Yuki berada di hadapan rumah yang dikatakan rumah pakwe baru Aria. Dengan bantuan orang bawahannya, akhirnya dia berjaya juga mencari keberadaan Aria. Dia hanya tersenyum melihat riak wajah Aria yang sangat terkejut dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba sahaja.
"Hai, apa kau si cantik yang aku cari?" tanya Yuki yang berniat untuk bergurau.
"Yuki, awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tau saya ada dekat sini? Tak silap saya, Emma pun tak tau rumah ni dekat mana" Aria masih hairan macam mana Yuki boleh jumpa lokasinya berada sedangkan Emma pun dia tak beritahu alamat sebenar rumah sewa ni.
"Hm, apa kau sudah melupakan siapa Yuki Martinez yang sebenarnya?" kata Yuki berserta wajah yakinnya.
Aria terdiam seketika. Macam mana dia boleh terlupa siapa Yuki Martinez yang sebenar? Apa sahaja maklumat atau sesuatu benda yang Yuki nak, pasti akan dapat dengan mudah dan segera.
"Siapa tu, Ari?" tanya Zayan yang turut muncul di belakang Aria apabila dia merasa hairan kenapa lama sangat Aria di sini.
"Zayan, kenalkan ini sepupu Emma, Yuki. Yuki, ini pula kawan saya, Zayan" Aria saling memperkenalkan mereka antara satu sama lain.
"Sepupu Emma huh?" mata Zayan memandang Yuki atas bawah. Hensem tapi sayang, nampak macam bodoh sombong je.
"Aku Yuki, bakal suami Ari" kata Yuki yang menghulurkan tangannya di hadapan Zayan dengan wajah bangganya.
"Aku Zayan, bakal menjadi boyfriend Emma" jawab Zayan yang turut menjabat tangan Yuki. Dia berniat untuk sakitkan hati Yuki dengan menggunakan nama Emma.
"Ohh, kau tertarik pada sepupu aku?" Yuki agak mengenggam kuat tangan Zayan dengan senyuman misterinya. Dia berusaha untuk berlagak tenang di hadapan Aria.
Aria memandang Yuki dan Zayan silih berganti. Apasal dia dapat merasakan aura yang tidak senang datang dari mereka berdua? Dia dapat merasakan ada elektrik yang bersambung di mata mereka apabila mereka saling menatap antara satu sama lain.
"Uhm, guys...sudah lah tu. Sampai bila korang nak berjabat tangan tu?" tanya Aria. Dia berusaha untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka berdua.
"Opss, sorry. Rasa seronok pula dapat bertemu dengan sepupu Emma yang cantik tu" kata Zayan tersenyum sinis kepada Yuki. Tangan Yuki ditepisnya selamba.
'Tak guna kau' Yuki mengetap bibirnya kesal dengan kelakuan biadab Zayan. Sampai mati pun aku takkan restu hubungan kau dengan sepupu aku.
"Y-yuki, jemputlah masuk dulu ye. Kami tengah makan tu, kalau Yuki nak, Yuki pun jemputlah makan sekali" Aria segera mempelawa Yuki masuk ke rumah. Risau pula dia jikalau dia tidak segera bertindak untuk menghentikan Yuki dan Zayan.
"Baik, darling" jawab Yuki. Mereka bertiga pun masuk ke rumah itu.
"Siapa pula dia ni?" tanya Jarrel apabila dia melihat ada seseorang lelaki yang berada di belakang Sanae yang lansung dia tidak kenali siapa lelaki itu.
"Dia Yuki, sepupu Emma" kata Sanae kepada Jarrel.
Azrael hanya memerhati sahaja Yuki yang berada di belakang Aria. Dia lansung tidak berniat untuk bertegur sapa dengan lelaki itu. Lagipun Aria masih marahkan dia atas apa yang sudah dia lakukan semalam.
"Eh, awak nak pergi mana?" tanya Aria yang dengan laju menahan tangan Azrael yang mahu pergi dari situ.
"Atas" jawab Azrael.
"Jangan lah dulu. Awak duduk lah sini kejap, takkan awak lansung taknak cakap dengan Yuki?" Sanae memanggil Yuki ke sebelahnya. "Yuki, saya nak awak minta maaf dekat Azrael sekarang"
YOU ARE READING
HER ASSASSIN 1
FanfictionHer Assassin 1 Killian Henry x Aria Devika . . . . . Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih sayang, kebebasan dan juga, cinta. "I hope I can...