Herra mencelik matanya, dia memandang sekeliling bilik. Apabila melihat Raes tak ada Herra terus bangun daripada perbaringannya, jam pada dinding di lihat, 8:30 AM.
'Aik? Pukul berapa Raes masuk kerja? Kata nak aku ikut?' Soal Hati Herra dengan bibir yang dimuncungkan, dia terus bangun berdiri dan langkah dibawa menuju ke bilik air, dia nak cuci muka dan bersihkan diri.
Pintu bilik air dibuka dan tubuh diroboskan masuk ke dalam, Herra menyandar tubuhnya pada singki. Pantulan cermin wajahnya di tatap sebelum senyuman nipis terukir. Teringat tentang apa yang berlaku pagi tadi.
"Herra, bangun solat," Raes mengejut Herra perlahan, gadis itu memusingkan tubuhnya selimut ditarik ke atas sehingga menutup mukanya, matanya tidak terbuka.
Liat betul dia nak bangun dengan bilik sejuk macam ni, lena tidur.
Raes mengeluh kecil.
"Herra, bangun dah subuh ni," kejut Raes lagi dengan tangan menepuk-nepuk lengan Herra yang berlapik selimut, takut wuduk terbatal, selimut Herra turut di tarik supaya tidak menutup wajah gadis itu.
Herra mencelik matanya, wajah Raes ditatap dengan kening bertaut, rambut dan wajah lelaki itu basah sedikit kerana air wuduk.
"Kenapa awak kejut saya?" Soal Herra dengan wajah malas, matanya masih memberat dan ingin tidur.
"Bangun Herra, dah subuh nanti terlepas waktu karang, ke kau tak boleh solat?" Soal Raes tanpa nada, Herra mengerling jam pada dinding.
"Saya boleh solatlah," Herra bangun daripada baringnya, dia melangut memandang Raes yang sedang berdiri memandangnya.
"Ohh, kalau macam tu Bangun pergi ambik air wuduk, aku tunggu kau, kita solat sekali," arah Raes dengan wajah mendatar, Herra mengerutkan dahinya.
"Hah? Solat sekali? Kenapa pulak? Awak solat je lah dulu," soal Herra bertubi-tubi sambil mengaru belakang lehernya, nak solat dengan papa pun jarang dulu, tiba-tiba je Raes ajak berjemaah, Herra menguap seketika sebelum matanya digosok memandang Raes.
"Kau isteri aku, makmum aku, lagipun solat berjemaat tu lagi afdhal berbanding solat sendirian," Raes berkata dengan wajah bersahaja, berganda pahala untuk sesiapa yang solat berjemaah.
Herra tayang wajah pasrah.
"Ye lah, tunggu kejap," Herra pantas bangun daripada duduknya turun daripada katil, dia melangkah ke arah bilik air.
Raes melepaskan tawa kecil sebelum tersenyum nipis.
Langkah di bawa mendekati almari bajunya ingin mengambil satu lagi sejadah untuk Herra guna nanti, sejadah yang diambil tadi di bentang di belakangnya.
Setelah selesai membentang Raes duduk di birai katil sambil menunggu Herra.
Apabila Selesai mengambil wuduk Herra keluar daripada bilik air, mata Raes yang sedang memerhatikannya di balas dengan wajah kosong. Dalam masa yang sama dia sedikit malu apabila Raes memandangnya.
Telekung dicapai sebelum di sarungkan pada tubuhnya, apabila Raes melihat Herra dah hampir siap pakai telekung, dia berdiri dan menghampiri tempat solatnya.
Herra turut berdiri di sejadah yang dah dibentangkan oleh Raes tadi, mereka pun solat subuh secara berjemaah.
"assalamualaikum warahmatullah,"
Setelah beberapa minit mereka selesai solat berjemaah, Herra menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Raes, imamnya.
Apalah yang dibaca oleh Raes, dia tak dengar sangat tapi ada bahasa Arab ada bahasa melayu, Herra hanya mengaminkan je.
YOU ARE READING
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...