Bab 13

62 14 0
                                    

    "So, kau dah hantar baju dan seluar Azrael dengan selamat kan? Kau dah boleh balik rasanya" kata Jarrel selamba.

"Sampai hati awak halau saya" kata Aria yang agak terasa dengan ucapan Jarrel.

"Sensitive juga kau ni, budak" kata Jarrel sebelum pergi dari situ untuk dia beritahukan kehadiran Aria pada Azrael. Hanya tinggal Aria dan Zayan sahaja.

"Awak okey?" tanya Zayan prihatin.

"Saya okey. Jangan risau, saya dah terbiasa dengan dia" jawab Aria tersenyum kecil.

"Macam mana..awak boleh kenal dengan Young-- maksud saya Azrael dan Jarrel?" tanya Zayan yang hampir terlepas menyebut nama sebenar tuan muda berduanya. Lagipun Jarrel sempat pesan padanya supaya tidak memberitahu sesiapapun tentang nama sebenar mereka termasuk kepada perempuan ni, Aria.

Lagipun Jarrel sendiri yang memberi nama Zayan padanya memandangkan dia selalu merasakan dirinya 'handsome'.

(Info, nama Zayan juga bemaksud 'handsome')

"Ohh, saya kenal dengan diorang waktu tu Azrael tengah sibuk lawan seorang penjahat ni. Waktu tu saya cuba nak tunjuk hero dan cuba untuk hentikan diorang, tapi lelaki yang Azrael tengah lawan tu cuba untuk tembak saya...dan saya tak sangka pula yang Azrael akan lindungi saya menggunakan badanya. Azrael yang kena tembak disebabkan saya. Saya rasa bersalah jadi saya pun rawat luka dia. Dan sampai sekarang kami masih berkawan. Saya juga berkawan dengan Jarrel" terang Aria serba sedikit tentang pertemuannya dengan Azrael dan Jarrel.

Zayan yang mendengar penjelasan Aria agak terkejut kerana ini kali pertama Azrael akan bertindak sebegitu. Meskipun dia tahu Azrael itu baik orangnya dan sanggup korbankan dirinya demi orang yang tersayang tapi ini kali pertama Azrael sanggup melakukan itu pada seorang gadis asing. Apakah Azrael sudah jatuh hati pada perempuan ni?

"Nampaknya Young Master Killian dah mula bukakan hati dia untuk seseorang" gumam Zayan perlahan. Hanya dia seorang dapat mendengar itu.

"Huh, awak cakap apa? Saya tak dengar lah" tanya Aria.

"Takdak apa" jawab Zayan.





"Azrael, saya datang sini nak pulangkan semula baju dan seluar awak ni"

Aria segera bangun dan mendekati Azrael sebaik dia melihat Azrael yang baru sahaja turun dari tangga.

Azrael hanya mengambil beg plastik itu dari Aria sebelum berlalu pergi menuju ke dapur.

"Ehh, kejap wak" jerit Aria.

"Hm?" Azrael menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Aria.

"T-terima kasih untuk sebelum ini" kata Aria perlahan.

Azrael mengangguk lagi sebelum memulakan langkahnya semula.

"Ehh, kejap!!" jerit Aria lagi.

Azrael menghela nafas sebelum menoleh ke arah Aria lagi.

"Dan ma-maaf bagi pihak...Yuki. Dia memang selalu macam tu. Suka cakap sesuatu yang menyakitkan hati orang" sudah lama dia ingin meminta maaf pada Azrael bagi pihak Yuki. Dia rasa serba salah dengan hinaan Yuki terhadap Azrael.

Azrael tersenyum tipis sebelum mengusap lembut rambut Aria.

"Aku pergi buat air untuk kau. Kau tunggu sini dengan Jarrel dan Zayan" kata Azrael lembut sebelum pergi ke dapur.

"Ohh okey---ehhhh" dia baru tersedar akan sesuatu. "D-dia dah boleh bercakap?" Aria masih terpinga-pinga dibuatnya. Ini kali pertama dia mendengar Azrael mengeluarkan suaranya. Selama ini dia hanya akan mengangguk atau mengeleng, tak pun akan menggunakan bahasa isyaratnya.


"A-a-awak dah boleh bercakap ke? Seriouslah saya tak mimpi kan?"

Aria masih tidak percaya dengan apa yang ia dengar. Dia juga cuba untuk mencubit dan menampar pipinya untuk sedarkan dirinya. Yelah, mana tahu dia dengar Azrael bercakap itu hanya sekadar mimpi sahaja?

"Macam mana lah kau boleh tersuka dengan perempuan naive ni, Azrael" kata Jarrel yang menampar dahinya sendiri. Pening melayan kerenah Aria yang kebudak-budakan.

"Maaf, saya masih terkejut. Saya ingatkan saya mimpi je tadi" kata Aria perlahan. Jujur dia malu agak mendengar Jarrel mengatakan itu di hadapan Azrael dan Zayan.

"Young Master, she's so funny" kata Zayan perlahan yang tersenyum kecil dengan gelagat Aria.

"Minum ye? Abaikan je malaun tu" Azrael menolak lembut cawan teh kepada Aria. Perlakuan yang sangat lembut khas untuk Aria sahaja.

"Malaun kau panggil aku? Ceh, mentang-mentang dah boleh cakap sekarang ni" bidas Jarrel geram. Suka hati je panggil aku malaun? Kalau aku malaun, dia tu apa? Buaya?

"T-tapi serious, saya masih tak sangka tau tak? Dah lama saya harap sangat supaya dapat dengar suara awak. Akhirnya dapat juga. Saya suka suara awak, sedap je" puji Aria jujur. Dia memang sukakan suara Azrael.

"Dah-dah lah puji tu. Aku geli dowh. Tak tipu" kata Jarrel menyampuk. Geli geleman dia tengok kemesraan Azrael dan Aria.

"So apa niat kau datang sini selain hantar baju dan seluar dia?" tanya Jarrel yang segera menukar topik.

"Takdak. Hantar baju dan seluar Azrael memang niat asal saya ke sini. Takdak niat lain pun" kata Aria masih tersenyum.

"Ye ke? Ke kau datang sini sebab rindukan Az?" usik Jarrel. Keningnya dinaik-naikkan ke arah Aria berserta senyuman sinisnya.

"Tak! Mana ada saya rindukan Azrael" nafi Aria laju. Dia segera terpandang ke arah Azrael yang berada di sebelahnya yang sedari tadi memandang ke depan. Jangan cakap Azrael terasa dengan dia?

"S-saya..saya memang rindukan Azrael tapi..t-tak bermaksud itu" Aria masih malu untuk mengaku perasaan sebenarnya. Lagipun dia sendiri masih ragu-ragu dengan perasaan sebenarnya pada Azrael.

"Aduh, jadi perempuan ni memang complicated betul lah. Kalau dah rindu tu, mengaku jelah" kata Jarrel mendatar.

"S-sorry.." Aria tertunduk malu dan takut dengan suara Jarrel.

"Ehh, awak nak pergi mana tu?" tanya sanae sebaik dia melihat Azrael yang tiba-tiba sahaja bangun dari sebelahnya. Aik, nak pergi mana tu?

"Atas" jawab Azrael sepatah.

Aria tak sempat menahan kepergian Azrael yang menuju ke tingkat atas. Dia jadi kekok dengan situasi sekarang, apatah lagi Jarrel nampak seperti marah akan dirinya. Apa yang sudah dia buat pada lelaki itu?

"Dia terasa dengan saya ke.." gumam Sanae perlahan tapi masih dapat didengari oleh Jarrel dan Zayan.

"Saya nasihatkan supaya awak berhati-hati cakap lepasni. Meskipun Azrael tu baik orangnya, tapi dia still manusia. Dia pun ada perasaan juga" nasihat Zayan dengan penuh lembut. Sejujurnya dia tahu apa yang dirasakan oleh perempuan itu sekarang.

"S-saya tak bermaksud pun nak kata macam tu" jawab Sanae.

"Terasa ke tak, still kau yang bersalah dalam hal ni. Kau ni nampak je baik orangnya tapi kalau bab sakitkan hati orang, memang bagi kat kau eh" kata Jarrel lagi.

"Hm.." Aria semakin merasa bersalah dibuatnya. Apa dia sudah buat pada Azrael?

"Dah, awak pergi lah cakap baik-baik dengan dia. Mesti Azrael akan faham punya" Zayan cuba memberi semangat pada Aria. Rasa kasihan pula pada perempuan itu.

"Hm, baik. Saya akan pergi cakap dengan Azrael sekarang juga" Aria segera bangun dan lari naik naik ke atas untuk menuju ke bilik Azrael.

"Ish, kau ni. Apa cakap macam tu? Tak baik lah. Dia tu perempuan tau, hati perempuan ni lembut. Kau kena cakap baik-baik dengan dia" kata Zayan pada Jarrel.

"So? Dia perempuan ke tak, itu bukan masalah aku. Dah dia tu bodoh sangat. Dah tau suka tu, mengaku jelah. Nak lindung-lindung bagai" kata Jarrel selamba. Gelas di tangannya diteguk kasar.

Zayan hanya mengeleng melihat kelakuan Jarrel. Masih belum berubah. Masih dengan mulut puakanya itu.

HER ASSASSIN 1Where stories live. Discover now