Raes keluar dari pada bilik air dengan tuala yang dililit pada pinggangnya, wajahnya berkerut apabila melihat baju kemejanya yang diletakkan di atas katil tadi sedang tergantung pada pintu tombol pintu bilik.
Raes mencapai bajunya sebelum dia pusing mencari kelibat Herra, baju tu dah di gosok, tapi siapa yang gosok?
Raes berfikir sendirian wajahnya berkerut, cuba ingat balik, kot-kot dia memang dah iron tadi? Bibir Raes muncung sedikit apabila kelihat Herra tak ada dalam bilik tu, pergi mana pula isteri dia ni?
Klak!
Tiba-tiba pintu bilik di buka oleh seseorang daripada luar, Raes terus menoleh memandang pintu bilik apabila menangkap bunyi pintu bilik di buka, Herra masuk dengan riangnya sebelum matanya membulat, dia terkedu.
"Ahh!! Raess!" Herra menjerit kecil apabila melihat tubuh tegap dan six pack yang terdapat pada badan lelaki itu, dengan pantas Herra menutup matanya menggunakan telapak tangan, wajahnya jelas cemberut dan mula memerah menahan malu.
Raes diam, tergamam, dia tak faham kenapa Herra tiba-tiba menjerit siap tutup mata pakai tangan lagi.
"Raes! Awak ni kenapa.... ? Tak reti pakai baju ke?" Soal Herra dengan nada suara kuat, dia malu apabila nampak tubuh Raes, yang lelaki ni pula selamba je tayang badan dia tu, tak malu lansung, muka Herra dah macam tomato dah warna dia.
Raes memandang tubuhnya sebelum dia tersenyum senget, wajah Herra di pandang dengan senyuman mengusik.
"Raess!! Pakailah baju!" Marah Herra apabila Raes hanya diam, tangan terus naik memukul kuat lengan lelaki itu, Raes mencebik, dia mengalah apabila melihat Herra mula marah.
"Sabarlah," Raes berkata dengan wajah selamba, Raes melangkah mendekati almarinya untuk mencapai sehelai singlet untuk dipakai di dalam baju kemeja itu.
"Cepatlah sikit!" Herra merengus marah, tak boleh sabar dah! Raes ni pun satu! Ishh!! Raes menjeling Herra sebelum dia terus menyarung singlet putih tadi pada tubuhnya.
"Dah," Raes berkata dengan mata yang menjeling Herra lagi. Herra ingin membuka matanya tetapi dia takut, tangannya kembali menutup matanya.
"Ye ke? awak nak tipu saya kan?" Soal Herra dengan wajah tak puas hati, wajahnya masih cemberut masih ragu-ragu, takut tertipu, ye lah Raes ni bukannya tahu malu sangat pun.
"Kau ni suka sangat cakap aku tipu, aku tipu betul-betul karang!" Raes berkatabdengan wajah selamba sambil menyarungkan kemeja putih tadi pada tubuhnya.
Herra mengeluh, wajahnya cemberut, perlahan-lahan tangan Herra turun dan matanya cuba memandang Raes. Fuhh nasib baik Raes tak tipu.
"See? Aku dah cakap," Raes berkata dengan wajah mendatar, bibirnya turut muncung sedikit. Susah betul nak gurau dengan Herra ni, Herra menjeling.
"Lain kali tak payahlah nak tunjuk badan awak tu, saya tak nak tengok dan saya tak suka," Herra memberi amaran dengan wajah menyampah, matanya mencerun tajam wajah Raes, lelaki itu tergelak kecil.
"Kau tak suka ke, kau takut kau tersuka?" Soal Raes dengan kening dijongket beberapa kali wajahnya jelas terukir senyuman penuh makna, niat dia nak usik Herra lagi, seronok pula kenakan Herra.
Wajah Herra serta merta merah, lagi pekat daripada blusher yang dia pakai tadi, tangannya naik menekup pipinya sebelum Herra mengeleng rakus, membantah apa yang Raes cakap tadi.
Raes tergelak besar apabila melihat wajah merah Herra, dengan pantas tangan Raes naik mencubit hidung Herra, mata Herra membulat, dia terkedu, sekarang hidung dia pula yang merah.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...