𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟓

6.3K 280 9
                                    

"I will marry her."

Ternaik hujung bibir Aryan. Dia dah agak.

"Kau gila ke Raf? Kau ingat kahwin ni benda main-main ke?" Bantah Aqashah tegas. Bukannya dia tak suka Asyraf mengahwini Bunga. Siapa je yang tak sukakan Bunga ? Dah lah manis, lembut je orangnya. Sedap mata memandang. Cuma dia tidak setuju kalau Asyraf mahu mengahwini Bunga atas dasar ingin melindungi.

Lepas semua selesai, apa Asyraf nak buat pada Bunga? Cerai? No. Aqashah takkan biarkan Asyraf rosakkan masa depan seorang gadis. Lagi-lagi gadis macam Bunga yang...

Polos.

Sangat polos.

"Jangan buat kerja gila boleh tak, Raf?"

Cukup-cukup la dengan perangai gila Aqashah Dan Danny yang kadang-kadang diluar akal waras. Dah berjangkit ke Asyraf agaknya.

"Aku tak main-main, Danny. Dan aku tau apa yang aku buat."

Qayyum melepaskan keluhan perlahan.

Buntu.

"Kau jangan rosakkan masa depan Bunga, Raf. Dia tu muda lagi, baru 20." Qayyum akhirnya meluahkan pendapatan.

Asyraf hanya menggeleng.

Tidak. Dia tidaklah seteruk itu. Dia takkan sia-siakan Bunga. Dia ikhlas.

Mungkin...

"Asy..."

Suara lembut itu menarik perhatian kelima lelaki yang sedang duduk tidak jauh dari Bunga. Asyraf segera melangkah menuju kearahnya Bunga yang terbaring itu.

Muka lembut gadis itu masih pucat.

"Kau okay?"

Dengar sahaja soalan yang dituju oleh Asyraf, mata Bunga kembali diisi dengan airmata. Apa yang telah terjadi membuatkan diri dia berasa tidak selamat.

Kepala Bunga digeleng lalu airmata laju mengalir lebat di pipi mulusnya.

"Bunga takut..."

Asyraf menarik lengan Bunga lalu ditarik badan gadis itu untuk dipeluk. Entah kenapa berada dekat dengan Asyraf membuatkan dia berasa selamat.

Ya. Selamat. Selesa.

Aryan yang melihat mereka segera bangun dan keluar, ingin memberikan mereka ruang. Manakala yang lain juga melangkah keluar mengikuti jejaka Aryan.

"Aku ada Bunga, don't worry." Tangan mengusap perlahan belakang gadis yang sedang tersedu sedan di dalam pelukan nya.

"Jangan tinggal Bunga..." Tangan erat menggengam sisi baju kemeja yang dipakainya oleh Asyraf.

Takut.

"Jangan tinggal El..."

Suara kanak-kanak itu menjengah dalam ingatan Asyraf.

Deja vu.

"Bunga, aku ada ni, aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi." Pujuk Asyraf lalu atas kepala gadis berambut hitam lebat itu dicium.

Setengah jam berlalu, Bunga langsung tak melepaskan sisi baju Asyraf yang digenggam erat. Kemudian dapat dirasakan tangan itu perlahan jatuh kesisi.

Tidur dah.

Asyraf menolak sedikit badan Bunga kebelakang, wajah lena gadis itu dipandang lama sebelum badan gadis itu dibaringkan ke atas tilam.

"I will protect you, my little flower. At all cost." Bisik Asyraf perlahan sebelum pipi gebu gadis itu dikucup. Kaki melangkah keluar dari wad tersebut. Kedua pengawal yang diarahkan menjaga dipandang.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now