"WOI, PEREMPUAN! KAU MEMANG DAH MENGUJI KESABARAN AKU!!"
Jeritan seorang pelanggan telah memotong percakapan Jarrel. Situasi itu telah membuatkan semua pelanggan menatap ke arah pelanggan yang tiba-tiba menjerit dan membuat kecoh.
"Saya kena hentikan dia" Aria segera pergi ke tempat dimana pelanggan lelaki itu membuat kecoh tanpa sempat dihalang oleh Azrael dan Jarrel.
"Berhenti! Apa masalah encik nak buat bising dekat restoran ni? Kalau encik nak buat bising dekat sini, lebih baik encik keluar dari sini"
Aria dengan pantas menahan tangan pelanggan lelaki itu yang cuba untuk menampar perempuan di hadapannya. Dia sempat melirik ke arah perempuan itu. Sedih, dia nampak sangat kasihan sekali. Kenapa dia harus ditakdirkan bersama dengan lelaki gila ni?
"Kau siapa huh, perempuan? Jangan menyibuk urusan aku dengan perempuan ni!!" pelanggan lelaki itu menepis kasar tangan Aria yang sudah berani memegang tangannya.
"Saya tak tahu apa masalah awak dengan dia tapi awak sudah membuat kecoh disini dan perbuatan itu sangat tidak disukai orang ramai. Lebih baik awak pergi dari sini sebelum saya telefon polis"
"Kau ni memang nak kena--"
Tindakan pelanggan lelaki itu yang menaikkan tangannya untuk memukul Aria terhenti apabila ada tangan yang menghentikan tindakannya.
"Kau ni siapa pula? Boyfriend kepada perempuan yang penyibuk ni ke??" pelanggan lelaki itu berdecih geram apabila harini begitu ramai yang mahu menyibuk urusannya dengan kekasihnya.
"Ahhh, sakitlah bodoh" pelanggan lelaki itu mengerang kesakitan apabila mengenggam kuat tangannya. Tangannya bagaikan mahu patah dibuatnya.
'Kau sentuh dia, kau mati' Azrael memberi renungan tajam tepat ke mata pelanggan lelaki itu sebagai tanda amaran bahawa dia tidak teragak-agak untuk bunuh lelaki ini jikalau dia berani mengapa-apakan Aria.
Aria terpegun dibuatnya kerana ini sudah termasuk kali kedua Azrael menyelamatkan dirinya.
"Tch-menyusahkan. Korang akan menyesal sebab dah masuk campur urusan aku" pelanggan lelaki itu menepis kasar tangan Azrael sebelum beranjak pergi. Panas dia duduk lama-lama dalam restoran ini.
"Awak okey? Dia ada apa-apakan awak?" tanya Aria dengan penuh prihatin pada wanita tadi. Dapat dia lihat betapa gigil dan takutnya perempuan ini pada lelaki biadab tadi.
"Sa-saya okey. Terima kasih sebab bantu saya dan terima kasih juga pada teman lelaki awak"
"Teman lelaki?" wajah Aria terus memerah apabila wanita tadi menyangka bahawa Azrael adalah teman lelakinya.
"T-tak, dia bukan teman lelaki saya. Di-dia kawan saya" terang Aria laju. Dia taknak perempuan di hadapanya salah faham pula hubungannya dengan Azrael.
"Ohh, maafkan saya. Saya ingatkan dia teman lelaki awak sebab dia nampak caring gila dengan awak. Sekali lagi maafkan saya" wanita tadi menundukkan badannya berkali-kali tanda minta maaf.
"Ehh, takpa takpa lagipun awak kan tak tau" kata Aria.
"Cepatlah, perempuan bodoh!" pelanggan lelaki itu menjerit lantang memanggil kekasinya dari luar restoran.
"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu" wanita itu segera meminta diri sebelum teman lelakinya buat kecoh lagi.
"Awak..okey ke nak pergi? Saya takut kalau dia apa-apakan awak je" Aria segera memegang tangan perempuan itu, menghalangnya dari pergi. Dia agak ragu untuk membiarkan perempuan itu pergi ke lelaki gila itu.
Perempuan itu tersenyum "Saya okey. Awak jangan lah risau. Btw nama saya Nana, nama awak?"
"Nama saya Aria. Tapi kalau awak betul-betul yakin untuk pergi, awak boleh pergi. Ini nombor saya. Kalau awak perlukan apa-apa bantuan, awak boleh je call saya" Aria menyerahkan nombor kadnya kepada Nana. Dia risau kalau teman lelaki Nana apa-apakan Nana pula nanti.
"Hm, baiklah. Sekali lagi terima kasih Aria dan untuk lelaki ni juga" Nana tersenyum sekali lagi sebelum pergi dari restoran itu.
"Kau ni baik lah, brava donna" kata Jarrel yang memahami sahaja situasi tadi dari tempatnya.
"Brava donna? Maksudnya?" tanya Aria yang tidak memahami perkataan tersebut. Dia bukan tahu sangat bahasa lain selain malay, english, korea, jepun dan china.
"Nanti kau akan tahu juga"
Jarrel yang perasan Azrael asyik menatapnya tajam sahaja dari tadi. Aik takkan aku baru borak sikit je dengan Aria pun nak jeles bagai?
"Boleh kami ke sini lagi lepasni?" tanya Jarrel secara tiba-tiba.
"Boleh je. Kalau awak dan Azrael nak datang selalu pun boleh cuma restoran ni akan cuti hari sabtu dan ahad jadi hari lain silakan datang ye" jawab Aria.
"Kau ni, kalau dilihat dari dekat boleh tahan cantik juga kau ni ye" kata Jarrel. Dia mendapat idea untuk mengusik Jarrel yang memerhati sahaja dia dan Aria dari tadi.
"Err..terima kasih?" Aria sedikit kekok apabila Jarrel tiba-tiba sahaja memujinya apatahlagi wajah Jarrel berada amat dekat dengannya.
"Err awak...muka awak dekat sangat lah.." Aria segera menahan wajah Jarrel supaya tidak semakin dekat dengannya.
"Ohh, maaf. Kau ni cantik sangat. Aku tak dapat tahan nak tenung wajah kau dari dekat" kata Jarrel yang menjauhkan semula wajahnya dari wajah Aria.
Azrael yang tak dapat melihat kemesraan antara Aria dan Jarrel segera beredar dari situ. Dia sempat meninggalkan duit di atas meja.
"Ehh, awak nak pergi mana?" Aria yang melihat Azrael keluar dari restoran itu segera menolak badan Jarrel supaya jauh darinya sebelum mengejar Azrael.
"Heh, rancangan aku berhasil. Dia memang sukakan Aria" Jarrel tersenyum sinis kerana tekaanya tentang Azrael yang menyukai Aria sangat tepat sekali.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...