"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish
Lama mata hazel Kayla merenung kolam ikan koi milik Dato' Firdaus Luth. Keluhan lembut dihela perlahan. 'Betul ke keputusan yang aku buat?' Khusyuk merenung ikan-ikan sampai Datin Dayana berdiri sebelah pun dia tak perasan.
Bunyi batuk kecil Datin Dayana menyentak lamunan Kayla. "Umi ganggu Rian ke?" Kayla geleng kecil sambil senyum nipis.
Datin Dayana menatap muka Kayla yang jelas riak gelisah. Macam ada hal yang tak kena. Meski dia tahu hal apa lepas Riyaz mengongoi di ribanya malam tadi bagai anak kecil.
"Rian, umi nak tanya sesuatu boleh?"
Kayla mengangkat muka dan angguk dengan rasa gusar.
"Kenapa Rian tolak lamaran Riyaz?" Tanya Datin Dayana dengan lembut. Tak mahu memaksa, dia hanya mahu bertanya isi hati bakal menantunya.
Kayla tersenyum pahit. Sudah agak pasti itu soalannya. "Rian tak layak untuk mendampingi Riyaz, Umi. Riyaz sepatutnya layak dapat yang sempurna dari yang hina, umi." Kayla mendongak memandang langit. Mencuba menelan kenyataan yang pahit ditelan.
"Ya Allah... Kenapa Rian cakap macam tu?" Bertaut kening Datin Dayana dengan kesayuan luahan Kayla.
"Rian masuk dalam keluarga umi dengan cara yang salah. Rian kotor umi."
Datin Dayana menggenggam hangat tangan Kayla dengan erat sambil tersenyum lembut. "Apa yang kamu lalui bukan dalam kawalan kamu, Rian. Umi tak marah, tak pernah kecewa pun dengan cara kamu masuk keluarga umi." Lembut suara yang Datin Dayana memujuk hati kecil Kayla.
'Kalau aku ada ibu, mesti macam umi. Lembut, penyayang... tapi sayang, aku cuma... Anak haram.'
Kayla geleng perlahan sambil matanya menatap tangan tua Datin Dayana yang masih setia genggam tangan Kayla.
'Umi berhak tahu...' Kayla menggigit bibir bawahnya dengan penuh rasa ragu.
"Umi, Sebenarnya... Rian anak luar nikah. Macam mana kalau keluarga umi kena pandang serong oleh orang lain. Rian tak sanggup. Siapa yang sanggup bermenantukan anak luar nikah, umi?" Kayla harus mengaku akan kebenaran keturunannya yang tak jelas. Mungkin itu cukup untuk menjadi jawapan pada Datin Dayana.
"Astaghfirullah! Rian, dengar apa yang umi nak cakap ya? Itu bukan dosa kamu. Kamu dilahirkan di dunia ni atas izin Allah. Jangan fikir buruk macam tu. Umi tak suka." Ucap Datin Dayana sambil usap belakang Kayla.
Terharu Kayla dengan kata-kata Datin Dayana. Sedaya upaya menahan untuk tak mengalirkan air mata hangat. "Tapi keluarga umi macam tak suka Rian je. Rian tak nak keluarga umi bergaduh pasal benda ni."
Meski Kayla tak pernah ada keluarga yang hangat, dia tak nak keluarga Riyaz berpecah belah hanya sebab dirinya yang tak setaraf. Datin Dayana menggeleng kepala sambil mendengus geram.
"Dorang yang kena belajar untuk suka Rian. Yang nak kahwin tu Riyaz, kenapa yang lain nak sibuk? Bukan dorang pun yang salam dengan tok kadi nanti." Bebel Datin Dayana sambil bercekak pinggang.
Antara perangai yang dia tak suka mengenai keluarga besarnya. Suka sangat nak jadi kepoci jaga tepi kain orang lain! Lepastu rendahkan orang yang tak setaraf dengan mereka. Hellour? Anda siapa? Allah pandang kita semua setaraf je tau! Cuma iman yang membezakan.
Kayla tergelak kecil dengar bebelan Datin Dayana. Dia bersyukur ada yang sudi membela nasibnya kali ni. Mendengar gelak kecil Kayla, hati tua Datin Dayana akhirnya rasa lega.
![](https://img.wattpad.com/cover/351987476-288-k337001.jpg)
YOU ARE READING
Her Knight: His Queen
RomanceHer Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status dirinya menjadi salah satu asbab dicaci, dimaki, harga dirinya dipijak orang sekeling bagaikan itu sa...