"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish
"Jalan pandang depan boleh-Ka... Kayla?"
Kayla dan Riyaz menghentikan langkah setelah Kayla sedikit lagi hampir terjatuh. "Rian sayang okay tak?" Kayla sempat mendengus geram sebab minah ni yang langgar dia dari belakang kenapa dia yang nak kena pandang depan?
Namun, Kayla rasa macam ada sesuatu tak kena sebelum Kayla memalingkan badannya. Badan Kayla terkaku saat matanya jatuh pada seorang gadis yang dah lama dia tak jumpa dan kalau boleh tak nak pun jumpa. Kayla terkaku dengan muka sedikit pucat. "A-Arina."
Arina Maya. Kakak angkat yang dah lama dia tak jumpa. Tidak setelah Kayla lari dari rumahnya. Kayla perhatikan sosok Arina yang sedikit kurus dari ingatannya.
Arina nampak... Lain. Arina nampak takut bila jumpa Kayla. Tangan yang menggigil, muka yang pucat. Apa yang berlaku? "A... Apa kau buat kat sini-" Belum sempat Kayla menghabiskan ayatnya, Arina terus pegang bahu Kayla secara tiba-tiba dengan tangan yang menggeletar. Ketakutan yang teramat dapat dirasai Kayla.
"Ma... Mama tak ikut kau kan? Tolong bagitau aku, Kayla. Mama tak jejak kau kan?" Bergetar suara Arina dengan mata yang berkaca. "Ta... Tak. Mama tak tahu." Kayla yang keliru pegang tangan Arina dengan erat sebelum memandang ke arah Riyaz untuk dapat bantuan. "Ayish. Ayish.." Riyaz keluh sebelum mengisyaratkan Kayla untuk pergi ke arah satu pondok yang berdekatan dengan mereka.
"Macam mana kau boleh ada kat Sabah, Arina? Bukan ke kau tengah sambung belajar kat Kuala Lumpur?" Tanya Kayla dengan berhati-hati selepas Arina kelihatan lebih tenang.
"A... Aku sebenarnya-" Belum sempat Arina menghabiskan ayatnya. "ARINA! ARINA!" Dengar suara seorang lelaki memanggil nama Arina berkali-kali. Serentak mereka bertiga memalingkan muka ke arah seorang lelaki yang tegap berpakaian jaket kulit hitam, berseluar jeans sambil membawa helmet di tangannya. Mata biru lelaki itu ralit memerhati sekeliling seakan mencari seseorang.
"Haris!" Ucap Arina dengan wajah lebih tenang. "Artemis? Apa kau buat dengan dia?" Tanya Riyaz dengan dahi yang berkerut sambil menyilang tanngan papda dada seperti minta penjelasan. Apa kaitan Haris dengan Arina? "Ace. Panjang ceritanya." Artemis keluh sambil menggelengkan kepalanya.
Tanpa menunggu, Riyaz mengenalkan Artemis pada Kayla yang nampak terpinga-pinga.
"Sayang, ini Artemis. Artemis, Kayla Ariana." Ujar Riyaz sambil menunjuk ke arah Kayla dan Artemis. Kayla hanya terdiam sambil muka berkerut macam tengah internet connection loading.
"Hah? Tumis?" Riyaz hampir tercetus gelak kecil. Sempat lagi si Kayla ni buat lawak dengan muka polosnya. "Artemis lah bukan tumis." Laju Artemis menjawab dengan muka berkerut. 'Muka handsome macam ni dia panggil tumis?' Getus hati Artemis dengan riak tak puas hati.
Mata Artemis kembali pandang Arina dengan pandangan tajam. "Hah, kau pergi mana tadi? Aku dah pesan duduk diam tadi kan? Kau tu dah lah belum sihat lagi." Artemis membebel sambil bercekak pinggang. Sempat letak helmetnya di sebelah Arina.
"Aku pergi parking motor sekejap je kau dah hilang? Kalau kena culik macam mana? Sekarang dah banyak kes pembunuhan tau. Nasib baik Riyaz dan Kayla yang jumpa kau!"
"Dah lah tu Haris. Jangan dimarah Arina tu. tak jadi apa pun." Keluh Riyaz dengan tenang sambil tepuk bahu Artemis. Sebenarnya telinga dah bingit dengan bebelan Artemis. Kalah Diva AA membebel.
Arina tergelak kecil dengan Riyaz yang cuba untuk hentikan bebelan Artemis sambil tersenyum sebelum matanya tertancap pada cincin yang dipakai mereka. Comel je. Geram Arina tengok.
YOU ARE READING
Her Knight: His Queen
RomanceHer Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status dirinya menjadi salah satu asbab dicaci, dimaki, harga dirinya dipijak orang sekeling bagaikan itu sa...