Asyraf yang sedang sibuk menandatangani dokumen penting segera mengalihkan pandangan ke arah pintu yang dirempuh seseorang.
"Kau nak apa?"
Pen terus diletakkan diatas meja lalu badan disandarkan di kerusi.
"Kau memang tak guna kan? Banyak lagi la projek kau boleh ambil, asal projek yang aku nak jugak kau sailang?" Sembur Asad tanpa usul periksa.
Terangkat sebelah alis kening Asyraf. Apa benda dia ni merepek?
"Pardon? Kau bodoh? Kau sendiri yang lepaskan projek tu atas alasan terlampau banyak kos. Kau yang tak berani ambil risiko. Sekarang kau nak salahkan aku?" Jawab Asyraf tenang.
Tiada guna dia berdebat dengan Asad. Ini juga bukanlah kali pertama mereka bergaduh.
"Kalau aku tolak proposal tu pun, kau tak patut ambil. Aku nak kau serahkan projek tu pada aku." Arah Asad.
Dia ni ada otak atau tidak? Projek pembangunan tu dah pun dalam pembinaan. Kalau masih dalam perbincangan mungkin boleh lah Asad meminta seperti ini.
Tapi adakah Asyraf akan bagi jika masih dalam perbincangan sekali pun? Tentulah tidak.
Ini lah akibatnya apabila tidak berfikir panjang. Dulu bukan main tolak proposal tersebut. Sekarang bila dapat tahu tapak pembangunan itu merupakan kawasan strategik dan mampu membawa keuntungan yang lebih besar, menggelupur tak tentu pasal.
"No." Jawab Asyraf ringkas dan tegas.
Butang interkom ditekan.
"Rio, please take this trash out from my office."
Rio memasuki pejabat Asyraf ingin menyeret Asad keluar. Sudah biasa dengan pergaduhan sepupu itu.
"Takpayah pegang aku, aku boleh keluar sendiri."
Asad menepis kasar lengan Rio lalu menggosok perlahan bekas pegangan Rio seakan-akan jijik. Kaki dibawa ke pintu kaca lalu keluar.
Rambut dikusutkan kasar.
"Sial kau, Asyraf."
Asyraf memicitkan batang hidupnya. Pening sungguh kepalanya melayan perangai tak matang Asad.
Syarikat Asad tidak kalah hebatnya. Malah banyak sahaja syarikat besar yang mahu bekerjasama.
Pen kembali diangkat untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Dapat dilihat Mak Jah sedang sibuk menghidangkan makanan tengah hari.
"Bunga belum balik ke Mak Jah?" Tanya Asyraf.
Blazer dibuka lalu diletakkan diatas sofa. Punggung dilabuhkan ke atas sofa.
"Belum, Tuan. Dari tadi jugak Mak Jah tunggu Bunga balik. Sepatutnya masa-masa macam ni dah balik."
Jam tangan berjenama Rolex dipandang.
1.30 petang.
Bunga ada beritahu harini dia ada clinical session di hospital. Hanya observation sebagai seorang student medic.
Tapi kenapa lambat sangat? Risau dibuatnya.
"Assalammualaikum." Suara lembut seseorang yang ditunggu menyapa halwa telinga.
Kasut disusun rapi di dalam rak kasut. Tote bag yang dipakai dibetulkan semula agar terletak diatas bahu.
Asyraf melihat perlakuan Bunga yang agak lain harini.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romance𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...