𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐒𝐘 -𝟔

6.4K 298 2
                                    

"Bagi Bunga masa boleh?" Suara lembut itu bertanya.

"Boleh, 2 minit."

Jam ditangan dijeling, 5.48 petang.

"Tapi..."

Belum sempat Bunga membantah, Asyraf memintas.

" Start now."

Bunga jadi gelisah. Asyraf tidak mendesak menggunakan kata-kata namun perilakunya menjelaskan sebaliknya.

"Asy... Bagi lah Bunga masa, bukan macam ni maksud Bunga." Tutur Bunga lembut, hampir kedengaran seperti memujuk.

Asyraf hanya mengabaikan kata-kata Bunga.

"One more minutes."

Seminit telah berlalu.

Asyraf lihat Bunga yang duduk diam sambil bermain-main dengan jarinya di atas katil hospital tersebut.

Keluhan dibuang.

Ditarik tangan Bunga lalu digenggam lembut. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis itu.

"Apa yang kau fikir?" Tanya Asyraf.

Kedengaran prihatin. Bunga menunduk kebawah memandang tangannya yang dipegang Asyraf. Tenggelam tangannya didalam tangan kasar dan hangat milik jejaka itu.

"Bunga takut. Asy cakap nak kahwin dengan Bunga sebab nak jaga Bunga dari apa yang jadi. Lepas semua tu selesai, Asy nak buat apa? Apa akan jadi dengan kita? Asy nak tinggalkan Bunga ke lepastu?" Sedih sahaja nada Bunga mengutarakan apa yang difikirkannya.

"No." Laju Asyraf menjawab.

"Aku takkan tinggalkan kau. Aku takkan buat silap yang sama. Aku janji akan jaga kau sampai bila-bila. Aku hanya nak lafazkan akad sekali je, Bunga. Dan nama yang aku nak lafazkan waktu akad nanti adalah nama kau."

Tangan Bunga diusap lembut. Sedikit sebanyak kata-kata Asyraf menenangkan hatinya yang gundah kerana Asyraf seperti...

Ikhlas.

"Tapi Bunga banyak kekurangan yang Asy taktau..."

"Aku tak kisah. Bukan kesempurnaan yang aku cari. " Jawab Asyraf tenang. Tahu bakal ada lagi kata-kata yang mahu dilontarkan Bunga untuk menggoyahkan keinginannya.

Jika kesempurnaan yang kita cari, maka takkan ada kata bahagia. Takkan ada kata puas. Takkan ada kata cukup. Takkan ada kata BERSYUKUR.

"Bunga masih belajar."

"Tak apa, aku tak kisah. Aku akan sokong apa yang kau minat. Aku takkan halang."

"Bunga tak ada mak ayah."

Bunga risau jika Asyraf mahupun keluarganya kisah tentang semua itu. Asyraf berasal dari keluarga yang ternama, mestilah mahu menjaga nama baik keluarga. Tanpa Bunga tahu, kepuarga Asyraf tidaklah seperti yang disangka.

"Semua yang ada atas muka bumi adalah pinjaman. Semua yang hidup, pasti akan mati."

Perilaku Asyraf yang sangat tenang membuatkan Bunga tak senang duduk.

"Bunga taknak anak selagi Bunga masih belajar."

Terangkat sebelah kening Asyraf. Senyuman sinis terukir dibibir.

"Aku tak kisah. Itu badan kau dan aku takkan paksa apa-apa sampai kau sendiri sedia nak anak. Aku hormat setiap keputusan kau."

Bukan lama lagipun Bunga nak menamatkan degree. Tinggal 2 tahun.

Yakin bang tak lama? Kempunan nanti haa.

Bunga memandang Asyraf dengan riak tak percaya. Dia sangka Asyraf akan melawan apa yang ditutur tetapi sangkaannya meleset. Bunga langsung sudah tiada idea nak menolak menggunakan cara halus.

ASYRAF'S  [OG]Where stories live. Discover now