Seminggu sudah mereka bermalam di rumah Tengku Radeena, kini biarlah mereka meluangkan masa di rumah mereka sendiri.
Minggu depan mahu ke Maldives pula untuk berbulan madu. Tengku Redza sudahpun siap membelikan tiket untuk mereka. Tinggal mahu kemas barang dan berangkat pergi saja.
Sungguh Bunga gembira apabila menerima layanan baik daripada keluarga mertua. Dia dilayan seperti seorang puteri. Tak pernah terbayang bahawa dia akan rasa sebahagia ini setelah kedua ibu bapanya meninggal.
"Barang kau, aku dah suruh Mak Jah pindahkan dalam bilik kita." Kata Asyraf tidak bernada sambil tangan meletakkan kunci kereta diatas meja. Kasut disusun didalam rak kasut.
Badan Bunga automatik mengeras.
Takkan lah...
"Kenapa tak bagitau Bunga? Bunga boleh buat sendiri la, tak payah susahkan Mak Jah."
Ternaik sebelah kening Asyraf mendengar nada percakapan Bunga seakan...
Marah.
Nada itu lembut tapi sedikit meninggi dari biasa.
Dan dia tak suka nada percakapan tersebut.
"I don't like your tone, Bunga."
Bunga segera menunduk. Tahu keterlanjurannya.
"Bunga minta maaf." Tutur Bunga lembut. Hampir berbisik.
Asyraf memandang wajah cantik isterinya yang menunduk. Ada perkara yang mahu dia bahaskan bersama Bunga sebenarnya.
~
Flashback :
Telefon yang berdering segera diangkat, tidak mahu nada dering tersebut mengejutkan Bunga yang sedang tidur pulas.
"Kenapa, Mak Jah?"
"Tuan Asy, Mak Jah dah siap kemaskan barang Bunga masuk dalam bilik Tuan. Tapi boleh Mak Jah tanya sesuatu?"
Dapat kedengaran suara Mak Jah tersekat-sekat seperti sedang teragak-agak.
Tangan yang ligat mengusap belakang badan si isteri yang sudah tidur terus terhenti. Hatinya sekaligus berasa tidak enak.
"Pasal apa? " Tanya Asyraf ringkas.
"Pasal Bunga."
Berkerut dahinya mendengar jawapan Mak Jah. Tangan sambung menepuk perlahan pinggang Bunga apabila Bunga mula bergerak di dalam dakapannya.
"Tuan Asy tahu ke Bunga ada ambil apa-apa ubat? Mak Jah kemas bilik Bunga tadi, terjumpa ubat dalam laci meja. Ada lah dalam beberapa botol." Terang Mak Jah.
Wajah lena di dadanya dipandang.
"Mak Jah letak je botol-botol ubat tu semua dalam laci bilik kami. Nanti saya tanya Bunga sendiri."
Sedaya upaya Asyraf mencuba untuk menahan gelora di hati.
"Tuan Asy, jangan marah Bunga ye? Sepanjang dia tinggal dekat sini masa Tuan tak ada memang Mak Jah tengok dia macam tak berapa sihat. Selalu penat je."
"Tak apa, Mak Jah jangan risau."
Kemudian, panggilan ditamatkan begitu sahaja.
End of flashback.
~
Kaki melangkah ke arah Bunga yang sudah berada ditangga untuk menuju ke bilik mereka. Bahu Bunga dipaut rapat dengan dirinya.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Roman d'amour𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...