𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟏𝟗

6.2K 308 6
                                    

"Nanti kalau El dah tak boleh nak jumpa abang, abang nak cari El tak?" Tanya gadis kecil itu polos.

Mereka berdua sering bertemu di taman permainan tersebut. Bahkan El sering menghubungi Asyraf menggunakan telefon rumahnya.

"Abang minggu ni datang tau. El banyak benda nak cerita."

"Abang, jangan lupa datang. Bawak abang Danny sekali tau."

"Abang, El tak sihat la. Datang lah jenguk El."

Setiap hujung minggu ada sahaja panggilan dari gadis comel itu. Kerana sudah berjanji, takkan dia mahu mungkiri pula. Asyraf seorang yang berpegang pada apa yang dikatakannya.

"Kau nak aku cari kau ke?" Tanya Asyraf semula.

El mencebik mendengar pertanyaan Asyraf.

"El tanya abang dulu!"

Asyraf hanya diam memandang wajah manis El.

"Aku tak tahu. Tapi aku takkan lupakan kau." Jawab Asyraf jujur.

Mana mungkin dia akan melupakan El. Gadis kecil yang sudah menceriakan hidupnya.

"El pun takkan lupakan abang. Abang je yang nak kawan dengan El. Semua orang taknak kawan El."

Sedih sahaja El berbicara.

Dia tahu. Dia tahu bahawa El tidak mempunyai kawan. Walaupun masih kecil, El seorang budak yang bijak.

Segar dalam ingatannya tentang apa yang diceritakan oleh El tentang hari persekolahannya.

Dimana El selalu bersendirian. Pada umur yang sepatutnya dia mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan bertukar suram apabila semua kawannya membiarkan dia keseorangan.

Hanya kerana pencapaiannya yang selalu mendapat pujian semua guru membuatkan semua kanak-kanak lain berasa tidak berpuas hati. Bahkan ibu bapa kawan-kawannya juga berkata yang tidak elok tentangnya.

"Apa yang hebat sangat budak tu?"

"Budak macam ni jadi tokoh murid? Anak aku lagi bijak la."

Apa salah gadis kecil dihadapannya?

"Kau tak perlu sedih untuk orang yang tak hargai kau."

El memandang Asyraf lama sebelum mengedipkan mata beberapa kali.

"Abang Asy hargai El tak?" Tanya gadis itu polos.

Asyraf segera menukar topik.

"Dah lambat ni. Jom aku hantar kau balik." Tangan El dipaut dan dipimpin untuk menghantar El ke rumah.

"Alaaa..."

Memuncung terus mulut El apabila mendengar Asyraf mahu menghantar dia pulang. Namun dia ikutkan sahaja langkah Asyraf.

Sebaik sahaja sampai dihadapan apartment El, Asyraf melepaskan tangan kecil tersebut dan melihat El berlari untuk memasuki lif.

El melambaikan tangannya kepada Asyraf yang hanya diam memandang sebelum bayangan El hilang disebalik pintu lif yang tertutup.

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Tersentak Bunga apabila merasakan sesuatu yang berat diatas ribanya.

"Abang." Panggil Bunga perlahan dan tangan mula bermain dengan rambut Asyraf.

Hilang rasa penatnya apabila mendengar suara lembut si isteri. Badan dipusingkan lalu memeluk pinggang Bunga erat sehingga muka tersembam di perut Bunga.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now