"Perempuan tak bertudung mana yang kamu bawak masuk rumah nenek ni, Qaseh?"
Terhenti langkah Bunga dan Qaseh apabila diterjah satu suara nyaring. Bergema ruang tamu rumah papan tersebut.
Asyraf memandang tajam wajah wanita separuh abad yang menghalang jalan Bunga dan Qaseh untuk kedapur.
Nek Siah.
Bunga mengukir senyum nipis lalu jalan mendekati Nek Siah. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.
Namun sebaliknya, tangannya ditepis kasar.
"Nek, ni isteri abang Raf la. Kenapa cakap macam ni?" Tutur Qaseh serba salah.
"Belajar sampai overseas ingatkan bijak la pilih perempuan. Ni perempuan jenis macam ni dikahwinnya. Banyak sangat ke pahala kamu nak tanggung dosa isteri kamu yang tak bertudung ni?"
Bunga terus tertunduk memandang lantai. Salah diakah? Kerana dia, Asyraf yang kena tempiasnya.
Asyraf menarik Bunga rapat dengan dirinya. Bibir didekatkan dengan telinga Bunga.
"It's fine, sayang." Bisik Asyraf perlahan lalu dicuit pipi tembam Bunga sebelum kembali memandang wajah tua Nek Siah.
Baru sahaja ingin membalas kata, satu lagi suara mula menyapa.
"Kenapa ni, ma?" Tanya Tengku Redza yang baru sahaja masuk sambil menjinjing beg di tangan.
Nek Siah terus mengukir senyuman palsu.
"Tak ada apa, Redza. Mama saja nak kenal-kenal dengan cucu menantu mama ni. Baik sungguh menantu kamu. Pandai Raf pilih." Tutur Nek Siah.
Tengku Redza tergelak kecil mendengar kata-kata Nek Siah. Bukannya dia tak tahu apa yang terjadi bahkan dia dengar apa yang dikatakan oleh Nek Siah kepada Bunga sebentar tadi.
Masak sangat dengan perangai mamanya itu. Isterinya sendiri pun ada sahaja yang tak kena pada mata Nek Siah.
"Ye la, ma. Kalau ye pun bagi la, cucu menantu mama tu rehat dulu. Penat tu teman Asyraf."
Tengku Redza memandang Bunga disisi Asyraf yang sudah menunduk, bermain dengan jari sendiri.
Qaseh yang melihat peluang terus mengajak Asyraf dan Bunga masuk ke bilik. Tak jadi mahu ke dapur.
"Jom Qaseh bawak masuk bilik."
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Sebaik sahaja masuk kebilik, tersentak Asyraf apabila Bunga secara tiba memeluk dirinya erat.
Asyraf mengangkat mudah badan Bunga. Kaki Bunga dililitkan disekitar pinggangnya dan dibawa Bunga untuk duduk di atas tilam.
Bunga semakin mengeratkan pelukan, tak mahu melepaskan Asyraf.
Asyraf tergelak kecil.
Ni sebenarnya tengah sedih atau nak bermanja?
Akhirnya, Asyraf duduk diatas tilam membuat Bunga pun terduduk, tetapi diatas ribanya. Kaki si isteri masih melingkar dipinggangnya.
Asyraf melihat ke arah Bunga yang dari tasi menyembunyikan wajah di ceruk leher nya.
Tangan tanpa sedar menggosok perlahan belakang badan Bunga, mahu menenangkan si isteri.
Ini lah sebabnya kenapa dia tak mahu membawa Bunga pulang ke sini. Belum sampai satu jam pun mereka sampai, Bunga dah sedih.
"Talk to me. Tell me what you feel, sayang."
Sisi kepala Bunga dicium dan kepala isteri diusap.
Tiada sebarang jawapan.
Hanya diam.
YOU ARE READING
ASYRAF'S [OG]
Romantizm𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: Tengku Asyraf Khair - Hidup Asyraf dikelilingi dengan kemewahan. Sikap beku dan sombong menjadi benteng bagi dia menja...