Buk! Buk!
Tumbukan demi tumbukan diterima namun mulut langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Tidak mampu untuk melawan kerana dirinya diikat kemas pada kerusi.
Muka Qaz sudah dipenuhi dengan lebam dan darah. Dia kini berada di markas milik Asyraf.
Danny mula hilang sabar apabila Qaz langsung tidak menjawab soalan yang mereka ditanya.
"Jawablah sial!"
Ditumbuk muka Qaz entah untuk kali keberapa. Qayyum dengan pantas menahan Danny dari terus menggila. Bukan boleh buat main baran Danny, lunyai budak tu kena tibai nanti.
"Relax, Danny. Kau tumbuk dia bukan dia buka mulut pun." Pujuk Qayyum lalu ditarik Danny duduk di sofa agar Danny dapat bertenang. Danny merengus dan menepis tangan Qayyum.
Asyraf mengeluh kasar lalu mengambil kerusi dan duduk dihadapan Qaz.
"Aku tanya kau baik-baik sekali je. Aku tak ada kesabaran macam kawan-kawan aku."
"Siapa yang hantar kau untuk buat kerja kotor macam ni?"
Qaz masih berani mengukir senyuman sinis.
"Kau sibuk-sibuk dekat sini, tak risau ke dekat buah hati kau?" Jawab Qaz, sengaja memprovok Asyraf. Namun Asyraf hanya tenang. Dia ada rancangan lain.
"Kenapa Bunga?" Tanya Asyraf tenang sambil tangan mengangkat sekeping gambar.
Gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis berlatarkan Eiffle Tower.
Isteri Qaz.
Bergetar bola mata tersebut melihat gambar isterinya berada pada Asyraf.
"Kau! Jangan berani sentuh isteri aku!" Tengking Qaz dan meronta kuat. Namun pergerakannya terbatas kerana diikat.
Tahu itu merupakan ugutan untuk mengancam isterinya jika dia tidak membuka mulut.
"Dengan aku senang, kau bagi aku apa yang aku nak dan aku akan buat benda yang sama."
"Dia tak patut hidup lepas apa yang dia tahu. Dia sepatutnya dah mati 10 tahun lepas." Laju sahaja mulut menjawab.
Dia tidak kisah jika nyawanya yang menjadi taruhan tapi bukan isterinya. Mereka baru sahaja berkahwin 4 bulan lepas.
Berkerut dahi Asyraf setelah mendengar penjelasan Qaz? Apa yang Bunga tahu?
'Dia sepatutnya dah mati 10 tahun lepas.'
Jadi telahan Asyraf benar. Ada sesuatu yang terjadi 10 tahun lepas. Tapi apa? Dan kenapa?
"Apa yang 'bos' kau dah buat dekat Bunga 10 tahun lepas?
Qaz hanya diam, tidak menjawab. Sejujurnya dia tidak tahu tentang apa yang terjadi 15 tahun lepas. Dia hanya tahu 'lelaki' itu berdendam kerana peristiwa 10 tahun dahulu.
Melihat wajah keliru Qaz jelas memancarkan jawapan bahawa dia tidak tahu jadi Asyraf memilih untuk menukarkan soalan.
"Siapa? Bangsat mana yang bayar kau?" Tanya Asyraf lagi sambil memandang Qaz.
"Orang yang rapat dengan kau."
Itu sahaja jawapan yang mampu Qaz ucapkan.
Bilik itu bertukar hening. Tangan Aryan yang sibuk menekan papan kekunci juga berhenti.
Oh.
So, the concept here...
Just keep your enemy close.
Don't trust anyone.
Kerana sesiapa sahaja boleh jadi pengkhianat.
Mungkin juga ada yang bersubahat.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romance𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...