Tersergam indah pelamin di hujung tengah dewan. Terlihat pasangan yang sama cantik, sama padan berbusana pengantin berwarna maroon duduk diatas pelamin. Tidak berhenti rakan-rakan naik keatas pelamin untuk mengucapkan tahniah dan bergambar dengan mereka.
"Selamat pengantin baru, Along. Kahwin juga kau, ingatkan nak membujang sampai mati." Bahu Asyraf ditepuk oleh Tengku Isyraf.
"Diamla kau." Tengku Isyraf yang cuba memeluknya ditolak kasar.
"Tengok suami you ni kak ipar. Banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, lelaki dawai besi ni juga kak ipar pilih. Dia mandrem you ni. Sebab tu you jadi buta. Baik you pergi jumpa ustaz minta air penawar. I rasa la kan-"
Sengaja menggunakan I-You dengan kakak iparnya itu. Mahu bergurau.
Bunga hanya mengelipkan mata melihat situasi dihadapannya. Tangan Asyraf mengelus lembut bahu Bunga. Dia tahu Bunga sebenarnya segan dan kekok.
Malas sebenarnya nak melayan karenah adiknya yang sama spesies dengan Danny.
Dengar sajalah dia merepek.
Belum sempat Tengku Isyraf menghabiskan kata-kata, kepalanya diluku oleh Tengku Radeena.
"Aduh!"
"Jangan nak merepek sangat, Angah." Tengku Radeena menolak Tengku Isyraf ketepi lalu memeluk Bunga yang duduk diatas pelamin itu.
Tengku Isyraf menggosok kepalanya sambil mulut terkumat kamit. Tak mengata apa pun. Saja buat begitu seolah-olah sedang mengata Tengku Radeena.
Drama king.
"Mama, Adik nak peluk Kak Bunga juga. Tepi, tepi." Renna mencelah lalu meleraikan pelukan Tengku Radeena pada Bunga. Dipeluk Bunga erat.
"Yeay, Ren dapat kakak. Bosanla asyik layan abang je."
Keluh Renna kepada Bunga. Bunga tersenyum manis mendengar kata-kata Renna.
"Kalau Along buli Kak Bunga bagitau Ren tau. Biar Ren belasah dia."
Pelukan dilerai dan mata memandang tajam kepada Asyraf. Asyraf mengukir senyuman sinis, macam la berani.
"Okay, Kak Bunga ingat." Jawab Bunga ceria sambil menunjukkan thumbs up. Bibir mengukir senyuman paling manis.
Comel betul Kak Bunga ni, rasa nak culik.
Tangan Asyraf memicit-micit sebelah pipi tembam Bunga yang sedang tersenyum kepada Renna.
Bunga hanya membiarkan sahaja perbuatan Asyraf itu.
"Sudah lah tu, drama anak beranaknya, sayang. Bagi orang lain pulak nak jumpa pengantin." Tengku Redza yang hanya memerhati mula bersuara.
Tahu masih ramai lagi kawan Asyraf dan Bunga yang ingin naik ke pelamin.
"Ye la, hubby. Sabar la."
Bunga hanya tersenyum nipis. Melihat telatah Tengku Redza dan Tengku Radeena membuatkan dia rindu kepada Ibu dan Ayah.
'Ibu, Ayah, Bunga dah kahwin.' Getus hati kecilnya, berharap Ibu dan Ayahnya berada disini menyaksikan hari bahagianya.
Asyraf hanya memerhati Bunga yang tersenyum nipis.
Nasihat Tengku Redza terngiang-ngiang di dalam kepala.
"You will never be able to fix a broken glass, Along."
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Kelibat si isteri dicari. Mata meliar memandang seluruh pelosok dewan. Baru sekejap dia pergi bertegur dengan rakan business nya.
Tadi ada dekat sebelah. Pantang lepas pandang, terus hilang lesap Bunga ni.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Lãng mạn𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...