𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟑

6.2K 264 1
                                    

Tercelik mata Bunga saat tersedar dari mimpi buruk. Bunga cuba menenangkan diri sambil peluh mula membasahi dahi.

"Astaghfirrullahalazim, Astaghfirrullahalazim" Tak berhenti mulut beristighfar sehingga lah dia berasa tenang.

Mimpi itu lagi. Mimpi yang sama. Mimpi yang sering berulang selepas kematian kedua ibu bapanya di dalam sebuah kemalangan.

Pembunuhan.

Darah.

Lelaki.

Kemalangan.

Apa sebenarnya maksud mimpi yang sering dia alami ni? Dia tak faham.

Nafas ditarik dan dihembus bagi menenangkan jantung yang berdetak laju. Dia dah terbiasa dengan rutin tidurnya yang selalunya terganggu akibat mimpi buruk yang dialaminya. Kadang-kadang Bunga rasa sukar untuk melelapkan mata kerana...

Takut. Takut untuk mengalami mimpi buruk yang kerap kali berulang.

Dan kerap juga dia terbangun pada tengah malam. Seperti sekarang.

Tangan Bunga segera membuka laci side table disebelah katilnya. Satu botol pil diambil dan mengambil sebiji pil lalu ditelan.

Eszopiclone. Pil tidur. Ubat tidur.

Bunga memang penghidap insomnia sejak ibubapanya meninggal dunia. Doktor sendiri yang mendiskripsikan ubat tersebut untuk Bunga. Namun doktor telah berpesan untuk ambil ubat tersebut ketika benar-benar perlu sahaja. Doktor juga telah memberi beberapa tips untuk Bunga agar dia sentiasa cuba untuk menghindari mengambil ubat tidur dengan agak kerap.

Jujur Bunga mengambil pil itu sejak berusia 18 tahun, selepas kemalangan yang melibatkan kedua ibubapanya. Jadi Bunga menjadi terlampau bergantung terhadap ubat tidur.

Badan kembali dibaringkan dan mata dipejam, menunggu ubat tersebut memberikan tindakbalas. Tanpa sedar Bunga mula dijemput lena.

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

"Aryan, kau tak dapat lagi maklumat pasal Bunga?"

Aryan menggeleng sambil tangan ligat menekan keyboard pada laptopnya. Mata fokus pada skrin laptop. Asyraf mengeluh. Tiga minggu. Sudah tiga minggu sejak dia menghantar Bunga pulang. Tiga minggu juga Bunga langsung tidak menghubungi dia. Tetapi Asyraf faham bukan mudah bagi Aryan untuk mendapatkan semua maklumat dalam masa yang singkat. 10 tahun bukan jangka masa yang pendek.

Eleh, dia sendiri yang arah Aryan nak maklumat tu cepat.

Aryan menjeling sebentar kearah Asyraf sebelum mata kembali fokus pada skrin dihadapannya.

"Kau musykilkan?" Tanya Aryan ringkas. Terjongket kening Asyraf mendengar pernyataan Aryan.

"It's her. Perempuan yang kau cari tu, memang Bunga."

Aryan membuka Instagram dan menekan account milik Bunga. Tangan laju mencari satu gambar yang diupload Bunga dan ditunjuk pada Asyraf.

"Ni kan budak tu?"

Asyraf menyambut huluran telefon daripada Aryan dan melihat gambar tersebut. Gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama ibubapanya disebuah taman. Keluarga itu terlihat sangat bahagia. Mata fokus pada gambar budak perempuan itu.

BungaElaina_
Miss the old days.

"Aku still cari maklumat pasal 10 tahun lepas. Anything aku bagitau."

Asyraf hanya terdiam. Yang menjadi persoalan, kalau betul itu Bunga kenapa Bunga tak ingat dia?

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now