila seluar Azrael melurut sampai menyentuh lantai dan bajunya separas lututnya.
Azrael terkesima melihat Aria yang memakai pakaiannya. Pakaian itu agak besar dan labuh hingga mencapai paras lutut Aria tapi still nampak comel. Ini kali pertama Azrael membenarkan seorang perempuan untuk memakai bajunya sedangkan selama ini mana pernah sorang perempuan pun yang memakai pakaiannya, bahkan menyentuhnya sahaja sudah susah.
"N-nampaknya baju dan seluar awak..agak besar tapi still thank you sebab awak dah benarkan saya pinjam sekejap pakaian awak" kata Aria menunduk kepalanya. Dia sangat malu dengan situasi sekarang. Mesti dia nampak sangat hodoh sekarang ni.
Azrael tidak menjawab melainkan mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia tidak boleh kalau tidak dapat mengawal dirinya apabila berada dekat dengannya. Aria terlampau comel di matanya sekarang.
"Aku hodoh sangat ke.." kata Aria perlahan pada dirinya. Dia melihat ke arah dirinya. Memang jikalau dilihat, dia sangat hodoh disebabkan memakai baju yang agak besar dari saiz badan asalnya, tapi still dia rasa nyaman apabila memakai baju Azrael. Bau Azrael masih melekat di pakaian yang dipakai olehnya. Wangi.
"Hm, apa kata aku masak untuk diorang?" kata Aria sebaik Azrael masuk ke dalam bilik air. Kakinya melangkah ke arah dapur dan membuka peti ais yang hanya terdapat telur dan ikan bilis sahaja di dalamnya.
"Diorang memang orang bujang betul" kata Aria perlahan. "Hm, ada nasi juga. Apa kata aku buat jelah nasi goreng dekat diorang memandangkan itu sahaja bahan yang ada sekarang ni"
Aria mengeluarkan bahan masakan dan bersedia untuk membuat nasi goreng khas untuk Azrael dan Jarrel. Dia tidak mahu kalau kehadirannya akan membebankan mereka jadi dia harap sekurangnya dengan memasak untuk diorang dapat membantu diorang jikalau diorang lapar.
"Hm, done masak. Sekarang aku just kena hidangkan atas meja je" Aria menghidangkan nasi gorengnya di atas meja makan sebaik sahaja dia selesai memasak.
"Hehe, harap-harap Azrael suka lah nasi goreng yang saya buat ni" kata Aria teruja dan berharap sangat Azrael akan suka nasi gorengnya.
Klik!
Tak lama selepas itu, Azrael pun selesai mandi. Dia keluar dari bilik air yang dalam keadaan sudah berbaju. Nasib baik. Tapi rambutnya yang agak basah menambahkan aura dan karisma Azrael yang mampu mengugat hati mana-mana perempuan yang melihatnya.
'Hensemnya..' Aria masih menatap Azrael lama. Dia seakan terpukau dengan sosok Azrael yang nampak sangat hensem dan sedikit hot sekarang ni.
'Dah puas tenung?' bahasa isyarat Azrael berjaya menyedarkan Aria yang masih setia menatap ke arah Azrael.
"U-uhm, saya dah buat nasi goreng untuk awak. Awak, makanlah" kata Aria. Dia berdehem kecil apabila dirinya agak malu kerana tidak sedar merenung anak teruna orang.
"Cute" kata Azrael perlahan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Aria. Dia mengangkat sudu sebelum merasa nasi goreng yang dibuat oleh Aria. Sedap gila!
"So? Macam mana? Sedap tak?" tanya Aria.
"Sedap, pandai kau masak" puji Azrael. Dia siap mengangkat ibu jarinya bahawa masakan Aria sangat sedap.
"Baguslah kalau awak suka" kata Aria yang berasa gembira dan terharu kerana mendapat pujian dari Azrael. Entah kenapa mendapat pujian dari Azrael mampu membuat dia sebahagia ini. Dia tak pernah merasa kebahagiaan seperti ini sebelum ni. Apakah yang telah ia rasakan?
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...