BAB 3

509 34 0
                                    



BUK! Leftenan Komander Riyaz Qalish menghempaskan punggungnya ke Sofa dengan kasar. Rasa nak patah semua tulang di badannya. 

Mana tak nya baru balik dari latihan dengan askar negara luar, tiba-tiba kena hantar OPS dekat semenanjung. Mendengar hempasan kuat di sofa, kawan serumah Riyaz, Leftenan Aydan Intizam menjenguk dari dapur. 

Yelah, kut-kut perompak kan... tak ke naya.

Rupanya bestie askarnya, si peti sejuk 1000 pintu Riyaz Qalish yang tengah bermuhasabah diri atas sofa. "Yaz, baru balik ke?" Soalan bodoh apa lah kawan dia bagi ni. 

Tak nampak ke beg baju kat tepi kakinya masih setia di situ. Soalan Aydan hanya ditinggal sepi hanya jelingan tajam memberi jawapan. 

Gulp! Gerun Aydan tengok muka ketat kawan baiknya. Perlahan dia berjalan ke arah Riyaz yang sedang santai berehat. 

"Seriusnya abe leftenan komander kita ni..." usik Aydan sambil mencucuk pipi Riyaz. 

"Aku penat je, Dan." Singkat jawapan Riyaz sambil belakangnya menyandar pada bantal sofa.

 Kedua belah tangan diletakkan di belakang kepala sebagai lapik tambahan pada kepalanya. Riyaz memejamkan matanya seketika, untuk berehat.

"Weh, pergilah mandi dulu! Busuklah siot sofa aku. Kau ingat peluh kau wangi bagai sabun Downy ke?" Bebel Aydan sambil bercekak pinggang. Mahal tau sofa tu, IKEA wui... Riyaz dengan malas buka matanya sambil bibir mengukir senyuman mengejek.

"Kau ni bagilah aku bermanja dengan sofa ni dulu. Kecoh ah kau, aku bayar separuh en!" Riyaz menjungkitkan sebelah keningnya.

"Hek eleh... Itu pun berkira, sebab tu lah kau single!" Aydan mencebik. "At least, aku dah ada orang dalam hati aku." Riyaz dengan tenang berbicara sambil mengoyakkan senyum nipis. Aydan hanya mampu roll the eyes. Bukan boleh pun nak bebel lebih kat bestie dia ni. Ada je benda nak menjawab. 

"Masih gadis yang sama?" Soalan Aydan hanya dibalas dengan straight face Riyaz sebelum hela nafas perlahan.

'Always the same person.'

"Dah! Jom berkemas. Aku tau kau kena ikut aku pergi OPS." Riyaz sempat pukul manja bahu Aydan sebelum bangun untuk bersihkan diri. 

"Oit! Sakit doh!" Latah Aydan sambil mengusap bahu yang kemerahan. Manja lah sangat! Dah nama tangan askar memang tak ada istilah pukul manja.

 Manja lah sangat! Dah nama tangan askar memang tak ada istilah pukul manja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Adakah ini cukup jauh untuk aku lari?'

Sungguh! Kalau dia mampu, dia mahu lari sehingga ke Sabah tapi duitnya sangatlah terhad. Entah cukup atau tak buat bertahan sekurangnya 3 hari di Bandar besar. 

'Ya Allah, aku mohon lindungi dan jagalah hambaMu ini...' Bisik hati kecil Kayla sambil matanya terpukau dengan kecantikan bandar megah Kuala Lumpur. 

Kayla menghela nafas berat. Beg sandangnya di peluk erat. Barang-barang yang memenuhi beg itu merupakan harta terakhir yang Kayla ada. 

Her Knight: His QueenWhere stories live. Discover now