Aria tiba di rumah besar milik keluarga Matteo yang berada tepat di sebelah rumah sewa Azrael dan Jarrel. Dia mempelawa dirinya untuk menghantar Matteo ke rumahnya selepas membawa Matteo ke hospital memandangkan Matteo masih dalam keadaan tidak sihat sepenuhnya. Dia merasa kasihan pada Matteo yang tidak bersalah tiba-tiba sahaja ditumbuk oleh Azrael tanpa sebab.
"Ini ubat tahan sakit dan ubat sapu. Pastikan awak makan dan sapu ikut waktu yang doktor bagitau tadi" kata Aria kepada Matteo.
Aria meletakkan ubat-ubat Matteo di atas meja sebelum dia duduk di sebelah Matteo.
"Saya..nak minta maaf bagi pihak Azrael. Saya pun tak tau apa yang merasuk dia sampai dia tumbuk awak sedangkan awak tak buat apa-apa pun. Saya rasa bersalah sangat dekat awak" kata Aria menundukkan kepalanya. Dia lansung tidak berani untuk menatap Matteo kerana dia rasa bersalah atas perbuatan Azrael.
"Takpa, awak. Saya tau dia buat semua tu sebab nak lindungi awak. Lagipun kalau saya ada kat tempat dia, saya pun akan buat benda yang sama kalau tiba-tiba sahaja tunang saya keluar dengan lelaki yang saya tak kenali" kata Matteo dengan lembut. Dia tersenyum seakan tidak kisah pun apa yang berlaku.
"T-tapi disebabkan saya awak kena--"
"Shh, tak perlu minta maaf lagi. Saya okey jelah. Lagipun doktor pun kata bengkak saya akan hilang lepas dua tiga hari" kata Matteo. Tangannya menaik untuk mengusap pelan rambut Aria.
"S-saya dah tak tau nak buat macam mana lagi. A-awak ni baik sangat lah, Matteo" kata Aria.
"Cukup awak jadi kawan saya, saya dah happy sangat. Awak lah satu-satunya kawan saya dekat sini" kata Matteo.
Aria terpesona dengan kelembutan dan sikap peramah Matteo. Meskipun sudah ditumbuk oleh Azrael tapi dia masih tersenyum dan mahu memaafkan Azrael seakan dia lansung tidak kisah semua tu.
"Awak, boleh tak jangan balik lagi? Saya nak masak sesuatu untuk awak sebab awak dah sudi jadi kawan pertama saya" kata Matteo tiba-tiba pada Aria.
"Eh, sepatutnya saya yang kena masak untuk awak disebabkan awak masih sudi baik dengan saya meskipun muka awak dah bengkak sikit" jawab Aria.
"Hm, good idea. Apa kata kita masak sama-sama? Awak nak?" tanya Matteo yang mencadangkan ideanya. Dia teringin juga untuk memasak bersama-sama dengan gadis secantik Aria.
"Boleh juga. Hehe, boleh saya tunjukkan skill memasak saya dekat awak" kata Aria tersengih kecil. Dia akan tunjukkan skill memasaknya pada Matteo.
"Baik, awak tunjukkan ye" kata Matteo yang turut semangat untuk melihat skill memasak yang Aria mahu tunjukkan padanya.
"Ayuhhh" Aria dengan terujanya menarik tangan Matteo untuk pergi ke dapur. Dia tak sabar untuk memasak bersama dengan Matteo.
Matteo hanya membiarkan sahaja tangannya ditarik oleh Aria. Bibirnya perlahan mengukir senyuman manisnya. Dia rasa sangat gembira apabila berada dekat dengan Aria, sama ketika bersama dengan tunangnya.
"Hahahaha, awak nampak comel lah" kata Aria yang ketawa apabila dia dengan selamba mencalit kicap di hidung Matteo. Nampak comel sangat.
"Ohh, main kasar ye" Matteo melihat ke arah bahan masakan sebelum dengan laju membaling tepung ke arah Matteo. Habis penuh satu badan Aria dengan tepung.
(Aria memasak bahagian lauk sedangkan Matteo buat cupcake)
"Werkk, padan muka" kali ini giliran Matteo yang ketawa. Dia suka melihat reaksi terkejut Aria apabila dia membaling tepung ke arah Aria.
"Awak!!" jerit Aria terkejut. Dia mengembungkan pipinya seakan merajuk dengan Matteo.
"Tulah, cari pasal lagi dengan saya. Kan dah kena" Matteo yang masih ketawa segera menghentikan ketawanya apabila melihat Aria yang merajuk dengannya. "Awak, saya nak minta maaf. Saya tak bermaksud pun nak baling tepung tu, niat saya nak bergurau je dengan awak. Awak jangan marah tau"
"Hehe, saya gurau jelah" Aria ketawa lepas lagi. Niatnya untuk mengenakan Matteo berjaya. Wajah panik Matteo sangat lucu di matanya.
"Ish, dia ni. Suka lah buat orang cuak" kata Matteo geram. Orang punya lah risau kalau dia merajuk dengannya, tapi Aria boleh pula hanya bergurau saja.
Mama dan Papa Matteo masuk ke rumah mereka selepas balik dari kerja. Mereka berdua mendengar dengan jelas suara Matteo yang ketawa lepas bercampur dengan suara seorang perempuan.
"Dengan siapa Teo sembang tu, abang?" tanya Mama Matteo kepada suaminya yang berada di sebelahnya.
"Jom pergi tengok" kata Papa Matteo sebelum mereka ke dapur. Mereka terkejut melihat Matteo bersama dengan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan tu...
"Rina?"
Aria segera menoleh ke arah Mama dan Papa Matteo yang masuk ke dapur. Rina? Kenapa harini begitu banyak orang yang memanggilnya Rina? Diorang salah orang lagi ke?
"Itu Mama dan Papa awak ke?" tanya Aria kepada Matteo. Matteo hanya mengangguk.
"Hey aunty, hey uncle. Saya Aria, kawan kepada Matteo dan juga jiran sebelah" kata Aria dengan penuh lemah lembut. Dia memberi senyuman manisnya pada Mama dan Papa Matteo.
"Uhm...salam kenal juga" kata Mama Matteo yang masih dengan riak terkejutnya. Dia berusaha untuk mengawal riak wajahnya sebaik mungkin.
"Teo, kenapa dengan muka kamu tu? Kamu tak apa-apa?" tanya Mama Matteo risau apabila dia melihat pipi Matteo yang agak bengkak sebelah.
"Teo okey jelah--"
"Maafkan saya aunty, disebabkan saya anak aunty kena tumbuk dengan kawan saya. Saya pun tak tau kenapa dengan kawan saya tu tetiba je dia pergi tumbuk Matteo" Aria segera meminta maaf pada Mama Matteo. Dia masih rasa serba salah pada Matteo.
"Saya okey jelah. Awak jangan lah risau sangat" Matteo yang perasan Aria masih dipenuhi dengan tepung.
"Muka awak masih penuh dengan tepung. Jap, saya tolong awak" Matteo mengambil tuala kecil sebelum mengelap wajah Aria yang penuh dengan tepung. Dia juga mengibas rambut Aria supaya tidak dipenuhi dengan tepung lagi.
Mama dan Papa Matteo hanya memerhati sahaja momen anak lelaki mereka yang sangat mengambil berat tentang gadis cantik itu.
"Terima kasih, Matteo" Aria memberikan senyuman pada Matteo. Matteo turut membalas senyuman Aria.
"Sedapnya. Pandai korang berdua masak" puji Mama Matteo apabila merasa masakan yang dimasak oleh Aria dan Matteo. Ada juga beberapa makanan manis seperti cupcake.
"Hehe, thanks aunty" jawab Aria gembira. Nasib baik Mama dan Papa Matteo suka.
"Korang berdua memang dah kenal lama ke?" tanya Papa Matteo yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Kami baru je kenal tadi. Lagipun saya suka sangat kawan dengan Matteo. Dia baik sangat dengan saya. Saya harap aunty dan uncle tak kisah lah kalau saya berkawan dengan Matteo" kata Aria yang meminta izin Mama dan Papa Matteo supaya dapat berkawan dengan Matteo.
"Saya pun suka kawan dengan awak, Aria" kata Matteo. Matanya tidak lepas dari memerhati Aria dari tadi lagi.
Mama Matteo yang nampak pandangan mata Matteo yang tidak pernah lepas dari Aria hanya membiarkan sahaja. Biarlah anak dia nak berkawan dengan sesiapapun yang dia nak. Asalkan anak dia bahagia macam dulu balik.
"Terima kasih sebab dah buat anak aunty bahagia semula" kata Mama Matteo kepada Aria. Dia memegang tangan Aria untuk menunjukkan bahawa dia sangat berterima kasih dengan Aria yang sudah membuatkan anaknya bahagia semula.
"Sepatutnya saya yang kena berterima kasih sebab Matteo sudi maafkan kawan saya. Matteo baik sangat. Saya suka kawan dengan dia" kata Aria gembira. Dia berasa terharu kerana Mama dan Papa Matteo suka padanya dan benarkan dia untuk berkawan dengan Matteo.
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...