Semua mata tertumpu kepada gadis yang baru sahaja mengambil tempat di meja hujung di dalam cafe tersebut.
Bunga Elaina, terkenal dengan sifat lemah lembut dan baik hati. Kecantikannya juga tidak kalah hebat nya. Rambut hitam ikal mayang yang dibiar lepas hingga paras pinggang bersama kulit putih melepak serta berwajah lembut dan manis dengan senyuman. Dia pergi class bukannya make up tebal sangat pun tapi memang cantik. Even dia just tempek bedak dengan lipmatte je. Lawa do'oh si Bunga ni. Manis je orangnya.
Bunga baru sahaja selesai kelas di universiti sambil menikmati secawan kopi dan sepotong kek coklat yang dipesannya tadi. Rasa penat selepas seharian belajar. Telefon bimbitnya yang bergetar di atas meja dilihat, nama "Wana" terpampang di skrin. Bunga tersenyum lebar dan segera menjawab panggilan.
“Bunga, kau tengah buat apa?” tanya Wana dengan nada ceria di hujung talian. Ya Allah si Wana ni. Bercakap dalam telefon pun nak menjerit ke? Boleh pekak Bunga kalau macam ni hari-hari.
"Bunga baru habis kelas. Kenapa Wana tanya?"
"Esok teman aku jom."
Berkerut dahi Bunga. Kalau ye pun bagi lah tahu nak pergi mana. Ni main sergah je.
"Teman Wana pergi mana?" Tanya Bunga lembut.
"Abang aku ajak ikut pergi majlis kawan dia esok. So, tak kira lah kau nak ke tak, kau kena nak jugak. Pasal baju apa semua kau tak payah fikir. Aku dah siapkan untuk kau. Tinggal kau datang je rumah aku, ambik baju untuk esok."
Eh, eh dia ni.
Tak sampai hati pulak nak tolak sebab Wana dah siapkan semua. Lagipun si Bunga ni bukan boleh kalau orang ajak dia, hati lembut sangat. Makcik datang jual kerepek dengan tisu setiap kali diorang lepak sama-sama dekat kedai makan pun sanggup dibelinya.
Bunga melepaskan keluhan lembut.
"Yela, pukul berapa majlis esok start?"
" Pukul 8."
" Okay. Nanti Bunga datang rumah Wana ambil baju."
Selesai mengucapkan selamat tinggal, panggilan dimatikan.
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
15 minit dia bermuhasabah diri depan cermin. Terkelip-kelip mata bundar Bunga melihat penampilan dirinya malam ini. Tak nampak over ke eh baju ni? Dia bukan biasa pakai baju macam ni. Pergi class pun pakai baju simple je. Tapi si Bunga ni pakai la apa pun still cantik.
Long dress yang dipakainya berwarna soft pink. Dress itu terletak cantik pada badannya. Ditambah pulak dengan seutas rantai yang menaikkan lagi seri. Muka pun dah siap disolek nipis. Rambut pula dibiarkan lepas tetapi ditambah klip rambut bercorak ribbon di belakang.
Comel. Makin terserlah muka polos si Bunga ni. Macam muka budak sekolah pun ada. Ni kalau orang tak kenal dia mahu dianggap budak umur 17 tahun.
Takpelah Bunga, awak tu cantik comel je.
Aku dah sampai ni.
-WanaBunga menggapai telefon dan handbag. Kaki pantas menuju keluar dari rumah. Tak lupa juga high heels nya dari rak kasut. Pintu rumah dikunci dan segera menaiki kereta yang dipandu oleh abang Wana.
Tidak terkelip mata Wana melihat penampilan Bunga. Bidadari dari kayangan mana ni? Cantik gila.
Bunga hanya tersenyum nipis apabila matanya menangkap abang Wana tersenyum kearahnya melalui cermin pandang belakang.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romance𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...