BAB 5

215 19 0
                                    

"Aulia! Apahal ada orang tengok-tengok aku?" Soal Herra sambil menutup sedikit mukanya menggunakan tangan, malu dia dibuatnya, dengan tempat dia duduk betul-betul menghadap orang ramai.

Aulia terus memandang sekeliling, beberapa orang yang memandang Herra tadi pantas berbisik antara satu sama lain.

"Entah," balas Aulia mendatar sebelum tangannya mencapai segelas air di atas meja dan dihirup perlahan.

"Tapi tak sangka rupanya lelaki tu perangai dia macam tu! CEO di usia muda konon! Padahal tak matang lansung! Padan muka kena tangkap basah!" Bentak gadis di meja sebelahnya, entah apalah yang gadis itu bicarakan, wajah Herra serta merta tegang, gadis itu seperti membicarakan tentang Raes.

Seorang gadis dan seorang lelaki berjalan menghampiri Herra, wajah gadis jelita itu ditatap.

"Akak! Akak ni perempuan yang kena tangkap basah dengan CEO tu ke? Muka akak sama macam perempuan dalam gambar tu," Soal gadis itu dengan sinisnya, terus membulat mata Herra mendengar soalan gadis itu.

Aulia menelan liurnya sebelum wajah Herra dipandang dengan mata yang membulat, tak sangka pula orang awam boleh selamba tegur macam ni.

Dia memandang gadis itu sebelum Aulia memandang Herra semula, dahinya berkerut.

Aulia menyepak sedikit kaki Herra di bawah meja apabila gadis itu hanya diam memandang cawan air di hadapannya, Herra ni pun satu, orang awam yang lain dah berkerut dahi dah tu! Dah lag suara gadis ni kuat! Sengajalah tu nak bagi orang lain dengar!

"Auch! Sakitlah!" Herra seperti baru tersedar dia di dunia nyata, seorang gadis dan seorang lelaki tadi dipandang silih berganti dengan wajah mendatar. Wajah Herra berkerut memandang Aulia. Suka hati je sepak kaki orang! Dah lah kasut Aulia tu keras! Sakit kaki dia!

"Akak??" Gadis itu mengerutkan dahinya, matanya meneliti wajah Herra dengan dalam.

"Akak ke tu?" Soal gadis itu penuh curiga lelaki tadi hanya berdiri menantikan jawapan Herra.

"Tak, tu bukan saya," tipu Herra padahal dalam hatinya sudah mahu menangis apabila disoal begitu. Aulia membulatkan matanya melihat jawapan selamba Herra.

"Ohh ye ke? Tapi..." Kata-kata gadis itu dipotong oleh Herra dengan pantas.

"Saya cakap bukan, maksudnya bukanlah! Muka sama tak semestinya saya!" Balas Herra dengan berang, matanya menikam tepat ke dalam anak mata gadis dan lelaki itu. Tubuhnya terus bangkit daripada kerusi dan menjeling kasar wajah gadis dan lelaki itu.

"Jangan nak sibuk sangat hal orang boleh tak?Korang tak tahu pun kisah sebenar! Lain kali Tengok diri sendiri dulu sebelum nak cakap pasal orang!" Kata Herra sinis dengan mata tajamnya, langkah terus diatur pergi dari situ, sakit hatinya! Semua orang tak tahu pun apa yang betul-betul terjadi malam tu!

Gadis dan lelaki tadi memandang antara satu sama lain, sebelum bahu mereka berdua dijongketkan sekali.

"Kenapa dia marah sangat? Kita tanya je," kata lelaki itu penuh curiga sebelum gadis itu mengangguk laju.

"Sorry, dia baru lepas break dengan boyfriend itu yang emo sikit," Pantas Aulia berkata dengan senyuman hambar di bibirnya, dua orang yang datang menyoal tadi mengangguk. Aulia pun kalau nak tipu... itu je yang ada dalam kotak fikiran dia.

"Ohh patutlah," mereka kembali ke tempat duduk mereka dengan cebikkan di bibir. Aulia menghela nafas lega, tubuh Herra yang sudah hilang dicari di luar.

Herra menghentakkan kakinya sepanjang jalan menuju ke kereta, tubir matanya yang sedikit basah di kesat menggunakan jari. Sakit hati.

Langkah terus diatur ke keretanya, lama-lama dekat luar makin sakit hatinya! Apa yang Herra rasa sekarang, dia nak duduk rumah sendiri, tenangkan fikiran. Orang dekat luar ni tahu memfitnah je! Siku karang!

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now