Ruangan yang gelap itu hanya diterangi lampu malap daripada meja. Mata tajam memerhati semua gambar yang tertampal di segenap ruang.
"Bunga Elaina..." Tersenyum bibir melafazkan nama gadis tersebut. Pisau dihunuskan pada sekeping gambar wanita tersebut.
Setiap hari dia mengarahkan seseorang untuk memerhati gerak geri Bunga.
Bunga buat dia hampir hilang akal.
"Aku cuma nak selamatkan kau je, tapi kau lari dari aku. Dari dulu lagi." Nada dibuat-buat sayu seakan sedih.
Setiap perkataan yang dilafaz diselang selikan dengan tikaman lemah pada gambar.
Gambar yang sudah koyak rabak itu dilekatkan kembali.
Kemudian satu lagi gambar diambil.
Asyraf Khair.
Sungguh dia benci pemilik nama tersebut.
Kata lah dia gila. Memang dia gila.
"Kau ambil hak aku. Dari dulu, kau rampas semua!"
Gambar Asyraf dikoyak-koyak sehingga menjadi kepingan kecil. Meja dihadapannya dihentak kuat.
Ya. Dia marah.
Dia berdendam.
Dendam yang hanya akan terhapus jika Asyraf sudah tidak bernafas lagi.
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Suasana pejabat hanya sunyi kerana semua pekerja sudah keluar untuk makan tengahari. Hanya ada beberapa orang sahaja yang tinggal.
Ada yang menyiapkan tugasan.
Ada yang bawa bekal makanan.
Asyraf langsung tidak pernah memarahi jika pekerjanya makan didalam pejabat dan tidak di cafe bawah.
Asalkan kerja cantik, dia okay sahaja.
"Kau tak ada apa-apa nak tanya?" Tanya Asyraf sambil menyuap makanan ke dalam mulut Bunga.
Bunga menggeleng laju. Pipi tembamnya bergerak naik dan turun kerana mengunyah makanan.
Jujur dia risau.
Risau jika Bunga makan hati. Dia lebih rela Bunga memarahi dia dan menangis dalam dakapannya. Sekurang-kurangnya Bunga menunjukkan perasaan yang terbuku dihati.
Asyraf menarik kerusi Bunga rapat dengannya. Bahu Bunga dirangkul agar mendekat. Bahu Bunga diusap perlahan.
"Dia tunang Asad."
Asyraf tahu Bunga tidak bertanya tapi biarlah dia menjelaskan apa yang terjadi.
"Dia datang pujuk aku untuk bagi satu projek dekat Asad." Terang Asyraf sambil memandang Bunga yang terkedip-kedip mendengar tutur katanya.
Comel.
Tekun sangat rupanya.
Cakap je taknak tahu, padahal dalam fikiran ada beribu persoalan yang berlegar.
Biasalah perempuan.
"And aku tak tau kenapa dia tiba-tiba buat macam tadi."
Tangan menghulur air minuman kepada Bunga untuk diminum.
"Kau tak nak marah aku?" Tanya Asyraf lagi.
Bunga menggeleng.
"Kenapa Bunga nak marah Asy pulak?" Kini soalan berbalas soalan.
Dia percayakan suaminya.
Asyraf memandang kedalam mata Bunga. Isterinya kelihatan baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romance𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...