BAB 4

214 14 0
                                    

"Herra Eryna!!" Jerit Tuan Harraz dengan suara yang kuat memanggil anak daranya turun ke bawah.

Herra yang sedang bersiap ingin ke cafe Aulia terus mengerutkan dahinya.

"Papa panggil aku ke?" Gumam Herra dengan wajah hairannya, terus dimuncungkan bibirnya, sebelum bahunya dijongket.

"Kejap papa!" Laung Herra kuat sambil menyepit rambut depannya ke tepi, beg tangan berjenama di capai sebelum Herra terus melangkah turun daripada tangga, wajah tegang Tuan Harraz membuatkan dahi Herra berkerut.

"Yes pa? Ada apa?" Soal Herra dengan wajah peliknya, Tuan Harraz memandang Herra sebelum wajah itu kelihatan sedikit kecewa.

"Herra pergi mana semalam?" Soal Tuan Harraz dengan nada suara perlahan, entah kecewa kot?

Herra menelan air liurnya, bukan dah tanya ke soalan ni semalam? Ni kenapa tanya lagi?

"Herra, papa tanya ni! Kamu pergi mana semalam," suara Tuan Harraz naik seoktaf apabila anaknya tidak menjawab, timbul urat tegang di leher Tuan Harraz, tubuhnya turut bangun dari duduk dan memandang tajam ke arah Herra.

Herra mengetap bibirnya, takut dengan Tuan Harraz sebab Tuan Harraz kalau marah bukan biasa-biasa. Dulu pernah juga dia kena marah teruk sebab result exam teruk sangat sampai kecewa Tuan Harraz dibuatnya.

"H-Herra pergi t-tasik," gagap Herra sambil mengetap bibirnya, terus Tuan Harraz mendekati Herra dah gambar pada telefonnya di tunjukkan pada Herra.

"Ni apa? Kamu pergi rumah siapa ni?!" Tempik Tuan Harraz dengan nada suara kecewa, terus Herra mengeleng laju.

Dalam telefon tu jelas terpapar wajah Herra tetapi sedikit kabur dan Raes, Herra megerutkan keningnya membaca tajuk berita itu.

Tuan Harraz cam sangat muka Herra dekat situ dengan gambar di rumah Raes, pakaian sebijik seperti semalam.

"Herra tak pergi rumah dia! Ni semua tipu je papa!" Herra cuba membatah, namun dari raut wajah Tuan Harraz nampak tidak percaya. Yelah siapa je nak percaya lepas Herra dah tipu papa dia semalam, kereta rosak konon!

"Herra buat apa ni? Kenapa buat papa macam ni?" Soal Tuan Harraz dengan nada suara yang semakin jatuh, ditatap anak daranya dengan air mata yang bergenang di dalam tubir mata.

Herra memandang wajah Tuan Harraz sebelum rasa bersalah terbit dengan sendirinya walaupun dia tahu tu salah faham.

"Tak! Papa kena percaya Herra! Tu semua fitnah! Diorang tak tahu pun apa yang jadi masa tu!" Herra mendekati Tuan Harraz dengan wajah yang merayu memohon kepercayaan.

Terduduk Tuan Harraz memikirkan apa yang sedang dia terima sekarang, dia sendiri berbelah bahagi, sama ada ingin percaya yang mana.

"Herra tak fikir perasaan papa ke sebelum buat semua tu? Herra tak sayang papa ke?" Soal Tuan Harraz dengan mata yang berair kerana air mata.

"Papa Herra tak buat apa-apa! lelaki tu yang selamatkan Herra! Kalau tak Herra tak ada dekat sini! Cumanya Herra yang salah sebab masuk rumah dia! Herra takut sangat sampai Herra buat tak fikir dengan betul, Herra minta maaf papa!" Rayu Herra sepenuh hatinya, bibir di ketap kuat.

Tubuhnya turut duduk di atas lantai menyamai ketinggian lutut Tuan Harraz.

"Papa! Herra minta maaf," air mata Herra gugur setitik di raih tangan Tuan Harraz dan di tekap ke wajahnya.

"Papa percayakan Herra! Herra tak sebodoh tu lah nak ikut lelaki balik! Papa please!" Herra duduk melutut dihadapan Tuan Harraz namun Tuan Harraz sedikit pun tidak memandang wajahnya. Mungkin Tuan Harraz lebih percayakan berita tu? Air matanya mengalir lesu turun ke pipi dan jatuh ke bajunya.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now