Aku

2.6K 72 6
                                    


Pandang jam . Tengok Prof . Pandang jam . Tengok Prof . Agak – agak bila dia nak habis membebel ? Dia dah ajar topik yang sama , dua kali ! Nyanyuk apa ?!

"Okay pelajar , tolong siapkan assignment yang saya bagi tu secepat mungkin . Kalau dah siap , tolong e-mail pada saya . Selepas semakan , kalau tak ada pembetulan awak boleh print . Boleh bersurai sekarang."

Akhirnya , setelah 2 jam dia membebel . Huhh , nak bersurai pun kena bagi lecture ke ?  Aku kemas beg , kertas semua bukannya salin note pun , kertas tu aku tulis rap Teman Pengganti . Terbaik tak ? Aku ambik phone lepastu unlock .

15 messages                                                                                            

4 missed call

From – Rizqi

Ni lagi sorang . Tak reti – reti nak menyabar dah ?

Aku terus keluar dari dewan kuliah tu , keluar je pintu , tengok ada seorang hamba Allah ni tengah pandang kat aku . Kalau orang lain yang pandang memang akan terkencing lah , tapi aku .. Entah ? Tak ada perasaan .

"Kenapa lambat sangat naik berjanggut saya tunggu tau tak?" Dia cakap kat aku . Lepastu aku duduk kat sebelah dia , pegang dagu dia .

"Janggut ? Tak ada pun ?"Aku cakap . Lepastu dia gelak .

"Ish dia ni  . Ada je modal nak kenakan orang kan ? Eh , saya lapar lah . Awak lapar ?" Dia tanya dekat aku . Hmmh . Muka punya tak bersemangat macam ni , confirmlah lapar .

"Hmmh . Modal ?  Memanglah banyak , awak nak sikit ? Nanti saya bagi loan . Mestilah lapar ! Jom pergi makan ? Awak belanja ! Kat Kenny Rogers nak ?"

"Boleh ! Saya belanja awak bayar !" Ha Ha Ha . Aku sepak jugak tunang aku ni kang ! Tapi nak buat macam mana , Syed Rizqi Aliff , tunang kau ni memang pandai menjawab . Jadi terimalah ....

"Eh ! Boleh ! Awak belanja , saya bayar , pakai duit awak ! Habis cerita !" Lepastu dia gelak . Kitorang sama – sama jalan pi dekat carpark .

"Mana kereta awak ?" aku tanya dekat dia . Selalunya kereta Volkswagen dia tu , parking kat bawah pokok je . Tapi hari ni tak ada pun ?

"Tu. Bawah pokok tu ." dia cakap kat aku . Tangan dia tunjuk dekat satu kereta bawah pokok . BMW ? Sejak bila dia beli kereta baru ?

"Err.." Agak – agak berapa banyak kereta bapak dia tu beratur dekat rumah ? Adik beradik 2 orang je ? Kereta sampai berpuluh – puluh ! Apa jadah ? Baik bagi satu dekat aku !

"Saya dah tukar kereta lah ." Selamba je dia cakap dekat aku . Hmmh . Untung dapat tunang , anak orang kaya ni . Eh ? Jangan salah faham eh , gurau je ! Aku bukan mata duitan !

"Oo..Kayy." Lepastu dia drive  pergi Subang Parade . Dah parking apa semua , kitorang pun masuklah dalam shopping mall tu .

Dah sampai dalam Kenny Rogers order apa semua , tiba – tiba datang sorang minah saleh celop dari mana entah , duduk dekat sebelah Rizqi .

Aku yang kepetakan dekat situ . Datang – datang terus peluk lengan TUNANG aku , lepastu menggedik. Kiranya minah ni cukup untung lah sebab aku bukan jenis yang cepat melenting . Tapi kan, sungguh aku cakap ! Kegedikan dia tu tahap MAKSIMUM !

"Rizqi , bila you nak keluar dengan I ni ?" Dia tanya dekat Rizqi , aku tengok mamat tu macam cuak pun ada pelik pun ada ? Entah . Tapi aku diam je lah . Mana lah tau perempuan ni  buta ? Sebab dia tak nampak aku ada dekat situ kan ? So , kemungkinan besar , dia ni memang buta kot ?

Aku tengok Rizqi macam nak explain dekat aku something , terus aku letak jari telunjuk dekat mulut aku , menandakan suruh dia senyap . Aku ni dah lama tak tengok drama , asyik menghadap buku je . Teringin jugak nak tengok drama live macam ni .

Dalam tujuh minit macam tu , aku tengok perempuan ni dah penat menggoda sebab Rizqi tak bagi apa – apa respons dekat dia . Lepastu , aku terus tepuk tangan .

"Kau salah set sebenarnya , tapi tak apalah sebab lakonan kau tadi not bad lah . Tapi timing kau tak betul lah , sebab aku nak lunch sekarang ni , aku dah order ayam , aku tak nak makan daging manusia . Terima kasih atas show tadi . Kau boleh berambus sekarang ." Aku cakap dekat perempuan tu , lepastu dia terus blahh .

Aku tengok Rizqi dah macam trauma dah . "Sumpah . Riz tak kenal langsung minah tu ." dia cakap dekat aku . Lepastu makanan sampai .

"Tau , tapi kenapa muka cuak ?"

"Mana lah tau , kot – kot dia tu gila ke ? Datang – datang terus peluk – peluk orang . Ngee ! Seram ! Awak jangan marah tau !" Dia cakap . Muka tak boleh seram lagi ?

"Wahai intan payung , permata hati ku Syed Rizqi Aliff , dah tentu  tentu saya sendiri nampak apa yang perempuan tu cuba lakonkan tadi , takkanlah saya nak marah ."

Aku gelak . Lepastu kitorang makan . Then , jalan – jalan kejap kat situ . Lepastu , dia hantar aku balik rumah. Ramai orang cakap , aku untung dapat Syed Rizqi Aliff ni . Yelah , kalau secara kasarnya . Dia handsome , pandai , kaya , caring , loving .

And , benda tu memang ada dekat dia . Tapi , orang lain tak boleh bagi kasih sayang macam apa yang dia bagi dekat aku . Dia memang tak layan aku macam puteri dan aku pun memang tak nak . Tapi dia hormat aku sebagai seorang wanita walaupun perangai aku agak sewel sikit . Hehe .

Dan ramai yang tak puas hati dengan kitorang . Ada yang cakap Rizqi buta sebab pilih aku jadi awek dia . Aku bukan orang kaya , aku duduk rumah teres setingkat je . Mak aku kerani , nak tanggung tiga orang anak . Aku sulung, adik – adik aku sekolah menengah . Ayah aku dah meninggal sebab kemalangan waktu aku umur 12 tahun .

Tak padan langsung dengan Rizqi yang hidup di sekeliling duit . Tapi , kalau dah memang jodoh aku dengan dia ? Nak buat macam mana ? Hidup berpasangan ni kan untuk saling melengkapi ?

TAPI ! Satu benda je aku nak tekankan , walaupun aku tunang dia , walaupun aku memang sayang dekat dia dan dia pun sayang dekat aku , itu tak bermakna aku nak kaut harta dia ! Kadang – kadang tu aku tak bagi dia bayarkan makanan ke baju ke apa – apa yang aku beli dengan dia , melainkan dia paksa aku .

Aku tak suka orang label aku mata duitan . Sebab aku , Sofia . Dan aku bukan mata duitan ! FULL STOP !

MAAFWhere stories live. Discover now