𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟏𝟓

6.8K 254 2
                                    

Pulang sahaja daripada berbulan madu, semuanya kembali seperti sedia kala. Asyraf kini sudah kembali bekerja. Bunga pula sudah memasuki semester baharu.

Tepat sahaja jam menunjukkan pukul 6 petang, dapat didengari bunyi kereta si suami memasuki garaj. Dengan segera pen yang dipegang dicampak lalu menuju ke pintu.

Berlari Bunga untuk menyambut kepulangan Asyraf.

Pintu hadapan dibuka, dapat dilihat kelibat Bunga yang berlari kearahnya. Tidak sempat mata dikerlipkan, badan terundur kebelakang akibat pelukan daripada Bunga.

Terlepas tawa kecil dari bibir Asyraf. Tangan membalas jua pelukan Bunga.

"Rindu aku?" Tanya Asyraf.

Bunga laju mengangguk lalu menyembamkan muka di dada Asyraf.

Alahai, manja.

"Kau buat apa je dekat rumah?"

Pinggang Bunga dirangkul, kemudian mereka berdua menuju ke arah bilik. Masuk sahaja kedalam bilik, dapat dilihat meja belajar Bunga yang sedikit bersepah.

"Bunga study sikit. Tadi waktu dalam class, Bunga tak berapa nak faham apa lecturer ajar. Lepastu tadi Bunga call Wana. Wana nak datang sini esok, nak buat assignment sekali dengan Bunga boleh ke Asy? Lepastu Wana cakap dia nak ajak Abang Qay sekali. Asy tak kisah? Lagipun esok Bunga tak ada class, Asy ajaklah kawan-kawan Asy datang sini. Bunga ingat nak masak-masak esok. Boleh tak Asy?"

Mata Asyraf tak lepas memandang bibir Bunga yang tak berhenti bercakap. Kalau ikut hati memang kena budak ni.

Tapi tadi macam ada dengar sesuatu yang agak kurang menyenangkan pada telinganya.

Abang Qay?

"Aku tak kisah, tapi esok aku kena kerja." Jawab Asyraf. Tangan mula mencabut tali leher yang sudah seharian dipakai.

"Alaaa... Kenapaaa?" Tanya Bunga meleret sambil memuncung.

"Aku ada meeting esok." Terang Asyraf. Tuala digapai ingin menuju ke bilik mandi. Mata mengerling wajah mendung si isteri sekilas.

Sedih sangat gayanya.

Tak jadi menuju ke bilik mandi, Asyraf melabuhkan duduk disebelah Bunga yang dari tadi duduk di katil.

"Lepas habis meeting aku janji aku balik, okay?" Pujuk Asyraf.

Tak biasa sebenarnya memujuk begini. Namun, demi Bunga dia sanggup belajar benda baharu.

Bunga terus mengangkat wajah.

"Janji? Janji Asy balik awal esok?"

Asyraf mengangguk.

"Aku janji. Dah la, aku nak mandi. Kau sambung la study."

Dahi Bunga dikucup sebelum kaki menuju ke bilik mandi.

Kemudian, kaki berhenti betul-betul dihadapan bilik mandi. Kepala menoleh kearah Bunga yang sedang mengemas meja belajar.

"And one last thing. Also, first and last warning. I don't like it, Bunga."

Bunga mengerutkan dahi mendengar butir perkataan Asyraf. Suara Asyraf juga makin beku. Memang selalunya suara suaminya beku, tapi kalini macam lain.

"Don't you ever dare to call anyone Abang. I hate it."

Mata dikelip beberapa kali seakan mencerna apa yang dibicarakan oleh Asyraf. Bibir kemudian tersenyum.

Ini bau-bau cemburu.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now