"Tolong..."
Kedengaran suara sayup seorang remaja perempuan di dalam kereta yang telah dirempuh oleh sebuah trelar. Kereta itu telah pun terbabas ke dalam gaung.
"Tolong..."
Namun hampa, tiada siapa yang mendengar.
"Ibu... Ayah..."
Agak sukar untuk menggerakkan badan kerana keadaan kereta yang terbalik. Sedaya upaya badan digerakkan sedikit ke hadapan untuk melihat keadaan ibu dan ayahnya.
Mengalir laju air mata melihat keadaan ibu dan ayahnya yang penuh dengan darah. Gadis itu keluar dari kereta tersebut daripada tingkap yang sudah pecah. Badan yang kecil molek memudahkannya untuk keluar.
Dia perlu mendapatkan pertolongan. Kaki yang longlai cuba untuk memanjat ke atas. Disebabkan gaung yang tidak terlalu menjunam, gadis remaja itu berjaya sampai ke satu jalan.
Sebuah kereta yang lalu segera memberhentikan kenderaan apabila terlihat keadaan gadis yang berlumuran darah di tepi jalan. Kepala sudah mula berdenyut kuat dipegang.
'Sedar El. Ibu Ayah dekat bawah lagi.'
Penglihatan sudah mula berbalam, namun dapat dilihat pemandu kereta yang merupakan seorang wanita keluar dari kenderaan. Wanita itu segera menyambut dirinya yang hampir menyembah jalan.
"Adik!"
"Tolong... Ibu Ayah dekat bawah..."
Itu perkataan terakhir yang dapat diucapkan sebelum dunianya berubah gelap.
Hitam.
Kelam.
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Asyraf yang melihat Bunga seperti berada didalam dunianya sendiri menepuk perlahan bahu gadis tersebut.
"Kau okay ke tak?"
Bunga mengangguk perlahan. Bunga kelihatan agak pasif selepas pulang dari rumah Tengku Radeena dan Tengku Redza.
Fikiran Bunga agak susah untuk diteka. Apa yang bermain difikirannya sungguh tidak dapat dibaca oleh Asyraf.
"Kau kenapa ni? Kau tak setuju nak kahwin 2 minggu lagi?" Tanya Asyraf lembut sambil mata mengerling sekejap kearah Bunga yang duduk di seat sebelah pemandu.
"Bunga okay je." Jawab Bunga pendek.
Bukan itu puncanya. Lagipun semua persiapan sudah disiapkan selepas sahaja Asyraf melamarnya di hospital tempoh hari. Kursus kahwin dah pergi, catering, baju, semua dah siap.
"Habis tu kenapa?"
"Tak ada apa lah, Asy."
Bunga terus duduk menghadap tingkap, membelakangi Asyraf yang sedang memandu.
Asyraf menghela nafas panjang. Apa lagi yang tak kena ni?
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Ini lah masalah orang nak kahwin. Sibuk berkepit dengan buah hati sampai sanggup sidai member." Keluh Danny sambil tangan ligat menekan skrin telefon.
Member tengah pubg.
"Woi woi, takkan tak nampak ada enemy depan mata, bangang?"
Fon diletak kasar ke atas meja. Tak dapat chicken.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romance𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...