BAB 20

205 17 0
                                        


"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish

"Patut ke aku call?" Buntu Kayla yang sedang mundar mandir di ruang tamu rumah Dato' Firdaus Luth di kawasan kem. 

"Umi.. Babah... Kenapa tinggalkan Rian kat sini." Kayla serabutkan rambut ikalnya sambil mengeluh.

Seusai sarapan pagi tadi, Datin Dayana dan Dato' Firdaus Luth tinggalkan Kayla berseorangan untuk dating berdua sambil mengimbau kenangan lalu. Katanyer...

'Umi dan babah keluar dating dulu ya? Nanti kalau Rian bosan, ajaklah cik tunang askar kamu keluar ya?'

"Macam mana nak ajak? Mesti Ayish sibuk juga. Dah lah dia askar!"

Ralit Kayla berfikir sendirian di ruang tamu yang sunyi, tiba-tiba dia dikejutkan oleh nada dering telefon miliknya yang lunak berbunyi.

"Oh mak aku mak kau!" Latah Kayla sebelum terjelepok duduk atas sofa. "Eh jap, kita ni geng yatim. Mana ada mak." Kayla garu kepalanya yang tak gatal sebelum telefon berjenama Honor diterkap di tepi telinga.

'Assalamualaikum, cik tunang. Selamat pagi." Sapa Riyaz dengan nada tenang. Gemersik merdu suara Riyaz di telinga Kayla.

'Wa-Waalaikumussalam, Ayish. Selamat pagi. Kenapa awak call awal pagi ni?" Kedengaran suara Kayla agak gementar.

'Lepas zohor nanti aku nak bawa kau jalan-jalan tau. Kau datang je kem. Kita gerak dari situ.'

'Ta-tapi... Umi dengan babah?'

'Shh... Aku dah minta izin, sayang. Jangan risau ya?'

Jantung Kayla berdebar sambil mukanya perlahan merona merah bagai suara garau Riyaz berbisik memanggil dirinya sayang. 

Lantas perbualan terhenti dan panggilan dimatikan dengan bunyi degupan jantung Kayla yang tak keruan. Pipinya ditampar perlahan sendiri. "Sudahlah, baik aku pergi bersiap."

Kayla menelan air liurnya kesat sambil berdiri depan pintu masuk kem askar itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kayla menelan air liurnya kesat sambil berdiri depan pintu masuk kem askar itu. 'Serius lah Ayish ni. Macam mana kalau dia prank aku?' Ujar Kayla dalam hati dengan penuh ragu.

"Ya, cik. Cik ada urusan apa kat sini?" Tanya seorang askar perempuan Kayla terdiam. Kayla pandang anggota tu, anggota tu pandang Kayla. Lah! Main staring contest pula. "Cik? Cik okay tak?" Tanya Staf askar itu dengan penuh kehairanan. Kayla pun menggelengkan

"Uhh... Saya nak jumpa Riyaz Qalish."

"Oh, Leftenan Komander Riyaz. Tuan ada pesan pada saya tadi. Cik Kayla boleh masuk dan tunggu di kantin ya?"

Kayla hanya angguk tersenyum sambil garu dagu yang tak gatal. 'Memang Ayish ni nak kenalkan aku kat semua anggota dia ke?' Tanya Kayla pada dirinya sendiri dengan kaki yang terus berjalan ke arah kantin.

Mata sekali sekala melilau sekeliling kantin kot lah dapat jumpa dengan Ayla atau Aydan. Untung-untung boleh ajak borak sekali tapi tengok keadaan macam busy sangat je. Awalnya begitulah tapi tetiba ramai pula anggota yang lengkap berpakaian uniform lalu lalang kat kantin tu.

Her Knight: His QueenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang