BAB 2

229 21 0
                                    

Sampai sahaja di hujung jalan langkah Herra terus mati apabila jalan mati bertemu dengannya.

Tubuh terus dipusing ke belakang untuk melihat adakah lelaki-lelaki tadi masih mengejarnya, lelakinya mengejarnya tersenyum sinis apabila ternampak Herra yang sudah berhenti berlari, dengan pantas dia mendekati Herra. Lagi dua orang kawannya tiada bersamanya kerana mereka berpecah untuk mencari Kiara.

"T... Tolong jangan apa-apakan saya! Please saya merayu," pinta Herra dengan melangkah setapak demi setapak ke belakang.

Lelaki itu memandang sinis ke arah Herra sebelum tubuh lansing Herra ditatap daripada atas ke bawah, lengan pada tubuh Kiara yang terdedah di tatap penuh minat.

"T... Tolong, saya merayuu!! Lepaskan saya," pinta Herra lagi dengan wajah yang basah dengan air mata, rasa takut menyelebungi dirinya, dalam hatinya berharap adalah kejiranan yang dalam membantunya, tapi kawasan rumah di sini pun besar-besar mana orang di dalam rumah nak hiraukan orang di luar.

"Kalau saya nak pegang sikit je boleh?" Soal lelaki tadi dengan senyuman penuh makna, terus Herra mengeleng laju, tubuhnya bergetar hebat sebelum sebuah batang besi daripada pembinaan rumah menjadi sasarannya.

Perlahan-lahan kakinya menapak ke tepi dengan serekkan berharap lelaki di hadapannya tak perasan.

"Janji, sikit je macam ni je," kata lelaki tadi lagi dengan wajah yang terbit senyuman nakal, apabila lelaki itu masih mendekat Herra, terus gadis itu bertindak mengambil batang besi tadi dan di hentakkan ke atas kepala lelaki gila tadi.

"Pang!!"

Bunyi besi ngilu bergema kuat, sebelum lelaki gila tadi perlahan-lahan jatuh ke tanah.

"Agh!" Herra tergamam melihat keadaan lelaki tadi sebelum besi di tangan dilepaskan dengan campakkan.

Tubuh mengeletarnya memandang lelaki tadi dan jalan yang sudah terbuka untuknya lari silih berganti, tanpa berfikir lagi, Herra terus berlari sekuat hatinya untuk mendapatkan pertolongan.

"Ehh!! Kau nak lari mana?" Jerkah seorang lagi lelaki gila yang baru sahaja muncul dari lorong hadapan Herra. Herra terkejut sebelum langkahnya tetap diteruskan berlari sekuat hatinya. Dua orang lelaki gila itu lagi pantas mengejar Herra lagi daripada belakang.

Apabila Herra paling wajah lelaki itu semakin mendekat.

"Ahhh!!! Tolong sayaaa!!!" Herra terus berlari ke sebuah rumah yang pagar rumahnya terbuka luas seperti baru sahaja pulang daripada mana-mana, kereta BMW pada rumah itu pun masih panas lagi enjinnya.

Lampu cerah dari dalam rumah dengan pintu rumah ternganga itu membuat Herra ingin tuju ke situ. Seperti mengalu-alukan kedatangannya.

Terus langkah dibawa masuk ke dalam rumah itu dan pintu rumah ditutup sedikit sebelum tubuhnya bersembunyi di belakang pintu.

Lelaki yang mengejarnya tadi memberhentikan langkah mereka apabila Herra pilih untuk masuk ke dalam sebuah rumah besar itu. Mereka hanya mampu mengintai daripada luar sahaja memandang ini kawasan perumahan orang kaya.

Tercunggap-cunggap Herra mencari nafas apabila telah lelah berlari tadi, dadanya di pegang bagi membantunya bernafas. Udara disedut dan dilepas kasar

Perlahan-lahan Herra mengangkat wajah memandang ke depan sebelum dia menelan liurnya pahit.

Seorang lelaki berpakaian office dengan butang kemeja atas yang sudah dibuka dan seluar slack hitam memandang tajam ke arah Herra.

"Who are you?" Soal lelaki itu dengan dahi yang berkerut, wajah Kiara ditatap lama dengan pandangan mata yang dalam. Setelah beberapa ketika lelaki itu kembali sedar yang dia berada di dunia.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now