Zayan berlari mendapatkan Azrael dan Jarrel yang berada di ruang tamu sebaik dia mendapat nombor telefon kecemasan dari Aria. Dia sudah dengar dengan penuh teliti apa yang sudah terjadi pada Aria.
"Young Master Killian! Young Master Ardian! Aku ada benda nak tunjuk" teriak Zayan kuat untuk mendapat perhatian kedua-dua tuan mudanya.
"Eh, kau pahal terjerit-jerit macam orang gila ni? Dah nak jadi orang gila sangat ke?" tanya Zayan. Orang tengah nak berehat pun tak senang lah.
"A-aku ada benda nak tunjuk ni" kata Zayan dengan menarik nafas panjang. Boleh tahan laju juga dia lari dari tingkat atas ke bawah semata-mata untuk menyampaikan berita penting ini kepada Azrael dan Jarrel.
"Apa dia?" tanya Jarrel.
"Sila dengar ni" kata Zayan sebelum dia memasang semula rakaman suara panggilan dari Aria tadi.
"Menyesal aku sebab tak balik dengan Azrael tadi" terdengar suara Aria yang kedengaran sangat panik dan ketakutan.
"K-kau? Siapa kau huh??" teriak Aria takut.
"J-jangan datang dekat. Kalau tak aku jerit" kedengaran suara panik Aria yang mengugut seseorang.
"Azrael, tolong..." dan sampai situ sahaja suara Aria berhenti.
"Nampaknya dia kena culik. Apa patut kita buat?" tanya Jarrel setelah rakaman itu selesai.
Azrael sudah berapi dengan perasaan marah apabila mengetahui Aria sudah diculik. Dia baru sahaja ingin pergi dari situ, tapi ditahan terlebih dahulu oleh Jarrel.
"Aku tahu kau tengah marah sekarang ni tapi kita kena rancang strategi kita terlebih dahulu. Aku tak rasa musuh ni bukan calang-calang orang seperti yang kita lawan sebelum ni" kata Jarrel sekadar untuk menenangkan Azrael.
"Zayan, aku nak kau cari lokasi perempuan degil tu. Cari sampai dapat" arah Jarrel tegas.
"Baik, Young Master" Zayan menunduk badannya sebelum melangkah ke arah biliknya semula. Dia harus segera mencari lokasi Aria sampai dapat.
"Sial! Aku takkan lepaskan orang tu" Azrael menyepak kerusi di hadapannya kerana terlampau marah.
"Tenang, Az. Jangan biarkan emosi marah kau menghantui kau. Ingat balik apa yang kita dah belajar selama ni" pesan Jarrel supaya Azrael tidak bertindak terlalu mengikut perasaan.
"Kalau aku tau ni kerja orang tua bodoh tu, aku takkan lepaskan dia. Aku akan bunuh dia" kata Azrael marah.
"Macam mana kau boleh syak ni kerja orang tua tu?" tanya Jarrel.
"Hanya orang tua bodoh tu je yang tak puas hati dengan aku. Dia sendiri yang kata dia takkan biarkan aku bahagia kalau aku keluar dari rumah tu tapi aku tetap keluar juga. Sekarang ni, mesti dia nak balas dendam dengan aku" kata Azrael serabut. Ni mesti kerja orang tua bodoh tu. Dia dapat merasakannya.
"Mengikut apa yang dilihat, nampaknya ada orang memang ada dendam dengan kau. Dan dia cuba gunakan Aria untuk lemahkan kau sebab dia tau, Aria tu kelemahan terbesar kau" kata Jarrel yang cuba memikirkan apa yang dimahukan oleh orang yang menculik Aria. Kerana duit? Dendam?
"Diorang memang dah kaji semua benda tentang aku. Tak guna! Kalau betul diorang ada dendam dengan aku, berhadapan jelah. Tak perlu libatkan orang yang tak bersalah" kata Azrael yang masih marah.
"Aku akan bunuh diorang semua kalau diorang berani sentuh Aria" kata Azrael sebelum pergi ke bilik Zayan. Mana tau Zayan sudah tau tentang lokasi Aria berada.
Aria perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya masih terasa sakit akibat terkena pukulan yang sangat kuat di belakang kepalanya. Dia dapat merasakan darah yang berhenti mengalir di dahinya.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...