𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟐

6.5K 289 4
                                    

"Ke...kenapa cari Bunga?" Tanya Bunga lembut. Tangan Asyraf yang mengusap bahu Bunga itu berhenti namun masih elok merangkul bahu Bunga.

"Kau tak ingat aku?"

Berkerut dahi Bunga mendengar soalan Asyraf. Perlahan dia menggeleng. Terangkat kening Asyraf. Dia yakin inilah gadis yang dia cari selama ni. Tapi kenapa Bunga tak ingat? Dia yakin dan pasti dia tak salah orang.

Something suspicious.

"Kita... kita pernah kenal ke?" Tanya Bunga lagi.

Asyraf hanya memandang wajah manis Bunga lalu menggeleng.

"Tak ada apa lah. Jom ambil makanan." Asyraf menggapai tangan kecil Bunga dan digenggam dengan tangannya. Bunga hanya mengikut langkah Asyraf ke arah tempat mengambil makanan.

"Kau nak makan apa?"

"Bunga...Bunga nak pergi ambil dessert."

Asyraf hanya mengangguk. Belum sempat Bunga mengambil langkah kedengaran suara seorang lelaki menegur Asyraf. Dari tadi dia nampak Asyraf berkepit dengan seorang wanita. Tapi dia tak dapat lihat dengan jelas wajah wanita itu.

"Girlfriend kau ke?" Tanya jejaka itu dengan senyuman palsu. Sepupu Asyraf. Asad Ishwan.

Bunga yang tahu soalan itu tertera kepada dirinya segera menoleh. Dia memandang kearah Asad dan mengukir senyuman nipis. Mati senyuman Asad apabila melihat Bunga. Asad sedaya upaya cuba menyembunyi riak terkejutnya. Senyuman nipis dibalas.

Asyraf menoleh kearah Bunga.

"Pergilah ambil dessert."

Bunga segera melangkah ke arah tempat dessert. Mata Asyraf melihat Bunga lalu memandang Asad.

"Tak payah sibuk hal aku." Kata Asyraf lalu mengambil makanan dan meninggalkan Asad disitu.

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Tangan Bunga yang sedang mengambil brownies tiba-tiba dicengkam seseorang.

"Macam mana kau boleh hidup lagi, haa?"

Bunga segera mengangkat wajah.

Asad.

Apa maksud lelaki ini?

Tangan Bunga makin dicengkam kuat. Bunga meringis kesakitan.

"Sa... sakit awak.."

"Sakit lagi hati aku tengok kau ni hidup lagi tau tak?!"

"Awak sa...sakit.." Ringis Bunga perlahan. Terlepas pinggan brownies yang dipegang ke lantai.

Buk!

Satu tumbukan singgah diwajah Asad.

"Kau tak puas hati dengan aku, kau settle dengan aku. Jangan nak babitkan Bunga." Kata Asyraf dengan nada menahan amarah. Tangan menarik Bunga perlahan ke belakang badannya. Bunga menggenggam sisi baju Asyraf dengan kuat. Dia takut. Dia tak tahu apa yang sedang terjadi. Asyraf menggosok perlahan tangan Bunga untuk menenangkan gadis dibelakangnya itu.

Dari tadi dia perhatikan Asad yang mendekati Bunga dari meja yang didudukinya. Apabila melihat Asad menyentuh Bunga, dia tak dapat nak biarkan lagi.

Bunga melihat Asad yang jatuh terduduk dari belakang badan Asyraf. Bibir Asad sudah berdarah kerana ditumbuk oleh Asyraf. Sedikit sebanyak itu membuatkan kepala Bunga mula berdenyut kesakitan.

Bunga rasa macam pernah lihat wajah itu? Dimana dia pernah melihat wajah yang berdarah itu? Dimana?

Genggaman pada baju Asyraf yang menjadi longgar menarik perhatian Asyraf. Asyraf menarik Bunga agar berdiri dihadapannya. Tangan Bunga yang sedang memegang kepalanya sendiri itu diturunkan. Kedua tangan Asyraf memaut kedua belah bahu Bunga.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now