𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟐𝟐

7.6K 383 15
                                    

Asyraf yang sudah selesai bersiap mengambil jam tangan berjenama Rolex dan dipakai pada pergelangan tangan. Minyak wangi Versace Eros Energy disembur sedikit sebelum menoleh mencari kelibat si isteri.

"Sayang?"

"Ya abang. Kejap Bunga tengah siap." Jawab Bunga dari walk-in closet.

Bunga bergegas untuk bersiap. Harini dia meminta Asyraf untuk menghantarnya ke universiti. Sengaja mahu buli suami.

Malas nak drive sebenarnya.

Getah rambut dicapai dan mengikat rambut persis Ariana Grande.

Ponytail tinggi.

Totebag dan iPad dicapai dan keluar dari bilik walk-in closet.

Asyraf yang sedang bermain telefon sambil duduk memandang ke arah Bunga. Penampilan Bunga ditelek atas dan bawah. Mata berhenti pada leher Bunga yang terdedah.

"Tak payah ikat rambut la, sayang."

Asyraf mendekati Bunga dan getah rambut Bunga ditarik perlahan sehingga terlerai rambut Bunga yang separas pinggang.

"Eh."

Bunga memandang Asyraf.

"Bunga kena ikat rambut. Harini masuk lab." Jawab Bunga lembut.

Asyraf mengeluh lemah.

"Ni."

Flower hair clip berwarna pink dikepit pada tali tote bag Bunga.

"Kepit rambut time dalam lab je. Dekat luar jangan." Pesan Asyraf kemudian membetulkan rambut Bunga.

Bunga mengangguk laju.

"Okay."

Bukan apa, dia tidak mahu orang lain lihat kepunyaan dia. Meskipun Bunga tidak tahu, leher Bunga yang putih mampu menggoda nafsu lelaki dirinya. Apatah lagi orang lain.

Dia cemburu.

"Jom, nanti kau lambat masuk class."

Tangan Bunga digenggam erat dan memimpin Bunga keluar. Pintu kereta disebelah penumpang dibuka untuk Bunga.

"Hati-hati, sayang."

Tangan diletakkan diatas kepala Bunga. Risau jika Bunga terhantuk pada pintu kereta.

"Semua barang dah ada? Tak ada yang tertinggal?" Tanya Asyraf sambil memandang Bunga yang sudah selamat duduk didalam kereta.

"Erm..." Tangan mengetuk bawah dagu.

"Labcoat Bunga!"

Bunga yang mahu keluar dari kereta ditahan oleh Asyraf.

"Aku ambikkan."

Pintu belah Bunga ditutup.

Bunga hanya memandang belakang badan Asyraf yang bergerak masuk kedalam rumah.

Pintu kereta sebelah penumpang dibuka dan labcoat Bunga diletakkan di seat belakang.

"Terima kasih. Sorry, Bunga susahkan abang." Lembut sahaja suara si isteri meminta maaf.

Rasa serba salah kerana menyusahkan Asyraf.

"It's nothing, sayang."

Pipi Bunga dicium dan dipakaikan seatbelt untuk Bunga sebelum memulakan pemanduan.

Sepanjang pemanduan Bunga hanya bermain-main dengan jari Asyraf yang berada di atas pehanya.

Cara layanan Asyraf terhadap dirinya sangat baik. Bahkan Asyraf membuatkan dia merasa kasih sayang yang telah hilang setelah kedua ibu bapanya meninggal.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now