𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟐𝟒

7.3K 428 33
                                    

"Taknak! Bunga nak Asy!" Bentak bunga. Kaki dihentak kasar pada lantai perhentian bas dihadapan universiti.

"Raf tak boleh ambil awak la. Dia ada meeting." Tutur Danny sambil memandang Bunga yang memuncung.

Ya allah, dah la panas terik ni. Bunga boleh pulak buat hal macam ni. Sudah dua jam mereka memujuk Bunga, namun satu pujukan pun tidak berhasil.

Lagipun bukan sengaja Asyraf tidak menjemput Bunga pulang. Tiba-tiba ada meeting mengejut bersama client.

"Cik Bunga comel, please, jom la kita balik eh? Saya belikan ice cream chocolate untuk awak. Panas ni, Bunga." Pujuk Danny lagi.

Namun hampa. Bunga masih berkeras tidak mahu bergerak walaupun seinci.

Danny memandang Aryan yang hanya diam memerhati dari tadi.

Aryan mengeluh. Tahu Danny mula rungsing dengan telatah Bunga. Entah bagaimana lah Asyraf boleh memupuk kesabaran. Setahu mereka Asyraf bukannya jenis yang penyabar sangat pun.

"Jom balik, Bunga." Tutur Aryan mendatar.

Bunga menggeleng laju. Tangan bersilang di dada. Rambut yang berterbangan, diselit kasar dibelakang telinga.

Tak lama kemudian, ada sebuah kereta Lamborghini berwarna hitam berhenti di hadapan perhentian bas.

Danny melepaskan nafas lega.

Alhamdullillah, lepas dah satu dugaan.

Bunga terus berlari dan memeluk sosok tubuh yang baru sahaja keluar dari kereta.

"Jangan berlari la." Tegur Asyraf lembut dan menepuk perlahan pinggang Bunga.

"Bunga tunggu abang tau!"

Bunga melepaskan pelukan dan mendongak melihat wajah Asyraf. Tangan mencekak pinggang seakan marah.

Mahu tergelak Danny melihat telatah comel Bunga.

Asyraf mencubit geram pipi Bunga yang sudah kemerahan kerana panas terik matahari.

"Sorry, sayang. Aku dah text kan bagitau yang Danny ambil." Rambut di paras dahi Bunga diselak kebelakang.

Berpeluh sudah cinta hati dia.

"Taknak. Bunga nak abang! Abang dah janji."

"Ya, sayang. Aku dah ada ni depan kau." Lembut sahaja Asyraf memujuk Bunga.

Bunga menoleh memandang kearah lain.

Merajuk.

Asyraf melihat kearah Danny yang berada didalam kereta dan memberikan isyarat untuk mereka pulang.

Danny mengangguk dan kereta Lamborghini itu mula bergerak.

"Ice cream." Tutur Bunga ringkas.

Asyraf mencekup wajah Bunga di kedua tapak tangannya sehingga termuncung bibir Bunga.

"Kau nak kedai ice cream pun aku belikan, sayang."

Bunga mengerutkan dahi dan menolak lembut tangan Asyraf.

Orang merajuk ni.

Asyraf sembunyi senyum melihat reaksi Bunga. Bahu Bunga dipaut dan dibawa Bunga ke pintu kereta.

"Masuk cepat, panas ni sayang."

Bunga masuk kedalam kereta. Belum sempat Asyraf menutupkan pintu, pintu itu sudah dihempas kasar oleh Bunga.

"She will never make me tired of her behaviour." Gumam Asyraf.

Setiap hari ada sahaja ragam manja dan keanak-anakkan Bunga yang berjaya mencuit hati nya.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now