𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟐𝟏

5.6K 329 9
                                    

Bunga yang baru selesai mengemas bilik tamu terpinga-pinga apabila pergelangan tangannya ditarik kasar oleh Nek Siah menuju ke dapur.

Dia tak rasa dia ada buat apa-apa yang salah. Dia hanya memeriksa sekiranya masih ada barang yang tertinggal.

Kelihatan ramai wanita separuh abad dan juga beberapa gadis muda seusianya sedang duduk menyiapkan kerja untuk majlis Qaseh.

Ada yang sedang memotong bawang.

Ada yang memotong daging.

Ada yang sedang membasuh ayam.

Nek Siah yang beria-ria mahu menyiapkan semua sendiri. Apabila disuruh menggunakan catering, tak mahu pula.

Demi cucu kesayangan lah sangat.

"Kenapa-"

Belum sempat bertanya Nek Siah sudah mula bersuara kuat.

"Diam!" Jerkah Nek Siah kuat.

Bunga yang terkejut terus menunduk memandang lantai.

Suara Nek Siah mula mendapat perhatian semua saudara mara yang sedang membuat kerja.

"Ni lah cucu menantu kau yang mandul tu?" Tanya salah seorang wanita tua yang sedang duduk bersama anak gadisnya.

Bunga menggeleng laju.

"Tak..." Tutur Bunga lembut. Airmata sudah membasahi pipi.

"Tak mandul apanya? Dah 7 bulan kahwin pun ni..."

Nek Siah mencubit kuat perut Bunga berulang kali.

"Tak ada isi."

"Sakit, nek..." Bunga menolak lembut tangan Nek Siah sambil meringis kesakitan.

"Nek!"

Qaseh segera menarik nenek agar menjauh dari Bunga. Dia mendengar suara kuat Nek Siah menengking seseorang, dengan segera dia datang kedapur.

Dia sudah agak tak lain, tak bukan ada sahaja yang Nek Siah mahu lakukan terhadap Bunga.

Apalah salah gadis muda sebaik Bunga?

"Sudah lah, nek. Jangan la macam ni." Pujuk Qaseh.

Risau jika Asyraf tahu perbuatan Nek Siah.

"Bunga, awak nak balik kan? Abang Raf dah tunggu awak dekat luar."

Tutur Qaseh lembut, memandang sayu ke arah Bunga yang tertunduk itu. Sengaja dia berkata begitu untuk mengeluarkan Bunga daripada situasi sekarang.

Bunga mengesat air mata sebelum berlalu pergi setelah bersalaman dengan semua yang berada disitu.

Biarpun ada sebahagian mereka yang langsung tidak mahu menyentuh Bunga. Sebaliknya hanya menghiraukan kehadiran Bunga untuk berpamitan.

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Asyraf mengetuk jari pada stereng kereta.

Mana cinta hati ni?

Sudah dia kata tadi, tiada barang yang tertinggal. Namun Bunga degil. Berkeras mahu memeriksa.

Kelibat Bunga mula kelihatan pada cermin pandang belakang. Berkerut dahi asyraf melihat perilaku Bunga yang agak lain itu.

Mana tidaknya, jalan pun menunduk saja.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Bunga terus memalingkan badan menghadap tingkap.

"Apa kau buat lama sangat dekat dalam?" Tanya Asyraf tidak bernada. Gear digerakkan dan kaki mula menekan pedal untuk memulakan perjalanan pulang ke KL.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now