"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish
'Rasa macam nak tanam diri sendiri je sekarang ni.'
Getus hati Kayla yang kini duduk di hadapan adik-beradik Riyaz tapi kurang seorang. Kata Umi ada seminar. Kayla hanya tunduk memandang pinggan sambil menyuap nasi ke mulut dengan kekok.
Hanya denting garpu dan pinggan yang berlaga penuhi suasana. Rasa macam ada singa perhati. Macam takda siapa berani bersuara.
Luqman mengerling ke arah Niyaz yang hanya diam sambil bibirnya muncung sedikit. "Niyaz, ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya Luqman yang hentikan suapan Niyaz.
Niyaz memang dah semula jadi sejak azali jenis pendiam tapi kalau muncung sedepa tu memang sah! Budak kecik ni merajuk.
"Kak Iyan tak puji pun masakan Niyaz. Tak sedap ke?" Tanya Niyaz dengan wajah yang redup.
Cuak Kayla terus angkat muka dengan cemas bila dengar suara sedih Niyaz. "Eh! Sedaplah! Niyaz kan chef umi mestilah Niyaz masak sedap. Akak nak tambah tadi tapi seganlah."
Hujung ayatnya di perlahankan suara sebab memang segan. Nak tambah kang kata gelojoh pula. Kayla hanya tersenyum nipis tengok muka Niyaz yang kembali senyum.
"Kak Iyan?"
Singkat pertanyaan Luqman sambil mata tajamnya tengok tepat ke arah Kayla. Rasa macam tersangkut tulang ayam kat tekak Kayla.
"Dulu si kecik ni pelat, tak reti sebut 'R' tu yang dia panggil Kak Iyan."
Terang Riyaz yang tiba-tiba bersuara sebelum tersenyum nipis pada Kayla. Kayla terus larikan pandangan ke tempat lain.
Tak nak ingat dah kejadian tadi tapi maluuu!! Muka Kayla merona merah menahan malu.
"Rasanya Luqman tak sempat kenal Rian waktu Angah sekolah menengah kat Perak. Niyaz kenal pun sebab pernah ikut babah lawat angah."
Selit Dato' Firdaus yang selesai makan. "Oh, patutlah tak pernah nampak. Kawan sekolah menengah rupanya." Ujar Luqman sambil angguk sebelum kembali tatap Kayla.
"Aku minta maaf atas perbuatan tak berakal adik aku tadi."
Pfft--Sebelum sempat tersembur air yang diminum, Kayla terus tekup mulutnya dengan laju. Eii kenapa kat sini nak ingatkan!
"Jangan risau, aku dah ruqiyah budak ni. Semoga semua setan dalam otak dia hilang."
Selamba Luqman sambil tongkat dagu sebelum beri pandangan mengejek pada Riyaz.
"Along ni... Habis tersedak Rian. Bagilah trigger warning dulu."
Kata Datin Dayana sambil usap belakang Kayla yang terbatuk kecil bila air tersalah masuk server saluran pernafasan.
"Umi, kira baik along cakap macam tu. Kalau tak along cakap terus terang. Sorry Rian, sebab adik aku gelojoh pergi intai kau mandi."
Riyaz terus pukul bahu Luqman sambil menjegil mata. "Along..." Tegur Dato' Firdaus buat Luqman melepaskan gelak kecil.
"Along gurau je. Saja je gurau dengan bakal adik ipar. Alang-alang Aiman pun tak ada sekarang."
Ucap Luqman dengan riak yang lebih bersahaja. Sekurang-kurangnya Kayla rasa lebih lega berbanding tadi.
"Jangan risau kak Iyan. Along takkan berani marah kak Iyan."
Senyum Niyaz hingga nampak lesung pipitnya. "Amboi, bukan main seronok Niyaz ya?" Seloroh Dato' Firdaus dengan gelagat Niyaz yang baru.
![](https://img.wattpad.com/cover/351987476-288-k337001.jpg)
YOU ARE READING
Her Knight: His Queen
RomanceHer Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status dirinya menjadi salah satu asbab dicaci, dimaki, harga dirinya dipijak orang sekeling bagaikan itu sa...