"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Zafriel mengelipkan matanya berkali-kali bagaikan orang gila. Natasya memandang suaminya yang sewel itu sambil mengaduk bubur yang ditempahnya di katering tadi.
"Abang dah kenapa ni? Betul-betul buang tabiat gamaknya."
Zafriel tersengih.
"Saja nak jadi baby sebab kalau nanti baby kita dah keluar aku dah tak boleh selalu jadi baby." katanya dengan jujur membuat Natasya geli.
"Ee... Abang dah tertukar otak dengan Raft ke? Jadi tak betul?" soalnya spontan mengingat Raft yang sudah tidak betul itu.
"Betulah apa yang aku cakap. Lagipun tengok kau lama-lama, aku perasan pula muka kau naik seri,"
"Sebab tengah bawa Hans Junior kot." tempelaknya lagi.
"Allahuakbar... Kenapalah suami aku cakap benda pelik-pelik ni." Natasya mengucap di dalam hati.
"Abang sakit ke tak ni? Elok je Sya tengok."
Kemudian mode Zafriel berubah dengan bangga dirinya.
"Tsk, ini Hans Zafriel... Sakit sikit tak ada apalah.
Natasya menggeleng.
"Abang," seru Natasya setelah agak lama berdiam diri. Zafriel yang sedang mengusap perut Natasya pun hanya berdehem.
"Abang kan rancang semua ni?" soal Natasya tiba-tiba.
Tangan Zafriel terhenti. Dia mengeluh terlebih dahulu sebelum mula bercakap.
"Iya, aku yang umpan dia supaya ikut kita sampai ke sini. Aku dapat tahu daripada Raz Danish selepas dia direman yang Raft tidak pernah sekalipun berhenti stalk kau." ujarnya.
Natasya tampak tidak percaya. Tapi bila difikirkan betul juga apa yang dikatakan oleh Zafriel.
"Tapi dia bukan dah meni-"
"Yes, Raft Danial memang dah meninggal tetapi jasad yang dikuburkan itu bukan jasad Raft Danial."
"Cuba kau fikir, adik-beradik mana yang sanggup jadi korban dengan dibunuh oleh satu sama lain hanya semata-mata dendam keluarga yang tak terlunas?"
"No one right?"
"Dan, aku pasal surat terror yang kau dapat dari Korea tu."
Natasya terkaku.
"Dear, masalah kau masalah aku juga. Jadi tak perlu kau nak hadap seorang diri. Faham?" lembut tutur katanya sambil juga tangannya yang mengusap jari-jemari isterinya.
Melihat isterinya yang terdiam, tangan Zafriel naik pula mengusap rambut panjang Natasya.
"Dah, masalah kita dah selesai semua. Now, kita fokus dekat dia." katanya sambil meletakkan semula tangannya pada.
Senyum Natasya terbit semula.
"Hurm, kau nak dia panggil kita apa?" soal Zafriel secara mendadak.
Natasya tergelak. Excited betul suaminya ini ingin menimang anak!
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Aléatoire"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...