Aria tengah asyik bernyanyi sambil menyidai pakaiannya dan pakaian milik Azrael. Dia juga mahu turut menyidai baju Jarrel dan Zayan sekali tapi diorang berdua yang taknak so dia cuma membantu menyidai pakaian Azrael. Lagipun dia dah banyak kali terhutang budi pada Azrael, jadi biarlah dia membalas jasa Azrawl dengan membantu Azrael apa sahaja yang Azrael perlukan.
'I didn't ask for a free ride'
'I only asked you to show me a real good time'
'I never asked for the rainfall'
'At least I showed up, you showed me nothin' at all'
(Song: Rain On Me , Singer: Lady Gaga)
Tanpa Aria sedari, tindakannya diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Nyanyian Aria dan gerakan tarian Aria sangat memukau sesiapa sahaja yang mendengar dan melihatnya. Aria memang dianugerahkan mempunyai suara yang sangat merdu.
'Comel'
Azrael mengukirkan senyuman di bibirnya tanpa dia sedari. Matanya masih menatap ke arah Aria yang asyik menyanyi dan lansung tidak menyedari kehadirannya.
"Seronok tengok anak dara orang nampak?"
Muncul satu suara di belakang Azrael. Bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Dah-dah lah duk perhati dia. Apa kata kau pergi je dekat dia? Ni tak, dah macam orang gila angau je aku tengok" kata Jarrel selamba.
"Hye Azrael, hye Jarrel" Aria melambai ke arah Azrael dan Jarrel dengan penuh ceria sebaik dia mendengar suara mereka berdua.
"Pergi lah. Semangat, bro" Jarrel dengan segera menolak badan Azrael dari belakang untuk pergi ke arah Aria. Dia juga sempat menepuk belakang badan Azrael untuk memberi semangat kepada Azrael.
"Awak buat apa dekat luar ni? Bukan ke awak ada dekat atas tadi?" tanya Aria hairan.
Azrael sempat ternampak seseorang yang tengah memerhati mereka berdua lebih tepatnya ke arah Aria yang datang dari sebelah rumahnya. Dia memberi renungan maut kepada seseorang itu sebelum memandang ke arah Aria semula.
Siapa pula lelaki tu? Apasal aku tak pernah nampak muka dia tu? Dia jiran baru ke?
"Lepasni kau tak payah sidai baju kat luar" kata Azrael kepada Aria.
"Eh, tapi kenapa? Kalau saya tak sidai, siapa yang nak sidai nanti?" tanya Aria semakin hairan dengan gelagat Azrael yang tetiba saja. Dah apasal pula ni?
"Kalau kau nak sidai sangat, aku akan teman kau. Jangan sidai sorang-sorang lepasni. Dah jom masuk. Kat luar ni tak selamat. Banyak orang gila kat luar ni" Azrael segera menarik tangan Aria untuk mengikutnya masuk ke dalam rumah tanpa sempat dihalang oleh Aria.
Aria hanya membiarkan tangannya ditarik oleh Azrael. Meskipun dia agak hairan dengan gelagat Azrael yang aneh ini. Takkan aku nak sidai baju pun dia nak marah? Dan apa maksud dia yang tak selamat kat luar ni? Memang ada orang jahat ke kat luar ni?
"Okeylah wak, saya naik atas dulu. Saya nak call Emma kejap" kata Aria sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.
"Hm, apasal korang masuk awal sangat? Aku ingatkan korang akan bersweet-sweet lama kat luar tu macam dalam drama tv3 tu, siap main air bagai" kata Jarrel. Dia tidak memandang ke arah Azrael dan Aria kerana dia masih sibuk bermain permainan video di telefonnya.
"Ada orang perhati dia tadi" jawab Azrael ringkas.
"Perhati? Siapa? Musuh kita ke?" tanya Jarrel.
"Entah. Tapi dia asyik duk perhati Aria je dari tadi" jawab Azrael lagi.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...